Camping di Taman Eko Rimba Sungai Pauh Cameron Highland

Camping di Taman Eko Rimba Sungai Pauh Cameron Highlands

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh_Quechua Arpenaz 4.2

Kem Sungai Pauh Tanah Rata Cameron Highland Pahang. Merupakan sebuah campsite popular terutamanya buat campers yang inginkan kelainan berkhemah di tempat suhu yang dingin. Tidak hairanlah jika anda ingin bercamping disini anda perlu menempah tempat / booking paling tidak 2 bulan sebelum untuk ke sini. Jika ada rezeki anda boleh sahaja walkin untuk ke sini , tetapi pastikan bukan peak season/cuti sekolah.

Kami ke sini setelah tempahan telah dibuat hampir 2 bulan. Alhamdullilah tarikh yang kami ingin datang masih available. Gila kan tempat ni? Ok perjalanan kami dari rumah hampir 3 jam exit Tapah dari Kota Damansara. Kami bertolak dari rumah sekitar 4.30am dan berhenti solat subuh di RnR Tapah seterusnya naik ke Tanah Rata sekitar jam 7am dan tiba di pintu Campsite sekitar jam 8am. Memang waktu yang tepat dan mengikut jadual orang bilang. 

Kami plan memang nak ambil tempat yang paling atas sekali kerana ianya lebih privacy dan lebih rileks. Tetapi jangkaan kami meleset, ruang atas telah dipenuhi oleh staff JPAM yang mengadakan kursus di sini. Adoi korang takda hari lain ke nak berkursus?

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh_Quechua Arpenaz 4.2
Pandangan dari tepi khemah kami

Ok takpa lah sebab ruang atas sudah penuh, kami ambil bahagian bawah sahaja. Bahagian bawah juga sudah di penuhi oleh campers lain sejak semalam lagi. Aku berbual dengan ranjer yang menjaga disini, takpa bang, hari ni ada group yang akan pulang, jadi abang setup je khemah dimana abang nak, petang nanti mereka semua dah check out. Ok, kami pun unload barang dari kereta dan setup khemah kami. 

Kali ni kami bawa 2 khemah, 1 untuk tidur dan lepak-lepak , 1 lagi untuk buat simpan barang-barang. Suhu sekitar 14degree. Sejuk juga. Anak-anak dah gelisah lapar. Jap kita kemas barang lepas tu kita makan. Nasi lemak memang dah isteri aku siapkan dari rumah lagi untuk breakfast pagi ini.

Pandangan dari atas khemah kami

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh_Quechua Arpenaz 4.2

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh_Quechua Arpenaz 4.2
Campers memenuhi semua sudut yang ada

Kadar bayaran untuk berkhemah di sini, adalah RM10/pax untuk satu malam, budak bawah 6 tahun adalah percuma ,manakala entrence fee RM3/dewasa manakala Kanak-kanak 7-12 tahun RM1.50. Jadi kami disini 3 malam maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM160.50 sahaja. Kira murah lah tu dari sewa homestay. Kata nak camping kan.

Lagipun disini kemudahan cukup lengkap, ada surau, gazebo, plugpoint, tandas dan sinki untuk memasak dan membasuh. Cuma semasa kami disini tandas sedang diupgrade, jadi terpaksa lah kami berkongsi tandas mengikut giliran. Tapi pada aku small matters lah. Nak camping, tapi kamu nak kemudahan 7 bintang , tak adventure lah kan.

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh_Quechua Arpenaz 4.2
Pandangan dari atas campsite

Pandangan dalam khemah kami

Inilah setinggan kami untuk 4 hari ni, ada ruang kecil untuk kami berkumpul time makan dan berehat sambil menikmati suasana alam dan suhu yang dingin. Ada beberapa campers yang datang menyapa kami dan ianya satu cerita yang menarik bila kami berbual dengan hobi yang sama. Ada dari Kedah, dari Penang dari Kuala Selangor dan lain-lain. Macam Hippies pulak bila bermalam-malam tidur dikhemah. Hahahaha. 

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh_Quechua Arpenaz 4.2
Pandangan luar khemah kami

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh
Anak sungai kecil disekitar campsite

kem sungai pauh_yusainiMohdYusof_campsitesungaipauh_tanah rata Cameron Highland_camping di sungai pauh_Berkhemah di cameron_Campsite Sungai Pauh
Anak-Anak bersarapan pagi selepas setup khemah

Di sini juga terdapat anak sungai kecil untuk anak-anak bermain dan mandi. Sungainya sangat cetek dan tidak perlu risau jika anak-anak mandi. Kita pun boleh lah rileks-rileks sambil menikmati kopi. Malam tak pasti sejuk dia macam mana. Harap-harap sejuk tahap peti ais lah sebab memang tu yang kita cari Camping disini.

Comments

Popular Posts