TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 1 Kuala Lumpur - Kathmandu

26 FEBRUARI 2014 - Kuala Lumpur Kathmandu
Alhamdullilah, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba jua. Hampir 4 bulan aku tak lena tidur dan termimpi-mimpi akan negara Nepal dan Banjaran Himalaya. Alhamdullilah akhirnya penjelajahan ke bumi Nepal mendapat sambutan oleh 5 lagi kawan baru yang baru aku kenal melalui facebook yang ingin turut serta dalam travel aku dan KF ke Nepal. Tokki, Mahfis, Zaril, Mike dan Liew juga akan turut serta dalam travel ke Annapurna Base Camp. Flight kami ke Kathmandu akan berlepas pada pukul 11.50am pada 26 Februari 2014. Memang malam tu aku tak lena tidur dah. Buat persiapan akhir barang apa yang hendak dibawa seperti medical kit, pakaian, dan sedikit makanan, dan dukumen perjalanan agar tak tertinggal. 

Aku bertolak ke LCCT pukul 7am dengan adik ipar aku. Dalam hati perasaan bercampur baur... gembira , nervous dan macam-macam lagi. Sampai je di Airport LCCT aku menunggu kawan-kawan lain sampai. aku call Nod yang bertugas di KLIA untuk ajak breakfast, tapi meby dia akan datang lewat sikit so, aku tercegat kat LCCT sorang-sorang sambil tunggu kawan-kawan lain. Mahfis call aku dia ada di M'cdonalds, so aku gerak kesana dan jumpa dia. hampir sejam menunggu KF dan Tokki sampai ke LCCT, Zaril menyusul kemudian.. Ada beberapa kawan Tokki datang hantar Tokki ke LCCT. Mike dan Liew masih dalam perjalanan ke LCCT. lebih kurang pukul 9am Nod sampai.. so aku jumpa Nod sambil borak-borak dengan kawan-kawan lain, maklumlah aku tak pernah jumpa kawan-kawan lain sebelum ni, kami hanya berkomunikasi melalui Facebook dan chat di Wassapp sahaja berkenaan trip kali ini.

Dari kiri , Zaril, Aku , KF, Mahfis dan Tokki

Kawan-kawan Tokki ni memang sporting dan mereka merupakan rakan-rakan kembara Tokki panjat gunung ni...Sorry aku tak ingat nama kalian..

Lepas je Check in luggage, kita orang pun masuk ke balai berlepas. Mike dan Liew kami jumpa sejam sebelum berlepas. Borak-punya borak tau- tau 30minit je lagi waktu untuk berlepas.. Apa lagi kelam kabut la nak masuk gate berlepas untuk ke flight. punya la jauh flight kita orang.. langkah dibesarkan tanpa menoleh kebelakang lah... Tokki dan Mahfis boleh lenggang-lenggang kangkung lagi.. huh..




Aku dengan KF memang dah plan nak duduk di seat sebelah kanan, sebab dari info yang aku dapat dari internet kalau nak tengok view banjaran Himalaya dari atas ambil seat sebelah kanan. so kitaorang tak book seat pun, so kalau ada orang yang duduk aku dan KF akan tukar dengan mereka.. kah3... Alhamdullilah kami dapat seat sebelah kanan setelah deal dengan mamat Nepal yang nak balik kampung dia... Thanks dude... Perjalanan ke Kathmandu mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah...kami dijangka tiba di Kathmandu pada pukul 2pm waktu Kathmandu.Dalam flight layan gelagat orang la... punya la ramai manusia dalam flight ke Kathmandu.. macam-macam bau ada... hahahah...




Borang kuning ni perlu diisi untuk semakan Immigresen di Kathmandu nanti, tapi bahasa Nepal la.. hahaha

Dari pagi tadi tak makan apa, so aku dan KF order nasi dalam flight RM15, ciput je nasinya...

Senyum KF dapat duduk sebelah awek dari Rusia...tapi macam Jantan.. kah3

4 jam dalam flight memang aku tak tidur la layan view dari atas awan... tak sabar nak sampai sebenarnya.. harap-harap cuaca baik la dapat tengok view Himalaya dan kalau ada rezeki dapat lihat Everest....




Banjaran Himalaya tak dapat lihat dengan jelas.. tapi nampak la jugak .. Everest memang tak nampak langsung la...


