Majlis Graduasi dan kecemerlangan Tadika Cahaya Taqwa Kota Damansara 2017



Majlis Graduasi dan kecemerlangan Tadika Cahaya Taqwa  Kota Damansara 2017

11Nov2017 yang lalu merupakan hari graduasi bagi murid 6 tahun Tadika Cahaya Taqwa Kota Damansara. Setinggi penghargaan dan terima kasih saya dan isteri ucapkan buat seluruh warga pendidik Tadika Cahaya Taqwa yang banyak membantu serta membimbing anak-anak kami sejak berumur dari 4 tahun lagi. Alhamdullilah anak-anak kami kini boleh mengenal huruf membaca dan mengira sebelum memulakan sessi persekolahan darjah satu tahun hadapan.

Sebagai ibu bapa yang bekerja saya akui bahawa masa pembelajaran bersama anak-anak agak terbatas kerana kesibukan tugasan harian di luar, tetapi tidak menjadi alasan kami untuk tidak mengambil peduli tentang kemajuan pembelajaran anak-anak di sekolah terutamanya anak-anak di peringkat pra sekolah. Dengan adanya guru yang berdedikasi di Tadika ini, saya rasa bersyukur kerana gurulah yang menjadi ibu bapa kedua kepada anak kami yang banyak membantu dan mendidik anak-anak kami di sini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi buat guru yang bertungkus lumus dalam mempersiapkan segala perancangan program dan aktiviti tahunan buat anak-anak kami disini. Segala jasa baik guru tidak mungkin kami lupakan. Maaf seandainya ada silap dan salah anak-anak kami di sini....

Terima Kasih Guru....


Semoga Asyraf Afsar terus berjaya di masa hadapan




Asyraf Afsar bergaya dengan Robe Graduasinya



Comments

Popular Posts