Berkelah di Air Terjun Sungai Pandan Pancing Kuantan Pahang

Air Terjun Sungai Pandan Pancing Kuantan Pahang 

Aktiviti semasa balik ke Kuantan kali ini. aku bawa anak-anak ke Air Terjun Sungai Pandan yang terletak hanya hampir 20km dari rumah mak aku. Memang agak lama tak ke sini. Bayaran masuk untuk ke Air terjun ini adalah RM2 bagi dewasa, dan RM1 bagi kanak-kanak yang bersekolah rendah. RM3 dikenakan untuk parking kereta yang lebih dekat. Manakala tiada bayaran dikenakan untuk parking kereta yang agak jauh untuk masuk ke kawasan hutan lipur ini. Terdapat beberapa tingkat air terjun disini, tapi bagi memudahkan pengunjung yang membawa anak-anak kecil, ada baiknya anda memilih dikawasan bawah sahaja kerana terdapat kolam yang telah dibina bagi kemudahan anak-anak untuk berenang.

Memang agak ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya di waktu hujung minggu, so anda perlu datang awal untuk mencari port yang baik untuk berkelah. Kemudahan toilet, surau dan gerai makanan disediakan dan ianya agak terjaga bagi kemudahan orang ramai. Peringatan kepada pengunjung agar segala sampah sarap dan sisa makanan yang anda bawa hendaklah dibuang kedalam tong sampah yang telah disediakan agar Air terjun ini sentiasa terpelihara. Akhir sekali pastikan keselamatan anak-anak anda... Have Fun!!!





















Comments

Popular Posts