Gunung Datuk -Latihan ke Annapurna Base Camp 2014
8 Dec 13, kali ni latihan aku ke Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Titik tertinggi gunung ini adalah sekitar 2000 kaki (885m). Bagi mereka yang selalu kesini mungkin dah biasa dengan trek dan cabaran disini. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendaftar nama kepada pengawal disitu dan RM5 dikenakan kepada setiap orang pendaki.
Ini kali kedua aku naik kesini so harap-harap tiada masalah. Pada aku agak sukar jugak untuk sampai kepuncak. Latihan kali ini lebih kepada latihan fizikal dan mengawal pernafasan semasa berjalan. Aku ke Gunung Datuk bersama adik ipar dan seorang sepupu aku. Kami mula mendaki pada pukul 8.30am dan sampai kepuncak pada pukul 11.30am.. 3 jam woo... gila lama!!! hahaha. sebab kali ini kami naik dengan penuh santai dan tidak rushing. hampir 3 group dibelakang kitaorang dah potong kami dan mereka sampai dulu dari kitaorang....
walaupun perjalanan kami mengambil masa 3 jam dan penuh santai sambil menikmati susana hutan, 2 kali jugak lah sepupu aku cik Nisa termuntah sebab nak pitam. Tapi lepas aku jampi dengan air kumur aku terus ok je lepas tu.. kan Nisa kan??? dinasihatkan sebelum anda mula mendaki, makan sedikit agar perut anda tidak kosong.
Cabaran untuk sampai ke puncak Gunung Datuk tidaklah begitu sukar sebenarnya. Tapi anda perlu berhati-hati juga kerana laluan trek ke atas agak licin dan semasa perjalanan turun dari puncak, 2 kali jugak aku jatuh terduduk. Tapi Alhamdullilah tiada kecedaraan serius. setakat sakit sendi lutut dan lutut tu biasalah... hahahah. aku cuba mengawal pernafasan aku agar ianya seiring dengan tekanan darah semasa berjalan. Cuba bernafas dengan tenang dan tidak gopoh semasa berjalan. latihan ini penting untuk memberi laluan kepada aliran darah dan oksigen kita untuk sampai ke otak dengan sempurna. Itu yang tahu dari pembacaan aku lah... lain orang lain caranya...
Kami turun semula ke bawah pada pukul 12.30pm setelah hampir 1 jam diatas puncak. so untuk turun tidaklah serumit seperti naik kepuncak.. kami mengambil masa lebih kurang 2 jam juga untuk turun. Memang penat , tapi aku puas sebab dapat buat latihan ini. Terima Kasih pada adik ipar aku Ateh dan Nisa yang sudi teman abang ko ni.. hehehehe.
Comments
Post a Comment