TUGASAN MMMSL MEKAH METRO

 Menggalas Tanggung Jawab Di MMMSL

Kumpulan kami yang datang ke MMMSL di Arab Saudi merupakan supporting staff untuk staf tetap di sini pada musim haji. Kami ditugaskan untuk membuat penyelenggaraan Platform Door di setiap station yang terdapat di sini. Buat pengetahuan semua, terdapat 9 station di Mekah Metro ini iaitu 

1. Station Arafat 1,2 dan 3 ( station dimana jemaah Haji melaksanakan Wukuf )
2. Station Mudzalifah 1, 2 dan 3 ( station dimana jemaah Haji melaksanakan Miqat )
3. Station Mina 1,2 dan 3 ( station dimana jemaah Haji Melontar Jamrat )

Perjalanan Tren yang dijalankan di sini berdasarkan perjalanan rukun Haji. Jadi Kami perlu memastikan setiap pergerakan tren berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan supaya tiada jemaah Haji akan ketinggalan melaksanakan Rukun Haji.

Menunggu di ruang lobbi untuk ketempat kerja

Kami bertugas di bawah jabatan PED dan bekerja mengikut shift yang telah di aturkan oleh ketua kami. Preventive dan corrective maintenance juga dilaksanakan mengikut plan agar pintu platform tidak mengalami kegagalan setiap kali tren tiba di station. Buat pengetahuan semua sistem Platform door ini hampir sama juga yang digunakan oleh Rapid KL aliran Kelana Jaya Line. Jadi kami semua sudah biasa dengan sistem ini dan ianya lebih mudah untuk di selenggarakan. 

Seperti biasa kami akan tunggu coaster untuk mengambil kami bertugas di station yang di tugaskan. Seawal 6 pagi lagi coaster sudah memulakan tugas untuk membawa pekerja samada di station mahupun depo tren di Arafat.


Perjalanan menuju station dari maktab kami di Matajer menarik juga. Sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan berbukit dan gunung di kiri kanan serta kawasan bandar yang agak sibuk hampir setiap masa. Melalui kawasan Depo, kami biasanya akan melalui kawasan belakang dan melalui kawasan tempat peliharaan kambing dan unta yang agak luas. Perjalan yang berdebu dan gersang ini pada aku lebih syok dari melalui kawasan bertar. Adventure orang bilang... hahaha.

Menaiki Coaster @bas mini dan melalui jalan-jalan yg gersang dan berdebu disekitar Arafat cukup mempesonakan

Tren yang melalui Station

Antara rakan kami dari Pakistan
Permandangan di Station Mina
Kerja penyelengaraan dan penambahbaikan  ( maintenance window ) dijalankan jika tiada movement tren. Jadi cabaran paling besar ialah cuaca panas. Jika dilakukan di malam hari cuaca agak kurang panas dan jika di siang hari, boleh basah ketiak dibuatnya. Tetapi itu bukan cabaran utama sebenarnya, cabaran utamanya ialah bagaimana nak handle problem bila jutaan jemaah menggunakan tren di musim Haji. Itu yang penting! Harap segalanya dipermudahkan.










Itulah serba sedikit yang dapat aku ceritakan buat sahabat- sahabat di luar sana apa yang kami lakukan di sini. Bukan senang untuk memastikan setiap kerja yang dilakukan dapat memuaskan hati semua pihak. Cuma kita telah berusaha dan kita tetap fokus dalam memastikan segala ibadah dan kerja yang kita lakukan di permudahkan oleh Allah SWT.

Sambungan  : BERMULA OPERASI TREN MUSIM HAJI- WUKUF DI ARAFAT



Comments