Sedar tak sedar kami dah nak sampai ke Kathmandu dah... flight kami berpusing pusing 2 kali untuk tunggu clearence dari pusat kawalan kot... dari atas ni dapat lihat gunung, lembah dan bangunan kediaman orang-orang disini.. nice...



Ohh .. ni rupanya Nepal... 

Alhamdullilah perjalanan kami selamat sampai ke Tribhuvan International Airport Nepal lebih kurang pukul 2.15pm waktu Nepal.... turun je kapal terbang angin sejuk dah mula terasa... wow.. macam duduk dalam aircond suhu 16'c ni... hahahaha... ada shuttel bas yang akan pick up kami dari flight ke airport...







Patutnya LCCT dah perlu ada shutel bas macam ni ... tak perlu la nak berjalan jauh nak naik flight... huh. sebelum masuk kasi ambil dulu gambar sekeping dua kat airport ni... yang lain aku tak pasti dah masuk belum untuk semakan immigresen...


Dah macam hero tamil pulak aku possing kat situ...



sambil tunggu beg, aku tinjau-tinjau sekitar airport ni... 1st sekali aku masuk toilet.. mak datuk punya la kotor toilet... International Airport ni... tapi toilet tak bersih... malas aku nak snap pic kat toilet ni... punya banyak sentel atas lantai dan ludah manusia atas lantai... huh...korang mai sendiri dan lihat lah... hahahaha. Beg kami punya la lambat sampai... rasanya ada sejam aku tunggu beg aku... Beg member-member lain dah dapat dah.. tinggal beg aku dan KF jer yang elum.. so aku suruh member-member lain usha Ganesh yang tunggu kitaorang kat luar airport. Ganesh adalah guide kami semasa trekking nanti.. hampir 3 bulan aku chat dengan dia untuk urusan permit dan trekking sepanjang 14 hari kami di Nepal... Dapat je beg aku dan KF gerak ke luar dan tengok dorang tengah tunggu aku...


Welcome to Nepal, Namaste itu yang aku ingat masa Ganesh bersalam dengan aku... Nice to meet U Ganesh..... so lepas ni kami akan bergerak ke Hotel Hana seperti yang dikatakan oleh Ganesh dalam chatting tempoh hari....  


Kalungan bunga tanda selamat datang....

Kalau anda nak buat Booking boleh ke link ini : http://www.hotelhana.com.np/

 Nampak dari luar macam serabut, tapi dalam kemas...

Bilik aku dan KF.. bersih dan kemas

Lepas je letak beg dalam bilik Ganesh akan bagi taklimat sikit berkenaan perjalanan esok. Sebab esok kami akan ke Pokhara . 



Lepas taklimat ringkas dari Ganesh, kami akan berjalan ke sekitar Thamel Road, untuk shooping keperluan trekking dan makan.. perut pun dah lapar kita makan dulu....makan malam kami di Al-Madina Halal Food. kari kaming dia memang TERBAEEEKKK!!!!!






Lepas makan terus shopping... memang gila barang-barang Outdoor kat sini... nak yang murah, yang mahal pun ada.. aku budget untuk barangan trekking RM300 untuk kasut , Down Jacket, seluar, stick dan wind stooper... tapi biasa lah, terbabas jugak dari budget.. hahahaha... suhu sekitar Thamel Road lebih kurang 15'C..... Sekitar bandar Kathmandu agak berdebu, so aku nasihatkan korang pakai mask semasa berjalan di sini. Satu lagi yang aku dapat lihat sekitar Kathmandu ni kenderaan yang lalu lalang di sini memang tiada disiplin. main bohh je lalu lalang.. tiada sistematik dalam pemanduan di jalan raya... serius korang kalau tak percaya boleh datang sini sendiri dan lihat sendiri. Sebab sampai sini pun dah petang, so kitaorang jalan-jalan sekitar sini je... meby hari last nanti nak explore jauh sikit... itu pun kalau sempat la...











Gambar sekitar Thamel Road Kathmandu

Lepas shopping balik hotel dan persiapkan barang-barang untuk diasingkan sebab kami akan menggunakan khidmat porter dalam perjalanan kami ke Annapurna Base Camp nanti.... Tak daya ooo nak pikul beg sendiri... to be continue........................

klik :
Day 2 Khatmandu - Phokara 






Pautan berkenaan Service Guide di Nepal baca sini : DISCOVER NEPAL, TIBET & BHUTAN WITH THIRD EYE ADVENTURE (P) LTD

Comments