Permohonan Visa Ke India

Cara-cara untuk buat Visa ke India untuk MELANCONG , Untuk Tujuan Lain saya tak tahu :

1. Isi borang secara online di website : INDIA VISA CENTRE , klik di bahagian Application Form dan klik Passport Malaysia



2. Baca arahan yang diberikan dan klik link https://indianvisaonline.gov.in/visa/ yang tertera untuk mengisi borang.

3. Klik Regular Visa Application seperti yang anda lihat disebelah kiri sekali dalam halaman tersebut

4. Sediakan segala maklumat tentang :
  • Passport anda,
  • Butiran peribadi anda 
  • Tarikh perjalanan anda
  • Tempat yang anda ingin ke India
  • Alamat ,nama dan no telefon Hotel  di mana anda anda Menginap ( kalau tiada, anda boleh letak apa sahaja nama hotel di India ) tapi biar logik, jangan letak Hotel kat Brickfields pulak
  • Gambar berukuran 2inch x 2inch background putih  ( untuk proses penghantaran di kaunter ) 
  • Salinan tiket penerbangan anda ke India ( untuk proses penghantaran di kaunter ) 
5. Dah siap isi anda perlu print borang tersebut dan boleh terus ke Kaunter India Visa Centre di      alamat seperti dibawah : 

Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia



6. India Visa Centre berada betul-betul depan bangunan AGRO BANK area Dataran Merdeka bagi mereka yang dinggal di Lembah klang la.


7. Jika anda terlupa untuk print  tiket penerbangan ke India serta photostat passport anda, jangan risau anda boleh dapatkan khidmat photostat dan printer di sebelah India Visa Centre kerana terdapat kedai Stationery di situ.

8. Jika anda malas nak isi online dan untuk ambil gambar  , anda boleh juga berbuat demikian di Kaunter India Visa Centre  dan akan dikenakan charge yang tak masuk akal. kahkahkah

9. Visa anda akan diproses 3 hari waktu bekerja jika tiada sebarang masalah.

10. Bayaran yang dikenakan untuk visa ini ialah sebanyak RM161.56 untuk 3 bulan bagi tourist, untuk urusan bisnez dan lain-lain, harga berbeza.


Studio ambil gambar Passport kat area rumah aku Simple dan rare


Form yang telah siap Diisi untuk dihantar ke Kaunter



Alhamdullilah.. selepas 3 hari Visa pun siap... India aku mai !!!!!



Comments

Popular Posts