Travel India - Preparation

Persiapan untuk ke Kolkata - Srinagar - Kashmir - New Delhi - Agra - Kolkata India

Hampir 1 tahun aku study dan buat research berkenaan India. Dah hampir naik jemu dah. Baca blog sana sini, dapatkan maklumat sebanyak mungkin, boleh buat aku naik muntah dah. Rasa nya inilah research yang paling memeningkan kepala aku. Mana tidaknya India ni luas, jauh-jauh pulak tu. Dengan modal yang ciput aku try buat semurah mungkin dan sebackpackers  yang mungkin agar aku dapat merialisasikan impian aku untuk ke Kashmir dan melihat sendiri Taj Mahal depan mata. Best sangat ke India ni?? ayat yang biasa kita dengar... Best tak best itu lain cerita, yang penting aku nak ke India jugak..

Dari  tahun 2014 lagi aku dah cari partner untuk misi ke Kashmir ni. Alhamdullilah Mahfis, Mok dan Zakhiri menyahut cabaran ini. Cuma Mahfis sahaja yang belum membeli tiket KL- Kolkata. Katanya nanti. Harap ko dapat ikut aku Mahfis, sebab kalau takda ko, aku rasa jiwa ini tiada maknanya lagi.. kahkahkah... Mahfis merupakan sahabat aku masa pergi Nepal dulu. Nice guy, dan kelakar.




Menyelongkar setiap website tiket kapal terbang, tiket train, hotel dan pengangkutan disana memang betul-betul mencabar otak aku. Sayang sekali AirAsia tidak lagi beroperasi dari KL- New Delhi, so aku terpaksa ambil flight dari KL- Kolkata . Malindo Air ada terus dari KL- New Delhi tapi tarikh yang aku nak pergi harganya melampau-lampau.  Padahal aku dah survey hampir berbulan-bulan dah. Nak naik MAS memang tak la, lagi la mahal untuk ke New Delhi. So pilihan yang ada ialah menaiki Air Asia untuk ke Kolkata. "Everyone Can Fly"... kahkahkah. Dari Kolkata kami akan menggunakan domestic airline pulak untuk ke Srinagar Kashmir. sambil dengar lagu Kashmir Led Zepellin.

Dari segi Itinerary untuk 10 hari travel pun tengah duk fikir-fikir lagi. Mana Hotel nak stay, mana station keretapi yang yang dekat, jenis keretapi , harga untuk sewa jeep, sewa taxi, dan lain-lain. Ikutkan hati 10 hari mana cukup kan. Bab makan aku tak kisah, janji halal. Untuk Visa kami akan buat nanti.




Dalam merangka perjalanan ke Kashmir, aku suka menggunakan applikasi "FetchMyWay" yang boleh di download didalam playstore. lebih  mudah untuk kenalpasti jenis perjalanan yang bakal kami tempuh nanti. Applikasi ini juga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kos yang bakal kita bayar untuk ke destinasi yang kita tuju.


Applikasi "Skyscanner" juga aku gunakan bagi mencari dengan lebih mudah tiket tiket penerbangan yang paling murah hinggalah yang paling mahal. Jika anda dah jumpa yang murah, boleh la terus ke website airlines yang anda nak book tu. Memang banyak applikasi yang ada, tapi aku lebih suka guna yang ni. 



Tak dinafikan kalau anda berduit berkepuk-kepuk memang tak perlu risau sangat pasal budget ni. Kalau boleh semua nak diserahkan pada Travel agen, dan anda hanya perlu ikut sahaja. Tapi pada aku tak seronok kalau kita tidak mengkaji dan buat research sendiri berkenaan sesuatu tempat itu. so far perbelanjaan setakat ini masih dalam budget kami. So doakan misi kali ini berjaya. 

Kenapa India ??? Ini jawapan nya... hahaha



Anda bolek klik untuk : CARA PERMOHONAN VISA KE INDIA

Comments

Popular Posts