Berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel Rawang

Berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Selangor 

Campsite Taman Rimba Komenwel Rawang  Facebook Taman Rimba Komanwel Rawang ini memang menjadi port favorite kami sekeluarga. Dekat dengan rumah dan kemudahan fasilitis yang baik. Ranjer di sini  Facebook Encik Halil dan staff bertugas cukup ramah dan sentiasa menjaga keadaan pengunjung di sini. 

Bayaran : 
Rm10/Tent/Night
Rm2/Dewasa
Rm1/Kanak2
Rm0.20/pax
Rm3/entry
Maklumat Lanjut ( En Halil 017 3637215 Pegawai Ranjer )

Kami Berkhemah 2 hari 1 malam bersama Bonda tercinta sebab nak merasa bermalam dalam khemah katanya. Kami memang jangka hujan akan lebat pada sebelah petang, tetapi memang tu lah yang kami cari sebenarnya. Pastikan anda semua alert dengan keadaan sekeliling terutamanya dahan pokok atau ranting yang jatuh. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dalam sungai jika air deras dan bertukar lumpur. Jika keadaan memaksa anda boleh berteduh di dewan yang disediakan di depan pejabat Terkom ini. 

Menu : 
Laksa Penang
Nasi Campur
BBQ ayam
Kuih Muih
Ikan Bakar
Nasi Lemak

Memori kali ini : 
  • Hujan Lebat pada hari pertama, Fly sheet roboh. Tak sempat nak mencapai gopro untuk gambar semasa hujan. Sibuk betulkan flysheet.
  • Tent jiran sebelah juga bergenang dengan air.
  • Dapat jumpa ahli club Family Camping Malaysia.
  • Yang penting dapat relese tension setelah 3 minggu tak bercamping. 
Apa-apa pun kita enjoy !!!


taman eko rimba komanwel_campsite_camping_berkhemah_garisan Khatulistiwa














Comments

  1. The Sports Betting Podcast: Sports Betting Podcast - JTMHub
    The Sports Betting Podcast, the best podcast to 광양 출장마사지 talk sports, 광주 출장마사지 podcasts, podcasts, 파주 출장마사지 and more, With Sportsbook Insider, we're proud to bring to 군포 출장안마 you The Sports Betting Podcast. 보령 출장안마

    ReplyDelete

Post a Comment