Erti Sebuah Persahabatan dan Perjuangan


Tanggal 27hb January 2013 aku dikejutkan oleh status salah seorang sahabat aku di facebook yang mengatakan salah seorang sahabat sekolah Fadzli Yusof yang lebih mesra aku panggil Booty dari sekolah dulu telah tenat dan kritikal di HKL.. Pada mulanya aku anggap ia khabar angin dan belum sahih khabaran tersebut . Terus aku call Booty tapi tiada jawapan. Aku cuba mencari kebenaran dan kesahihan tersebut lagi dengan call kawan-kawan yang lain tapi masih sama tak pasti. Kenapa dengan Booty? Eksiden ke dia ? dan terus menjadi tanda tanya….
Tgh hari aku cuba lagi call Booty, dalam hati berbisik kalau dia Kritikal di Hospital tentu dia tak boleh jawab call ini, tapi meby wife dia yang akan jawab… ternyata setelah bebrapa kali aku cuba menghubungi Booty, finally ada orang jawab panggilan aku dengan nada yang agak suram dan sedih.. Rupanya adik Booty yang jawab panggilan tersebut. Terus aku bertanya betul ke Fadzli sedang kritikal di HKL? Eksident ke? Adik dia menjawab dengan nada sedih aku rasa… Tak dia kena kanser.. so bagaimana keadaan dia? Adik Booty terus mengangis…… dia tak sedarkan diri setakat ni.. koma………. Aku terkejut dan tak tau nak cakap apa dah… rasa macam nak terbang jer terus ke HKL. Ya Allah… betul ke Booty kena kanser, aku tengok dia sihat je sebelum ni, macam takda apa-apa yang berlaku… sebab 2-3 hari lepas aku ada berfacebook dengan dia…. Sebenarnya masa aku dapat berita tu aku berada di kampung cuti Thaipusam. So aku pelan esok aku nak terus balik dan ziarah dia di HKL.
Sapa yang tak kenal Booty di sekolah, sebut sahaja Booty semua orang kenal, baik cikgu dan kami semua. Booty dari sekolah memang aktif dengan bola. Boleh dikatakan dia Keeper Handalan sekolah lah ketika itu. Dia juga merupakan pengawas sekolah, ketua Dorm aku dorm A5 dan C4  dan sama-sama pernah kena rotan dalam Dorm dengan Warden. Memory aku terus kebelakang ingatkan dia. Persahabatan kami  tak putus di situ. Lepas SPM pun aku still contact dia lagi sebab dia sekampung dengan aku di Kuantan. Kalau tak silap aku dia lah yang ajar aku memancing kat jambatan peramu lepas aku habis kerja part time semasa tunggu result spm, tapi sekor ikan pun aku tak dapat.. PUiiiiiii………..
Malam tu aku tak lelap tidur, fikiran aku asyik ingatkan dia jer. Handphone aku sesak dengan chatting di Whatsapp Group Alumni Smtsas 96/97 yang terus menerus bertanya khabar tentang Booty…last2 dapat tau .. Apa??? Kanser usus stage 4? Nasib baik juga salah seorang dari rakan sekolah aku Zubir bekerja di HKL banyak memberi informasi tentang keadaan Booty..  Teruk tu.. tak sabar aku nak tunggu esok balik KL dan terus ke HKL. Dalam hati hanya terus berdoa agar Booty dapat kembali pulih seperti sedia kala. Gambar ini adalah gambar pertama yang di post oleh salah seorang sahabat kami di group Whatsapp.....


