TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 5 - Ghorepani (2860m) - Poon Hill - Tadapani - Chuile (2060m) (Part 1)
2 March 2014 Ulleri -
Ghorepani - Poon Hill - Tadapani - Chuile ( Part 1)
4am dah bangun untuk bersiap ke Poon Hill. Sejuk tak ingat ,
pakai jacket 3 lapis pun tak boleh nak lawan sejuk ni. Mujur toilet kat sini
depan bilik sahaja. Aku basuh muka lebih kurang, kepala pun agak pening sikit
sebab tak cukup tidur, member-member lain dan trekker-trekker dari bilik lain
pun aku dengar tengah busy prepair untuk ke Poon Hill agaknya. Aku jumpa Tokki
menunggu giliran untuk ke toilet. " amacam ? ok tak ? Tokki tanya aku...
" ok no problem jawab aku ringkas...Mahfis , Zaril ,Mike dan Liew tengah
sibuk kemas beg yang ingin dibawa. kami tak perlu bawa beg besar pun untuk ke
Poon Hill, cukup untuk snack, chocolate dan air minuman sahaja, sebab kami akan
kembali ke sini semula untuk breakfast
selepas turun dari Poon Hill nanti...
Semua dah get ready dengan headlamp masing-masing sebab kat luar masih gelap dan angin amat sejuk sekali. Aku masuk dalam bilik suruh KF masak air dan buat kopi dulu sebab kami akan bergerak ke Poon Hill pada pukul 5.30am, so banyak masa lagi... tengah bersembang-sembang sambil minum kopi, teringat pulak hari ni Birthday KF!! Happy Birthday KF!!!. hahahaha. Untung ko KF dapat sambut birthday di sini...
Suasana pagi tu agak riuh la dan sampai kami kena sound
oleh seorang trekker perempuan dari Korea sebab kami buat bising...
kahkahkah... Ok guys , Ready to go ?
Ganesh tanya kami semua... yeah... Lets go...
Dalam kepekatan malam yang dingin dan bertemankan lampu di
kepala, kami terus melangkah untuk naik dan mendaki ke Poon Hill. Ramai jugak
yang turut serta pagi ni. kami di jangka akan sampai ke poon hill lebih kurang
pukul 7am dan akan tengok sunrise serta view banjaran Himalaya , so siapa yang
jalan laju meby akan sampai lebih cepat la... Untuk ke Poon Hill pada aku tak
sesusah mana pun ..cewwaahh.. , lebih kurang macam korang naik ke Broga Hill jer... Tapi sebab sejuk dan jalan agak berais , maka pergerakkan korang akan
lebih lambat untuk bergerak. Aku biasa la memang orang last la sampai... Tapi
Ganesh Hobbit ada bersama aku.. tak yah risau.
Jalan punya jalan akhirnya dah nak sampai dah... wow, menara di Poon Hill dah nampak dah... member-member lain memang aku tak nampak dah.. meby depa semua dah sampai kot... Memang tercungap dan lelah jugak nak sampai atas ni. memang agak sukar sikit nak bernafas dalam keadaan sejuk ni... Aku tanya Ganesh Hoobit berapa suhu di sini.. " around -5-7'C i guess" Ganesh jawab... errrrrrr... memang sejuk. Ok dah nak sampai dah... bersabar lah....
Ganesh Hobbit yang banyak tolong aku masa di Poon Hill - Juga Co - Founder White Himalaya Treks untuk service trekking di Nepal
Anda juga boleh ke entry ini : Kembara ke Nepal Dengan White Himalaya Treks ( Ganesh Neupane aka Ganesh Hobbit )
Anda juga boleh ke entry ini : Kembara ke Nepal Dengan White Himalaya Treks ( Ganesh Neupane aka Ganesh Hobbit )
Facebook Ganesh Neupane @ Ganesh Hobbit |
Setelah mendaki hampir 1 jam setengah , akhirnya aku sampai
di puncak Poon Hill... Alhamdullilah... sampai juga akhirnya... wow... menarik
betul view di atas ini. Bila lihat sign board Poon Hill tu aku rasa macam tak
percaya sebab selama ni aku hanya lihat di internet sahaja., tapi kali ni aku
dah sampai di sini... aku bangga dengan diri sendiri sebab aku boleh buat
rupanya, sedangkan kadang kala mental kita memang totally down!!
Member-member lain tengah sibuk bergambar dan layan sunrise yang memang cantik sekali... warna di langit seakan emas yang sedang berkilau.. huhu... dari depan kita boleh nampak dengan jelas banjaran Himalaya yang terbentang luas. Fish Tail, Dhaulagiri , Annapurna, Lamjung Himal dan macam-macam lagi la....Ramai betul orang atas ni.. di atas menara tu memang penuh orang... Aku hanya meninjau di persekitaran bawah ini sambil menunggu air kopi yang di masak oleh Mahfis dan KF... orang lain pelik kami boleh masak air dan buat kopi disini... hahaha.
Member-member lain tengah sibuk bergambar dan layan sunrise yang memang cantik sekali... warna di langit seakan emas yang sedang berkilau.. huhu... dari depan kita boleh nampak dengan jelas banjaran Himalaya yang terbentang luas. Fish Tail, Dhaulagiri , Annapurna, Lamjung Himal dan macam-macam lagi la....Ramai betul orang atas ni.. di atas menara tu memang penuh orang... Aku hanya meninjau di persekitaran bawah ini sambil menunggu air kopi yang di masak oleh Mahfis dan KF... orang lain pelik kami boleh masak air dan buat kopi disini... hahaha.
Mr.Balazs aku tak tau kat mana mungkin atas menara kot.. Susah aku nak tulis keindahan di sini... korang kena datang sendiri dan lihat sendiri kecantikkan di puncak Poon Hill ni... memang cantik.. SubhanaAllah... Diatas puncak ni aku jadi tamak untuk ambil gambar pemandangan di sini.. sini nak snap , sana nak snap, atas nak snap. bawah nak snap, awek lawa pun aku nak snap.. macam-macam arrr... habis tu kalau aku tak buat macam tu bila lagi aku nak datang sini kan...sedar-sedar battery camera aku habis ... arrrggghhh ...di kawasan sejuk memang battery camera atau apa sahaja battery akan cepat habis lah... so aku nasihatkan korang bawak banyak battery bila travel di tempat sejuk.
Lebih kurang pukul 8.30am kami semua bergerak turun dari Poon Hill. Kami akan kembali semula ke Ghorepani untuk breakfast dan lepas tu kami akan berkemas dan akan meneruskan perjalanan ke Tadapani dan akan bermalam di Chuile.
Disini ada kedai buku dan pelbagai buku yang Rare boleh korang beli... Aku tak explore lama dalam kedai buku ni sebab masa tak banyak.. Boleh dikatakan murah juga, Bagi kaki buku memang tempat ni sesuai untuk korang. Ok nak breakfast dulu nanti aku sambung -
Klik :
Comments
Post a Comment