Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 1

28 September 2015, Alhamdullilah kami selamat tiba di Netaji Subhas Chandra Bose  Airport Kolkata lebih kurang pukul 12.15am waktu tempatan setelah hampir 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Suasana di sekitar airport di Kolkata tidaklah begitu sibuk menjelang tengah malam. Setelah mengisi borang immegresen dan mengambil beg kami pun keluar dari airport untuk berehat sementara menunggu penerbangan kami seterusnya ke Srinagar Kashmir pada pukul 7.05am. Kami perlu transit di New Delhi dahulu untuk pertukaran kapal terbang sebelum ke Srinagar yang mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan dari Kolkata ke Srinagar Kashmir. Kali ini kami menaiki pesawat tambang murah di India iaitu Indigo Air. 




Pemeriksaan di airport Kolkata agak ketat juga di mana kami perlu menjalani scanner beberapa kali untuk penerbangan seterusnya. Jika anda keluar dari airport dan masuk semula ke dalam airport anda tidak lagi dibenarkan keluar semula. Tapi aku rasa boleh je keluar,dan bila terlihat polis yang ramai memegang senapang aku batalkan sahaja niat aku. hahahaha. Nasib baik ada ruang smoking dan beberapa cafe yang masih berniaga didalam airport untuk kami melepak sehingga menunggu waktu pagi.Perkhidamatan Wifi airport ada juga disediakan tetapi anda perlu membuat registration terlebih dahulu. 




Lebih kurang pukul 5.30am macam tu kami pun bergerak menuju kaunter Indigo Air untuk proses checkin dan pemeriksaan bagasi untuk penerbangan seterusnya. Waktu ini memang dah ramai orang di airport. Suasana juga agak sibuk . Setelah semuanya selesai kami berada di ruang berlepas untuk menaiki pesawat, sambil melayan suasana pagi di bumi Kolkata.




Indigo Air merupakan syarikat tambang murah seperti Air Asia di Malaysia, dan merupakan syarikat yang terbaik juga di India. Kami melangkah masuk ke ruang berlepas dan memulakan penerbangan kami pada pukul 7.05am. Boleh tahan juga la Indigo Air ni, Kami akan mendarat di New Delhi Indra Gandhi Airport Terminal 1 pada pukul 9.30am, lebih kurang pukul 10.25am kami akan bertukar flight untuk ke Srinagar. kami perlu bergerak pantas kerana kami hanya ada lebih kurang 50minit sahaja untuk menaiki pesawat Indigo Air yang lain. 





Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam ke Srinagar tidak membosankan, Kami dapat lihat pemandangan menarik dari atas udara. Banjaran Himalaya yang tersergam indah, dan gunung ganang yang memukau pemandangan anda. Percayalah... Tapi ada satu je yang spoil, Makanan dalam Indigo Air, Haram Tak sedap.hahahahah..


Bila pengumuman dibuat oleh pilot yang kami akan mendarat 10 minit lagi, hati kami mula rasa lega. Kini kami berpijak di Bumi Kashmir. Welcome to Srinagar Kashmir. suasana di Srinagar Airport tidak sibuk pada hari tu. Kami menunggu orang Hotel yang akan pickup kami ke Hotel. Kami akan bermalam di Hotel Noora Palace di Srinagar 2 malam. Aku booking hotel ini melalui booking.com dan beberapa kali juga owner hotel tersebut iaitu Yusoof menghubungi aku untuk pengesahan semasa di aku di KL. Setelah siap mengisi borang immigresen dan mengambil beg, kami pun keluar dari airport. Assalamulaikum... Rupanya si Yusoof yang memberi salam sambil memegang kertas tertera nama aku. mungkin dia dah kenal aku melalui gambar-gambar aku di facebook.. Welcome to Kashmir!!! 





Dia pun sibuklah menelefon driver dia yang ntah kat mana. Call tak angkat pulak tu... so kami pun berjalan ke tempat parking kereta. sampai je kat tempat parking, padanlah tak angkat call rupanya driver dia baeek tengah tidur.. hahahahaha... kelam kabut driver yang bernama Ghulam Hassan tu bangun buka pintu... Kami pun terus ke Hotel Noora Palace. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang 30min dari airport, agak jauh juga sebab hotel kami terletak agak jauh sikit dari pekan Srinagar. suasana di pekan Srinagar memang sibuk. Honk kenderaan memang tak pernah berhenti, dan jalan raya ibarat Bapak dorang yang punya. Sama juga seperti di Nepal. Bersimpang siur, celah mencelah, dan ibarat kata pepatah sapa cepat dia dapat!!



Sampai sahaja di hotel kami naik ke bilik, dan berehat sekejap.Perkara pertama yang wajib dibuat ialah, mendapatkan password Wifi.. hahahaha itu penting... perut pun dah lapar, sebab dari pagi tadi apa pun tak makan, jadi kami pun mencari kedai untuk makan. Yusoof kata kat seberang hotel kami ada kedai makan. Dia cakap banyak kedai di sini masih belum beroperasi disebabkan musim cuti AidilAdha kerana rata-rata kedai akan tutup selama seminggu. Kami pun terus ke kedai tersebut dan makan Chicken Beriani.. makanan kat sini portion mereka memang banyak, sepinggan tu memang boleh makan untuk 2 orang. Tak habis kami pun bungkus untuk buat makan malam nanti. Petang ni pukul 3pm kami ada tour sekitar Srinagar... 


  

Comments