Pengalaman Pertama Menunaikan Umrah

 Pertama kali menunaikan Umrah

Sehari selepas tiba di Tanah Haram, kami semua telah dibenarkan untuk melaksanakan ibadah Umrah. Peluang yang diberi memang tidak akan kami lepaskan. Bukan senang untuk kami sampai ke sini, jika difikirkan kembali, kami amat bersyukur kerana kami antara orang yang bertuah. Bayangkan saudara mara dan sahabat kita yang lain yang terpaksa menyimpan duit gaji sekian lama untuk tiba di sini. Ada yang sanggup jual lembu, tanah dan apa sahaja untuk menunaikan ibadah Umrah. Belum lagi jika ingin melaksanakan ibadah Haji. Pasti banyak cubaan dan dugaan yang perlu ditempuh.

Bersiap Menunaikan Umrah

Tepat jam 9am, kami berkumpul di lobi maktab untuk arahan selanjutnya dan menunggu kenderaan yang akan membawa kami ke Masjid Aisha di tanah Halal untuk Tanaeem dan berniat Umrah di sana. Terus terang aku kata, aku zero dalam ilmu melaksanakan Umrah. Aku hanya belajar melalui youtube dan membaca buku sahaja sebelum sampai ke sini. Tiada kursus Haji dan Umrah yang aku hadiri. Hati ini memang agak berdebar kerana inilah kali pertama aku dapat melihat Kaabah qiblat seluruh umat Islam di dunia ini. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Hanya bekalan keihklasan, dan kesabaran sahaja menjadi guide pada diri aku untuk melaksanakannya.  

Menaiki Coaster untuk ke Masjidil Haram

Alhamdullilah sahabat yang pernah ke sini pada tahun lepas banyak memberi tunjuk ajar kepada kami yang pertama kali melaksanakan ibadah ini. Sampai sahaja di Masjid Aisha kami mulakan solat sunat dan berniat ihram dan umrah sebelum ke Masjidil Haram.  Pengalaman memakai umrah merupakan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Di sini, manusia adalah sama.

Tanaeem di Masjid Aisha di Tanah Halal

Perjalanan dari Masjid Aisha ke masjidil Haram mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. Kami diberhentikan berhampiran Safwa Tower dan akan bergerak sendiri ke dalam Masjidil Haram. Melalui pintu gerbang besar ( King Abdul Aziz Gate ) kami mula masuk ke Masjidil Haram. Ya Allah akhirnya kami dapat melihat rumahmu. Alhamdullilah... Semoga ibadah kami dipermudahkan Ya Allah...

Menara Jam Makkah boleh dilihat di sepanjang jalan ke Masjidil Haram

Perjalanan memasuki Tunnel Masjidil Haram

Cuaca saat itu memang terik hampir 45degree, Tetapi melangkah masuk sahaja ke kawasan kaabah untuk Tawaf lantainya sejuk seperti dipasang penghawa dingin di bawah.. Masya Allah.
Ketika ini tidak ramai jemaah yang sedang melaksanakan Tawaf jadi perjalanan kami agak lancar.

Tawaf

Ditingkat 2 menunggu solat Zuhor

Selesai sahaja Tawaf, aku terus melaksanakan Saie. Rakan-rakan lain aku tidak tahu kemana. Aku terus melaksanakan Saie di basement. Alhamdulillah semua berjalan lancar sehingga selesai Tahalul di Marwah. Selesai... Agak mudah sebenarnya jika kita faham perjalanan Umrah ini dan tidak perlu tergesa-gesa, just chill dan nikmatinya. InshaAllah mudah.. Tidak perlu berebut, dan fikir macam- macam perkara yang berat- berat. Aku harap Kedua orang tua aku dan seluruh sahabat diberi peluang untuk tiba di sini satu hati nanti. 


Luar sekitar Masjidil Haram
Menikmati Aiskrim paling sedap di dunia

Selesai sahaja Umrah, aku berjalan menikmati keindahan Masjidil Haram ini. Sehinggalah tiba waktu Zuhor. Selesai Zuhor kami pulang semula ke Maktab dan berehat kerana esok bermulalah tanggung jawab dan amanah yang perlu kami laksanakan. Itulah Objektif utama kami semua ke sini, memberi Kemudahan kepada seluruh jemaah Haji pada tahun ini....


Sambungan : TUGASAN TREN MUSIM HAJI

Entry Pendakian ke Jabal Tsur : PENDAKIAN KE JABAL TSUR MEKAH

Entry Pendakian ke Jabal An Nor : PENDAKIAN KE JABAL AN NOR MEKAH

Comments

Popular Posts