Hiking Time With My Kids - Bawa anak kecil ke Broga Hill Semenyeh

7 June 2014
Sempena Public Holiday Yang Dipertuan Agong sabtu lalu aku dan keluarga ke Broga Hill di Semenyeh. Tak payah aku nak cerita panjang pasal Bukit Broga ni, aku yakin satu Malaysia dah tau mana letaknya Bukit Broga ni kan atau lebih dikenali sebagai "celebrity hill". Sebab apa digelar celebrity hill, sebab Bukit Broga ni Popular dan  memang ramai gila orang yang datang sini sepanjang masa sampai naik botak dah trek untuk ke puncak.

Lepas subuh kami bertolak dari rumah. Takda plan pun nak tengok sunrise ke apa ke, sebab aku dan wife aku plan nak santai santai je sambil bawa anak-anak. Tak sampai puncak pun takpa just nak enjoy-enjoy je sambil nak ajar anak-anak tentang aktiviti outdoor ni. Takda la mereka asyik main game dan tablet je kerjanya cuti-cuti sekolah ni.

Sampai di Broga lebih kurang 7.15am , macam biasa memang banyak kereta parking kat bawah ni dan sudah pastinya ramai orang di atas sana. Apa yang aku seronoknya bila melihat gelagat anak-anak aku la, macam-macam yang dorang tanya, kita nak panjat gunung macam kat nepal tu ke papa?? Kat gunung ni ada salji ke papa? Kita tidur kat sini ke papa??... huhu layan kan je la...



Sebelum aku plan nak bawa anak-anak ke sini, aku dah baca banyak blog-blog orang yang  bawa anak kecil ke sini. Ramai yang cakap tiada masalah pun untuk bawa anak-anak kecil ke sini walaupun ada part-part yang sukar juga untuk didaki terutamanya kepada anak-anak, so ibu bapa harus elert dan jangan cuai semasa mendaki di sini. Keselamatan anak-anak lebih utama dari segalanya. So please be carefull dan kalau boleh bawa la first aid semasa mendaki selain bekalan air minuman yang mencukupi.

20minit pertama tiada sebarang masalah pun semasa trek disini. Sepanjang perjalanan 20 ke 30 minit pertama kita akan redah hutan dikawasan ini. Anak sulung dan kedua aku agak bersemangat sekali, wife aku agak tercungap cungap juga 30min pertama. Aku macam biasa, menjadi porter untuk anak aku yang bongsu. Kejap dukung kejap suruh dia berjalan. Terasa jugak penatnya masa mendukung anak aku yang hampir 15kg ni semasa climb up... huhuhu.Sejak balik dari ABC di Nepal hampir 3 bulan, ni lah aktiviti hiking pertama yang aku buat. Agak penat juga, tapi ok je....




Sambil berjalan aku boleh terjumpa dengan orang kampung aku. Itu pun sebab dia perasan anak anak aku... la kau rupanya Yuni, punya luas alam ni, kat dalam hutan jugak kita jumpa ekk... huh...dia dalam perjalanan untuk turun...


Kami semua sampai dipuncak yang pertama lebih kurang 8.30am, ramai orang kat atas ni.cuaca pun agak panas dah masa ni. So kami berehat dahulu sambil menikmati pemandangan dari sini. Anak anak aku masih kuat dan ok lagi bila sampai ke sini. Hampir 10minit disini kami teruskan perjalanan ke puncak seterusnya..








Wife aku agak penat juga aku tengok untuk sampai ke puncak yang kedua ni. Biasalah bila dah lama tak excercise, macam ni lah...walaupun penat kami semua sampai kepuncak yang kedua. Alhamdullilah anak anak aku masih cergas lagi bila sampai disini. Kami berehat agak lama juga disini. Lepas minum dan makan sedikit makanan yang wife aku bawa, anak anak aku dah sibuk tanya jum la papa kita jalan lagi. Wah tak penat ke ??? Ok aku pun suruh wife dan anak aku yang bongsu stay disini dan aku dan anak aku yang dua orang tu teruskan hiking lagi. Ok jum..



Wah aku kagum betul dengan anak anak aku yang bersemangat dan cergas untuk teruskan hiking. Kami bertiga berjalan dan mendaki perlahan-lahan. Aku nak tengok sejauh mana anak anak aku boleh sampai. Aihh makin lama makin jauh pulak diorang boleh jalan. Wah boleh tahan.. so alang alang dah nak sampai ke puncak Broga, aku pun layankan aje anak anak aku untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah, akhirnya aku dan dua orang anak aku sampai juga di puncak Broga... wah Tahniah kids!!!! Papa salute kamu dua orang.




Hampir 10minit kami dipuncak, so aku dan anak anak aku bergerak turun untuk ke tempat wife aku tadi, dan teruskan perjalanan untuk turun dari Broga Hill. Masa ni anak aku Adam dah mula rasa penat dan mula macam macam rungutan dah... hahahaha... aku yakin dia dah mula melawan dengan mental dia tu...aku terus bagi dia semangat supaya terus berjalan perlahan-lahan dan masa nak turun kami semua banyak berhenti untuk berehat.





Akhirnya kami semua selamat sampai dibawah, Alhamdullilah... sampai juga, so apalagi jum kita layan "ayaq nyoq" la.... wah papa dan ibu memang kagum dengan semangat Arif dan Adam yang sampai ke puncak Broga Hill... nak datang lagi tak lepas ni??? Nakkkkkk.......so lepas minum kami semua pun bertolak balik... dalam kereta anak anak aku semua tidur... penat sangat lah tu.... hahahaha......







Comments

Popular Posts