Kembara Mengenal Tuhan

Kembara Mengenal Tuhan

22 Julai  2017  aku telah ke Arab Saudi bersama sekumpulan lagi sahabat di tempat kerja kerana bertugas di Al Mashaaer Al Mugaddasaah Metro Southern Line untuk persiapan Tren musim haji pada tahun 2017. Alhamdullilah tahun ini aku terpilih setelah hampir 3 tahun beroperasi dibawah Syarikat Prasarana Negara Berhad.





Mengikut plan asal kami sepatutnya akan ke Arab Saudi pada 15Julai tetapi memandangkan masalah Visa, kami terpaksa menunggu hampir seminggu lagi untuk ke sana iaitu pada 22 Julai 2017. 

Penerbangan kami pada pukul 3pm dan dijangka tiba di Airport Jeddah pada pukul 7pm waktu Jeddah. Alhamdullilah tiada sebarang masalah semasa penerbangan kami ke sana. Kini, tanah Arab telah ku jejaki. 

Pemeriksaan Immigresen Arab Saudi semua berjalan dengan lancar tidak seperti yang sahabat- sahabat lain alami ketika ke sini tahun lepas. Cepat dan mudah biarpun pegawai Immigresen mereka agak "kerek". yang penting kita ucap salam dan berakhir dengan Syukran..



Setelah kami mengambil beg, kini tiba untuk membeli simkad untuk pengaktifan data. Ramai beratur di kaunter untuk membeli. Aku hanya gunakan simkad adik ipar aku sahaja yg masih valid semasa dia menunaikan umrah Ramadhan tempoh hari. " Abang dah sampai Jeddah dah, now tunggu bas untuk ke Matajer Mekah" Report duty perkara wajib buat isteri di tanah air.

Bas yang kami tunggu masih tidak kelihatan biarpun jam sudah menunjukkan pukul 9pm. Ada peluang melihat sekitar airport dan mencari "port" untuk luruskan kaki dan berehat.

Hampir 9.30pm bas kami tiba untuk mengambil kami. Ok mari kita semua gerak ke Maktab kami di Matajer.  Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam lebih ke Matajer. Dalam perjalanan ke Matajer aku dapat lihat suasana bandar Jeddah di waktu malam.

Perut mula berkeroncong untuk diisi, Tadi dalam flight nasi dia ciput sangat.  Akhirnya kami tiba di Matajer hampir 11pm. Mansor merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan penginapan kami disini. Dia berasal dari Somalia dan seorang yang sangat ramah. 

Kami diletakkan di sebuah dorm di level bawah. Alhamdullilah walaupun tiada bilik aku rasa sudah cukup selesa untuk tidur. Aku dan dua lagi sahabat  ingin mencari nasi untuk dimakan. Kebetulan kami bertemu dengan En Azmi Bos besar di sini di lobi dan sudi membawa kami membeli makan. Alhamdullilah En Azmi belanja kami makan malam tu. Our 1 st Nasi Arab kami bedal. Alhamdullilah..


Maktab kami di Matajer
Selepas semuanya selesai, badan pun dah letih, kami semua pun tidur. Tidur kami dikejutkan oleh Azan Subuh pada pukul 4.26am.... Allah dah subuh dah.. cepat nya... 

Comments

Popular Posts