Persediaan latihan ke Annapurna Base Camp 2014

Broga Hills Semenyeh

Sabtu 16Nov 2013, Broga Hills Semenyeh..Latihan kali ini adalah latihan berterusan dan kecergasan buat aku dan KF dimana pada bulan Dec ni dia akan ke Kinabalu... manakala aku pulak akan terus trainning di sini aje ...latihan kali ini lebih kepada mendaki untuk menguatkan otot kaki, peha dan betis aku ni hah..lebih kurang pukul 4am aku dah bergerak dr kota Damansara ke Jelatik untuk tunggu member-member lain. So aku, Beng, Nizam dan Arif gerak dari Jelatek ke kajang utk pickup bro Ridzuan pulak... lepas solat subuh kita orang sampai di Semenyeh... memang ramai orang spt yang dijangkakan... kawan aku KF dah start naik dulu dah... plan aku dan KF nak ke Gunung Tokwan sebenarnya iaitu sejauh 4.8km untuk sampai kesitu... so KF akan tunggu kita orang kat atas puncak Broga nanti. Kita orang start trekking lebih kurang pukul 6.30am. Alhamdullilah cuaca baik pagi ni.


Ramai orang cakap naik Broga ni senang je.. sambil cungkil gigi je pun dah boleh sampai... perghhhh riak sungguh orang tu.. pada aku susah atau senang tak penting, yang penting sekarang adalah kawalan nafas,mental semasa berjalan dan mendaki. Pada aku terjeler jugaklah nak panjat broga hills ni... tp Alhamdullilah sampai jugak puncak paling atas 1.7km jaraknya dalam masa hampir 1 jam.


Aku tabik spring kat member aku Ridzuan gambar tengah kat atas tu. Walaupun keadaan fizikal nya agak besar tapi dia releks je boleh panjat broga hills ni tanpa berenti rehat yang agak lama. Dia cakap setakat broga hills ni apalah sangat... kahkahkah...
View kat atas puncak ni memang cun. Tapi kalau kitaorang sampai puncak awal pagi memang lagi cun agaknya... sebab dah penat, aku nak ambil gambar pakai dslr pun dah malas. Snap je dgn camera handphone sekeping dua lagi senang... punyalah ramai manusia kat atas ni... huh. Sebab terlalu ramai manusia yang datang kesini dan tempat ni pun dah glamour maka trek laluan dan bukit -bukit disini agak botak. Dan bila basah pasti akan  lebih licin bila berjalan... satu lagi tolong lah jaga kebersihan bukit ni. Apa yang aku lihat banyak sangat botol-botol minuman dan sampah sarap bersepah kat atas tu...Tolonglah jadi manusia yang bertanggungjawab sikit.... huh




Lebih kurang pukul 8.30am kita orang decide nak ke gunung Tok wan yang jaraknya lebih kurang 3km dari puncak Broga ni... tapi sayang memandang tapak kasut member aku Arif yang hampir tercabut kita orang terpaksa cancel plan ni... huh... tak da rezeki nak ke sana...
Sebab tak jadi untuk ke gunung Tok Wan so kitaorang gerak turun la... Takpa la lain kali boleh datang lagi.....



Perjalanan turun dari puncak Broga amatlah mudah tapi kalau tak kena gaya lutut boleh jadi longgar dan ringan je nak terpelecok jatuh... so kalau hari hujan dan basah sila hati-hati...
Perut pun dah berkeroncong so langkah untuk turun dari puncak perlu dipantaskan lagi... hahahha. Allahamdullilah sampai jugak akhirnya di bawah.....



Ok mungkin lain kali sebelum aku dan KF akan berlepas ke Nepal , kami akan datang lagi  kesini untuk ke Gunung Tok Wan.... yeah...





Batu Caves

Entry kali ni adalah lebih kepada persediaan fizikal dan fitness yang perlu aku lakukan untuk ke ABC. Semua perancangan aktiviti telah pun aku aturkan untuk memantapkan lagi stamina dan mental disana nanti. Memang tak dinafikan untuk sampai ke ABC memerlukan kuasa tahap kuda dan mengambil masa  hampir 10 hari dengan trekking mengharungi lembah-lambah, sungai, bukit, gunung dan keadaan bersalji. So aku telah memulakan jogging hampir 2km ke 4km setiap sesi sejak november 2013 lagi. aku sendiri pun tak percaya aku dah start rajin berjogging sekarang ni.. hahaha...bersenam , naik tangga turun tangga kat rumah aku, panjat tangga Batu Caves dengan KF dan kalau takda apa-apa hal aku akan naik Bukit Broga mungkin beberapa kali , Gunung Dato , Gunung Berembun, dan Gunung Angsi dengan adik ipar aku sepanjang 3 bulan trainning ni. Aku terpaksa buat Aksi lagak ngeri ni semua sebab aku takut nanti aku kurang cergas bila disana dan mudah diserang AMS ( Altitude Mountain Sickness ) . so aku kena gagahkan juga dan memaksa diri aku ni untuk terus bersenam dan terus berlatih sampai hari aku fly ke Khatmandu Nepal nanti.

Ini adalah beberapa keping gambar dan video masa aku dan KF layan panjat anak tangga Batu Caves weekend hari tu dengan bawak backpack 5 botol air atas belakang dapat lah 3 trip turun naik.....aku akan ke Batu Caves untuk beberapa kali  lagi nnt.  Kalau ikut dalam plan kawan aku si KF ni memang banyak agenda trainning nya. DEC13 ni KF akan ke gunung Kinabalu dengan Team outdoornya... aku tak dapat ikut kerana cuti tahunan yang dah tak banyak dan agak bz untuk final xzam aku serta kursus SLDN yang kena aku harungi.. so aku tranning disini sahaja ... huh.... ok aku gerak dulu.. nanti aku cerita pulak persediaan -persediaan yang lain......






Comments