28 Jan2013.. pagi-pagi lagi aku dah bersiap kemas untuk balik ke KL, aku cakap dengan wife aku lepas ni aku nak ke HKL nak tengok kawan kritikal di HKL.
Aku terus call Dasuki, Metah dan Junaidy untuk ajak sekali diorang ke HKL. Mana2 kawan-kawan yang lain pun pelan nak ke sana jugak. Sampai je KL aku terus call Metah pickup aku di Lrt Taman Jaya. Kita pergi sekali.
Sampai je HKL terus aku dan Metah tuju ke Tingkat 3, Ward 13, katil 11 seperti yang dah dimaklumkan oleh rakan-rakan lain. Suasana bercampur baur dan sebak bila melihat sahabat yang aku kenali lebih 16 tahun dan aktif terlentang dengan penuh wayar2 dibadan dan disokong oleh mesin oksigen untuk bernafas. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa berat beban yang ditanggung oleh Booty dan keluarga beliau terutamanya isteri beliau yang terus erat dan setia menjaga Booty di sisi. Astargfirullah allazim, aku mengucap panjang bila melihat Booty ketika itu. Yang ada pada masa tu sanak saudara Booty, Mertua, dan rakan-rakan sekolah beliau yang datang menziarah. Aku hanya berada di belakang dan memberi ruang kepada ahli keluarga beliau untuk bersama booty….. Aku tengok ayah dan mak Booty cukup tenang berada di sisi Booty..
Aku dan Metah ada berbual dengan ayah Booty.. Dah lama ke Fadzli ni sakit pakcik?.. 3 tahun dah.. tapi dulu dah buat operation dah, tapi tak tahu lah keadaan dia boleh terjadi seperti ini. So apa kata Doktor… ermmm entahlah.. pakcik hanya berserah pada tuhan sahaja.. Biarlah masa yang menentukan………………………….. aku terkedu dan tak tahu nak cakap apa dah ketika itu. Sesekali aku nampak ada pergerakan jari Booty tapi dalam keadaan tidak sedar. Dalam fikiran aku terfikir ini mesti dah kronik sangat penyakit Booty ni. Sedih sangat aku rasa ketika itu. Aku tak pernah ada pengalaman seperti ini melihat sahabat atau keluarga terlantar koma di hospital. Mungkin itu sebab aku mudah sedih melihat keadaan sahabat aku ni. Time melawat hampir habis, aku masih tak dapat mendekati Booty.. so aku ngan Metah decide nak balik dulu.. meby esok atau lusa kami datang lagi…. Lepas kami pulang dari HKL, ada rakan-rakan lain yang datang menziarah.. kami semua terus-menerus bertanya perkembangan Booty di group whatsapp… mujur ada Zubir .. dia banyak membantu memberi informasi kepada kami semua. Malam tu aku still tak dapat nak lelapkan mata… huh fikiran aku masih ingat pada Booty sahaja.. Tabahkan hati booty, kami semua akan terus berdoa agar kau kembali sihat…

29 Jan 2013, masih menanti perkembangan yang positif dari Zubir berkenaan Booty. Hari ni ramai rakan-rakan yang datang melawat Booty dan kami semua terus bertukar2 maklumat tentang keadaan Booty di HKL.. Alhamdulillah semua rakan-rakan sekolah SMTSAS ibarat sebuah keluarga dan turut bersedih apa yang menimpa Booty. Sudah pastilah isteri beliau yang paling sedih melihat apa yang terjadi. Tahniah pada sesiapa yang mencadangkan kutipan derma kilat dari rakan-rakan sekolah untuk disedekahkan kepada isteri Booty bagi mengurangkan beban keluarga Booty. Kami ibarat satu keluarga bila mana yang dah lama tak jumpa kini muncul dan saling berkongsi maklumat tentang keadaan Booty. Malam tu aku mendapat berita mengejut di post Group Alumni Smtsas 96/97 yang mengatakan Booty sekarang DIL !!!! DIL ??? apa benda tu ??? Death in Line???  Allahuakbar…………… Booty….. …Aku mesti ke sana lagi esok ni………….. naik sebak aku bila diberitahu doktor mencadangkan Booty dibawa pulang kerumah kerana beliau sudah tiada harapan untuk sembuh. Dari chatting yang aku terima daripada sahabat, Khayal ada beritahu bahawa doktor dah memberhentikan morfin dan oksigen untuk Booty sebab beliau mempunyai harapan tipis lagi untuk terus bertahan. So buat masa sekarang kita hanya berserah kepada keajaiban dari Allah agar dipanjangkan umur Booty. 

