CAMPING DI WARISAN CAMPSITE SUNGAI SENDAT




CAMPING DI WARISAN CAMPSITE SUNGAI SENDAT 

WARISAN CAMPSITE_CAMPING_CAMPING MALAYSIA

Pada 23 - 24 Julai yang lepas kami berpeluang untuk berkhemah di Warisan Campsite yang terletak di Ulu Yam Sungai Sendat . Kali ini kami ke sana dengan Azizi Mat Johor @ Tok Batin dan family beliau.
Ikutkan memang dah lama aku dan dia tak camping sekali. Biasa lah Tok Batin banyak kerja - kerja hakiki yang perlu di buat. 

Sebenarnya kami dah lama plan nak ke sini, dari May lagi, tapi banyak kali juga pospond atas banyak perkara penting lain yang hendak di selesaikan. Ok kali ni mesti jadi.

Perjalanan dari rumah kami ke sini hampir 45 min- 1 jam juga. Campsite ini terletak di antara Campsite Abah Legacy dan Iskoven Campsite. Sebenarnya masa aku ke Iskoven tahun lepas, Warisan Campsite ini masih belum ada. Menurut kata Pakcik Musa ini iaitu pemilik campsite ini, dia dan anak dia yang mengambil keputusan untuk setup tanah kebun milik keluarga beliau untuk di jadikan campsite kerana trend camping di Malaysia kini mendapat sambutan setiap minggu. Sedikit sebanyak boleh lah beliau dan keluarga menambah pendapatan mereka sekeluarga.

Dari jalan besar untuk masuk ke sini, anda kena melalui jalan kampung dan kebun yang agak tidak selesa, kerana terdapat batu dan jalan berbonggol serta berlubang. Hati-hati buat mereka yang datang dengan kereta yang agak lowerd ya. 

Sampai sahaja di Campsite ini, anda boleh lah park di luar dan boleh mangangkat barang untuk masuk ke campsite. Jangan lupa bawa troly atau wagon ya. Kalau anda yakin kereta anda boleh masuk terus kedalam campsite, boleh je anda bawa masuk kereta anda ke dalam. Lihat dalam video saya di YOUTUBE .

WARISAN CAMPSITE_CAMPING_CAMPING MALAYSIA_GARISAN KHATULISTIWA

Kali ini kami hanya menggunakan khemah jenis Teepee / One pole tent untuk senang setup dan mudah kerana kami hanya camping hanya 1 malam sahaja, lagi pun tapak khemah di campsite ini tidaklah besar mana bagi setiap khemah. Jadi space / ruang campsite hanya boleh memuatkan hampir 10 - 12 khemah sahaja dalam satu-satu masa. Jadi kita kena pandai-pandai lah setup ya. Kami pasang khemah betul-betul menghadap sungai. 

WARISAN CAMPSITE_CAMPING_CAMPING MALAYSIA_GARISAN KHATULISTIWA

Bayaran untuk Camping di sini adalah RM50/tapak/khemah/malam. Parking kereta RM5/kereta. Jika anda ingin berkhelah sahaja bayaran adalah RM4/dewasa dan RM2/kanak-kanak. Jika anda ingin menyewa pondok pula adalah RM30/pondok kayu dan RM15/pondok buluh.

Secara keseluruhan, Campsite ini tidaklah mempunyai kemudahan yang hebat macam di sesetengah campsite, tetapi cukuplah dengan ada nya kemudahan Tandas dan Bilik mandi , sinki untuk membasuh, sudah cukup rasanya untuk anda semua camping di sini. Bila malam pula Owner campsite akan memasang genset mereka untuk menghidupkan lampu di sekitar campsite. Tapi jangan risau, genset mereka bukan bising pun. Ok je. Surau juga di sediakan di sini. Lagi satu, di sini tiada line telco untuk di hubungi ya. Jika anda kesini, pastikan beritahu sanak-saudara anda ke sini, dan tiada line telco ya. Bukan apa, untuk kecemasan.

Sungai di campsite ini amatlah best dan jernih sekali, paling penting tidak dalam dan arus nya juga tidak lah kuat mana. Sesuailah untuk anak-anak mandi dan anda pun tak perlulah 24 jam memerhati anak-anak anda mandi.

WARISAN CAMPSITE_CAMPING_CAMPING MALAYSIA_GARISAN KHATULISTIWA























WARISAN CAMPSITE_CAMPING_CAMPING MALAYSIA_GARISAN KHATULISTIWA



Ok lah aku rasa itu sahaja kot ringkasan vlog kami untuk kali ini. Untuk info lebih tentang campsite ini anda boleh menonton video dari YOUTUBE kami di bawah. Anda juga boleh click di Facebook Page WARISAN CAMPSITE untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Warisan Campsite juga boleh dihubungi melalui call/ Whatapps seperti nom di bawah :
014-8098093 / 013-3620589 / 012-9315214 ( WARISAN CAMPSITE )



FULL VIDEO DI YOUTUBE CHANNEL KAMI
JANGAN LUPA SUBSCRIBE 





 

Comments

Popular Posts