Berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Selangor ( Commonwealth Forest Rawang ) TERKOM

Berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Selangor ( Commonwealth Forest Rawang ) TERKOM ( Day 1 )

yusaini mohd yusof_Commonwealthforest rawang_ tamanrimbakomenwel

Pada 27 dan 28July 2019 yang lalu kami ke Taman Rimba Komanwel di rawang untuk berkhemah 1 malam di sana. Berkhemah ni dah jadi satu ketagihan pulak bila kita dah mulakan, Padahal baru 3 minggu lepas aku dah berkhemah di Ulu Yam. Pantang aku cuti pada Sabtu dan Ahad aku dah mula rasa tak sedap badan untuk bercamping. Hahahaha. Dari duduk mereput kat rumah baik keluar beriadah. Pada aku Ber Camping ni adalah sesuatu yang positif dan menyegarkan minda dan ianya tidaklah memerlukan modal yang banyak pun berbanding bercuti di resort atau hotel. Pada aku yang paling penting minda anak-anak dapat berhubung dengan alam dan akan lebih terbuka kearah yang lebih sihat. Takda lah mereka hanya tepu di rumah. lari sebentar dari rutin harian mereka.

Kali ini adik aku Fry nak ikut, so bagus juga dia ikut dapat juga dia tolong aku set up khemah semua nanti. Di sebabkan anak aku yang sulung ada tuisyen pada Sabtu tu, maka aku dan 2 lagi anak aku pergi dulu untuk cari tempat yang strategik di campsite ini. Petang nanti baru wife aku dan anak aku datang. 

Taman Rimba Komanwel Rawang ini tidaklah jauh dari rumah kami. Perjalanan sekitar 45 minit sahaja dari Lebuh raya Plus Exit Rawang (S) dan masuk semula ke Lebuh Raya Latar. Kira 2 Tol juga lah dari Kota Damansara.  Taman Rimba Komanwel ini juga dikenali dengan nama Commonwealth Forest Rawang. Aku mencari info pasal campsite ini pun dari group facebook Family Camping Malaysia. Di sini kemudahan facilities cukup baik dan terjaga, Toilet yang bersih, Surau, dewan mini dan juga parking area yang selamat untuk kita bermalam. 

Bayaran masuk : 

Tapak Khemah          : RM10/Khemah 
Dewasa                      : RM2/pax
Kanak-Kanak            : RM1/pax
Parking                      : RM3/entry
Kemudahan Tandas   : RM0.20/pax

Personal Incharge : 0173637215 En Halil (  Pegawai Taman Rimba Komenwel )

Resit Bayaran

Kami memilih untuk set up khemah kami di lokasi yang agak hampir dengan tandas. Kebetulan kami datang awal, maka belum ada pengunjung yang datang di sini. jadi kami bebas memilih tempat untuk pacak khemah. En Halil ada mencadangkan jika ingin berkhemah leih elok di atas nya di kawasan nya lebih terbuka untuk mengelakkan dahan-dahan kayu yang reput jatuh menimpa kami nanti. Terima kasih En Halil atas tips itu. Selepas bayaran sudah dibuat, kami terus setup khemah.

Anak dah mula lapar sebab masa bergerak dari rumah tadi belum breakfast apa-apa pun, cuma aku dah siap tapaukan nasi lemak sahaja. Cuaca pada hari tu agak baik dan panas. Kalau ikut weather forecast hari ini ,hujan akan turun pada petang nanti. En Halil ada pesan juga tadi jika hujan lebat, sila masuk ke ruang dewan, jangan duduk dalam khemah. Harap-harap cuaca baik sehingga esok.

Bergambar dulu

Lapar lepas berendam 

Masak maggie

Kepenatan layan anak buah

yusaini mohd yusof_Commonwealthforest rawang_ tamanrimbakomenwel
Siap Setup Khemah

Baring di hammock sambil menikmati bunyi rimba

Air sungai yang cetek dan selamat

Di kawasan campsite ini air sungai tidak lah dalam, cuma paras-paras kaki sahaja. Jadi kita pun tak risau pasal anak-anak untuk berendam dalam air. Di kawasan berdekatan dengan tandas ada sebuah kolam yang dibina bagi pengunjung terutamanya anak-anak untuk mandi. Ianya tidaklah dalam dan selamat untuk anak-anak. Sambil memerhati anak-anak, aku pun boleh lah rehat dalam hammock ni.
Satu lagi aku nak ingatkan disini, awasi dengan kehadiran beruk-beruk liar disini. Mereka berkeliaran bebas di sini. Hahahaha

Tadi ada berborak juga dengan petugas yang membersihkan Campsite ini. Jika kita nak ke air terjun, kita boleh trek di kawasan ini. Tak jauh cuma sekitar 20min sahaja. Ramai pengunjung di sini tidak tahu kewujudan air terjun ini. Laluan trail ini tidak lah susah, ikut sahaja anak sungai itu. Ok cun, kalau cuaca ok , esok pagi akan trekking ke air terjun tu. 


Kari kepala ikan sudah siap untuk Makan malam 



Petang tu wife aku sampai sekitar jam 5pm. Jadi kami semua terus membuat persiapan makan malam pula. Menu spesial malam ini Kari kepala ikan Aruan Tasek. Ikan yang aku perolehi di trip mencandat sotong di Kemaman hari tu. Hahaha. Mantap !!!

Pada waktu malam Campsite disini agak gelap, jadi sebagai camper dan bawa anak-anak pulak tu. kita perlu lah ada kelengkapan camping terutamanya lampu. lampu ni kita boleh beli di DIY murah sikit. Guna Battery AA je pun. Sampai esok pagi pun boleh terang.  Kayu api kami dah siap cari siang tadi untuk buat campfire malam nanti. Ada campfire baru lah camping !!! Anda dinasihatkan agar membersihkan semula tapak pembakaran sebelum anda meninggalkan kawasan ini. 

Malam hari tiada aktiviti pun nak di buat, cuma kita rehat-rehat sambil berbual dengan anak-anak sahaja lah. Main game cerita spontan. Kuiz, teka teki dan lain-lain. Cuaca malam tu ok lah tak sejuk sangat , tak panas sangat. Tapi tak tau lah pagi nanti. 

Badan tak sihat, berendam sepanjang hari

Roti garlic butter menu pagi

Breakfast dahulu sebelum ke air terjun

Pagi yang dingin dan mendamaikan 
Pagi tadi kami bangun awal. Lepas solat subuh, aku mengidupkan unggun api semula sebab cuaca agak sejuk sekali. Wife aku pun dah sibuk menyediakan sarapan pagi. Kari semalam pun masih berbaki dan boleh lah cicah dengan roti nanti sebelum kami ke air terjun nanti. Siap breakfast kami memulakan trekking ke air terjun. Ayuh anak-anak !!!! 

Ikuti entry kami ke air terjun Commonwealth Forest di Pautan ini : Trekking ke Air Terjun Taman Eko Rimba Komanwel Commonwealth Forest Park, Rawang ( Day 2 )


Semoga berjumpa Lagi....


Comments

Post a Comment