30 Jan 2013, Hari ni aku kerja shift petang, Tapi aku dah pelan dengan Junaidy, Syed dan Dasuki nak menziarah Booty di HKL lagi. Bukan apa , daripada maklumat rakan-rakan lain, Booty dikhabarkan telah sedar dan boleh duduk, so dikesempatan ini aku ingin mengambil peluang sekali lagi untuk bertemu beliau mungkin untuk kali terakhir ataupun sebaliknya. Aku nak minta maaf jika ada salah dan silap aku selama kami berkawan dengan beliau. So sebelum aku masuk kerja pukul 3pm, aku ingin melawat Booty. Yup Syed dan Hanyai pun ada sekali nak ziarah Booty selepas aku sms dia semalam berkenaan berita ini. Aku ada inform Andak juga berkenaan berita ini, tapi apakan daya dia terpaksa tangguh kan sebab dia ada Training di tempat kerja. So mana yang ada je lah  kami ke sana.
Sampai je HKL kami terus ke ward 13 dan apa yang dikhabarkan oleh Zhakiri oleh isterinya, Ward 13 merupakan Ward bagi pesakit yang tiada harapan lagi untuk hidup. Erkkkkk ?????? ye ke tidak hanya Allah je yang tau. So bila sampai je di katil Booty aku tengok Booty dah sedarkan diri, tapi keadaan dia agak membimbangkan. Betul apa yang dikhabar oleh Khayal, bahawa doktor dah berhentikan segala sokongan dan oksigen untuk Booty, Cuma yang ada hanya air sahaja yang masuk dalam badan, berbeza hari sebelumnya aku datang melawat. Dari kaca mata aku sendiri aku dapat melihat kesengsaraan yang di tanggung oleh Booty. Badan beliau lemah habis.. kuning, mata kuning dan kadang-kadang aku rasa macam ada darah dalam mata beliau. Kanser yang menyerang Booty semakin ganas dan tanpa perikemanusiaan……
Semasa kami di katil beliau, aku ada lihat beberapa orang yang datang melawat beliau, mungkin office mate beliau agaknya. Manakala keluarga mertua Booty ada membaca surah Yassin di sisi beliau manakala isteri beliau hanya erat dan setia di sisi Booty.. Tabah sungguh aku lihat isteri Booty.. mungkin dah kering air mata agaknya untuk meratapi apa yang menimpa suaminya. Tanpa berlengah aku dan Dasuki terus ambil surah Yassin yang ada dan terus membaca Yassin di sisi Booty. Sebak dan sedih bila melihat keadaan beliau ketika itu… Air mata aku tanpa segan silu lagi jatuh ketika aku menghabiskan surah Yassin itu…………… Ya Allah kuatkanlah semangat sahabatku ini, berilah kekuatan untuknya agar terus berjuang melawan sakitnya. Jika itu takdir yang menimpanya kami redha segala ketentuan mu Ya Allah……………….
Rakan – rakan yang lain dalam perjalanan ke HKL, ada yang datang dari Jerantut, Janda Baik dan sekitar Kuala Lumpur untuk menziarah Booty. Suasana ini kadang-kadang memberi satu rahmat kepada kami bahawa tali persahabatan antara kami tak pernah putus sebenarnya walaupun hampir 16 tahun kami meninggalkan alam persekolahan.

Selesai sahaja bacaan Yassin aku terus memerhati Booty. Aku cuba nak rapat disisinya tapi aku beri peluang dahulu kepada keluarga beliau untuk berada di sisi beliau. Ada peluang nanti aku nak bersalam dengan beliau. Alhamdullilah aku dapat peluang tersebut dan terus aku rapat dengannya… sambil memegang erat tangan Booty aku minta maaf atas segala kesalahan dan kesilapan aku pada dia. Dia pun sama minta maaf. Paling sayu bila dengan nada yang agak lemah dia cakap “ aku minta maaf jugak yus… 0-0 yer”………… masa tu sebak aku dah tak leh tahan dah…aku bisik ditelinga beliau, tabahkan hati yer, kuatkan semangat menerima dugaan ni, aku sampaikan salam maaf dari kawan-kawan lain yang tak dapat datang. Last sekali aku cuba ajar dia mengucap…sedih dan pilu dalam hati aku memang tak dapat dibendung lagi. Lepas aku bersama dia rakan-rakan lain, Dasuki, Junaidi, Hanyai dan Syed terus berada di sisi Booty….. Kami masih menunggu rakan-rakan lain yang sedang dalam perjalanan ke HKL seperti Metah, Affan, Isdiana, Azrol,Oie, Pakmi, Khayal dan lain-lain….. Hampir sejam kami di Ward itu. Aku rasa puas bila dapat bersama Booty mungkin untuk kali yang terakhir, tapi aku masih berharap agar kami masih dapat bersama dan dia sihat seperti sedia kala… Insyallah……………….. antara beberapa keping gambar yang di kongsi oleh rakan-rakan di Whataspp group...


