10 Aktiviti Menarik Semasa Camping Bersama Anak-Anak

Salam... Ada yang tanya korang Camping selalu buat apa?..  Anak-anak ok ke kalau bawak pergi Camping? Tiap minggu pergi camping cari apa?? hahaha.

Tak Try Mana nak Tau ye Tak??

Dan Ini antara aktiviti yang kami lakukan semasa Ber Camping. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan anak-anak juga dapat belajar sesuatu yang berguna dan lebih positif dalam menjalani rutin harian.

Lain orang lain caranya. Semasa camping  kami tak keluar kemana pun melainkan hanya di campsite sahaja.

1. BBQ dan Campfire 

BerBBQ dan makan Marsmellow. Sambil berborak-borak dengan jiran sebelah dan campers lain, kita boleh lah bertukar-tukar menu untuk makan malam.

Berbeku BBQ Camping Nature Berkhemah


2. Jungle Trekking

Semasa di Campsite Sungai Pauh, Aku telah bawa anak-anak aku jungle trekking di kawasan ini. Kita boleh mencuba untuk trekking ke Gunung Berembun atau Ke Pejabat Hutan Tanah Rata Sungai Pauh. Kami memilih untuk ke jungle trekking ke Tanah Rata.

Hiking trekking jungletrekking camping berkhemah nature


Semasa di Gunung Dato kami dan anak-anak Hiking hingga ke puncak setelah bermalam di Campsite Gunung Dato.

Lain-lain acara kami hanya trekking untuk ke air terjun yang terdapat dikawasan sekitar campsite.

 3. Mandi Sungai

Mandi sungai sudah menjadi perkara wajib setiap kali bercamping di hutan lipur atau Taman Rekeasi. Kita sebagai ibu bapa perlu memantau setiap masa tentang keselamatan mereka ketika mandi. Kalau boleh sediakan Life Jacket atau pun Tali keselamatan Yang senang digunakan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak kita ingini. Biasanya aku akan pakaikan anak aku baju berwarna terang agar senang dilihat.

Mandisungai Sungai nature river camping


4. Melukis dan membaca

Melukis merupakan salah satu hobi anak -anak aku. Jika bercamping aku selalu menyiapkan segala peralatan lukisan dan warna untuk mereka melukis dengan kawan-kawan baru nanti.



5. Menangguk ikan

Semasa disini sudah pasti anak-anak aku mahu mencuba aktiviti baru yang belum pernah mereka cuba. Salah satunya menangguk ikan atau memancing.

10 aktiviti menarik semasa camping


6. Belajar memasak

Untuk anak-anak aku, memang ini masanya aku mengajar mereka untuk memasak. Bukanlah memasak benda-benda berat pun. Sekadar belajar goreng telur, masak sosej, masak maggie dan buat air minuman mereka sendiri.



7. Belajar untuk mengenal tumbuh-tumbuhan dan persekitaran

Semasa jungle trekking atau aktiviti mendaki, aku memang mengajar mereka dengan menerapkan ilmu tentang persekitaran dan sedikit ilmu ketika didalam hutan. Contohnya Kita hendaklah tidak bercakap benda yang bukan-bukan semasa di dalam hutan. Baca ayat Qursi sebelum masuk ke hutan. Jangan merosakan tumbuhan atau mematahkan tumbuhan yang ada. Jangan buang sampah merata, Sentiasa memerhati sekeliling ketika berjalan dan sentiasa alert dengan simbol atau sign yang telah diletakkan untuk melihat arah perjalanan. Banyak lagi yang boleh kita ajar sebenarnya.



8. Belajar bekerjasama dan mengikut arahan

Dirumah anak-anak kita memang kerap bergaduh, jadi inilah masanya kita boleh terapkan untuk mereka saling bekerjasama semasa dalam aktiviti perkhemahan. Tugasan membasuh pinggan mangkuk memang aku serahkan pada anak-anak. Pandailah mereka mengikut giliran.

9. Cuba beranikan diri mencari kawan baru.

Anak-anak memang kadang-kadang agak pemalu untuk bertegur dengan kawan-kawan baru. So masa ni lah kita suruh mereka berkenalan dan cuba ramah dengan rakan baru yang ada.

10. Belajar Bersikap bertanggungjawab

Aku dan isteri memang cuba menerapkan amalan budaya kebersihan pada anak-anak terutamanya bab sampah sarap. Aku akan pastikan anak-anak aku membuang sampah ditempat yang sepatutnya. Jika lepas berkhemah pastikan tiada sebarang sampah walaupun palstik gula-gula sekalipun yang tertinggal di campground yang kita kita tinggalkan, kerana kebersihan bermula dari rumah.




Apa - Apa pun yang TERBEST SEKALI dapat kenal sahabat baru yang ada minat yang sama Dan MENGOPI Sampai pagi

Sekian dari saya


 #GarisanKhatulistiwa #BersatuDenganAlam #AlamDanManusia #ocd #Jimbacampitas #mykhalishjourney #camperstribe  

MOHON RACUN RAKAN2 KALIAN ....


Comments