AKTIVITI PULANG KE KAMPUNG
Pulang ke kampung merupakan agenda yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak aku. Pantang ada cuti sekolah lama mereka pasti akan bertanya 2 perkara: Camping tak ? Balik kampung tak? Balik kampung samaada di Gemencheh N.Sembilan ataupun Kuantan pastinya ada sahaja agenda dan benda yang akan mereka buat di kampung bersama sepupu sepapat mereka.
Memang dari kecil lagi aku tak kisah apa sahaja yang mereka nak buat di kampung asalkan mereka tidak hanya menatap handphone. Balik ke kampung terutamanya di Gemencheh memang banyak aktiviti yang mereka boleh lakukan. Memang ada sahaja kerja yang akan di tugaskan samada oleh nenek mereka atau pun pak sedara mereka.
Salah satu aktiviti feveret ialah memancing ikan haruan atau keli di kolam terbiar belakang rumah mak mertua aku. Memang kalau tak di panggil balik makan nasi, memang tak balik lah dorang semua.
Satu lagi perkara wajib yang mereka lakukan adalah mengambil daun sawit untuk lembu. Kerja tu memang tak boleh lari lah, WAJIB!! sesiapa sahaja yang ada di kampung kerja amal ini wajib kena buat, tanpa dakwa dakwi lagi. Kesinambungan kerja ini berterusan pula dengan membuang tahi lembu di kandang.
Di rumah mertua aku memang ada anak air yang melalui belakang rumah dari tanah sawah ni. Kalau hari hujan lebat, memang port berkubang anak-anak aku dan yang lain-lain lah. Tapi kalau hari tak hujan airnya alahai tak banyak pun. Dari bawah pokok kundang besar belakang rumah tu memang tempat aku melihat anak-anak aku bermain dengan saudara mereka.
Mak mertua aku ada cakap, orang kampung dah bersihkan kawasan sungai yang dulunya memang menjadi port terjun tiruk anak-anak kampung situ zaman dahulu. Tapi di sebabkan kemajuan dan permodenan, air sungai di situ dah kering dan tidak se"BEST"dulu lah. Alhamdullilah ada pihak yang dah bersihkan kawasan tepian sungai yang dh bersemak samun dan kini dah boleh lah lihat sungai itu dari jauh. Aku harap sungai ini kembali pulih dan boleh lah aku terjun mandi sungai situ pulak.
Kini anak-anak aku pun dah besar dan dah bersekolah menengah dah pun. Ada masa-masanya mereka pun culas juga nak buat apa yang di suruh oleh nenek mereka. Hahaha.
Ok guys kita jumpa lagi lain hari.
SUNGAI YANG DAH DIBERSIHKAN |
SUNGAI YANG DAH DIBERSIHKAN |
ANAK AIR BELAKANG RUMAH |
ANAK AKU BUAT KERJA PERLEBARAN ANAK AIR |
MENGAMBIL DAUN SAWIT UNTUK LEMBU |
MENGAMBIL DAUN SAWIT UNTUK LEMBU |
MEMANCING KOLAM BELAKANG RUMAH |
MEMANCING KOLAM BELAKANG RUMAH |
Comments
Post a Comment