Lepas melawat Booty tempoh hari kami semua mengambil peluang bersama rakan-rakan sekolah yang lain untuk makan bersama. Ini merupakan peluang yang amat jarang-jarang kami perolehi. Semua sudah sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing dan boleh dikatakan inilah reunion kami yang paling bermakna setelah hampir 16 tahun tidak bersua muka. Saling bertukar cerita dan pengalaman masing-masing setelah tamat alam persekolahan. Ada yang bekerja sendiri, ada yang kerja Bank, Kerajaan dan swasta. Masa memang mencemburui kami untuk terus berbual panjang hari tu…


dari kanan Affan, Khayal, Junaidy, Metah, Dasuki, Syed, Hanyai dan aku lah tu.............................................


BERJUANG untuk terus HIDUP!!!!

31 Jan 2013, Yup memang benar apa yang orang cakap, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… ternyata bebanan keluarga Booty amat kuat sekali ketika ini. Apa yang diberitahu oleh sahabat kami Zubir, kini doktor telah memberhentikan bantuan morfin untuk Booty, Cuma Paint Killer sahaja yang diberikan untuk Booty melawan penyakitnya. Apa yang diketahui ini kerana doktor tidak boleh berbuat apa-apa lagi saat ini, dan hanya menyuruh agar sanak keluarga memberi ruang kepada Booty untuk berehat dan sama-sama berdoa agar Booty terus berjuang untuk hidup hingga akhir hayatnya….
Hari ini aku tak dapat nak menziarah Booty di HKL, memandangkan aku agak kurang sihat dan demam sejak semalam. Cuma mendengar khabar dari kawan-kawan sahaja yang datang menziarah. Petang tadi aku dikhabarkan bahawa Booty telah dipindahkan ke Ward 14 di mana Booty telah diletakkan dalam bilik single. Ini mungkin bagi memberi privasi kepada ahli keluarga yang datang melawat. Semalam apa yang diketahui Miswari , Hafiz dan Kayrill  datang melawat Booty. terima kasih aku ucapkan kepada Khayal dan Zubir yang banyak membantu dan memberi informasi terkini berkenaan Booty. Atas cadangan semua kami bersepakat untuk melakukan solat hajat beramai-ramai di surau HKL pada hari Jumaat 1 Feb 2013 selapas solat Maghrib. Dan harapan aku agar semua dapat menghadirkan diri bersama-sama nanti…. Insyaallah…………..



malam tadi kebetulan aku tengok movie kat Fox Movies 50/50  http://www.imdb.com/title/tt1306980/ berkenaan seorang pengidap Kanser...... 

Comments

  1. Aku tumpang simpati.... moga Allah permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  2. yus.. rs teringin sgt nk jumpa booty.. apakan daya.. jarak n tanggungjwb membataskn.. aku hanya mampu berdoa dr jauh untuknya.. semoga Allah memberi ketengan pd dia untuk menerima qada & qadarNya..

    ReplyDelete
  3. Thx for the info...in shaa Allah...ade ms kelapangan akn melawat booty....moga beliau tabah menghadapinya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... ini jer lah yang dapat saya lakukan sebagai kenang kenangan antara kami ...

      Delete
  4. Sedih aku baca coretan ko yus di Pagi 1 feb aku solat hajat lepas baca ini.. Sekarang pukul 5am n aku ingat nk bc yassin utk booty b4 subuh ..kalo ko pg smpai kan Salam aku.. Aku xmampu nk pg kl.. Lebih2 lagi aku masih sebuk dgn Urusan Perkahwinan Ku.. Aku Pernah rs mcmana jg arwah ayah aku ms dia sakit dulu n aku tau wf booty kuat walopun aku hanya Pernah jmpa masa Perkahwinan booty dulu.. N aku Akan doakan dr jauh moga Ada keajaiban yg berlaku .. Dari Nya kita dtg kepada Nya kita kembali - AIDA PKE2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmmmmm semua bersedih sekarang ni.. apa yang dapat kita buat doakan yang terbaik utk beliau...

      Delete

Post a Comment