My Family at Tioman Island - Sun Beach Resort
10 - 12May 2014
Kami bertolak dari KL ke Kuala Rompin pada pukul 4am. Dan akan menaiki feri dari jeti Tanjung Gemok pada pukul 11am. Alhamdullilah kami selamat sampai di Jeti pada pukul 9.30am. So sementara menunggu feri sampai sempat lah breakfast dulu. Dalam perjalanan ke Tanjung Gemok kami melalui Rompin tempat dimana aku bersekolah dahulu 1996/1997. Hampir 17 tahun aku tak kesini. Sampai sahaja depan sekolah Teknik sultan Ahmad Shah Rompin yang kini dikenali Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, aku pun ambil kesempatan ambil gambar dahulu. Banyak kenangan selama aku 2 tahun di sekolah ini.
Lepas puas mandi laut di tengah hari panas terik, kami pun jalan-jalan di sekitar resort sambil menunggu makan malam yang akan disediakan bermula jam 7pm.
Pagi-pagi lagi kami semua dah bangun bersiap untuk breakfast. Pada pukul 8.30am nanti bot akan membawa kami ke Renggis Island untuk snorkling. Banyak juga bot yang akan membawa pelancong untuk ke Renggis Island.
Di Renggis Island memang cantik untuk aktiviti snorkling. Sampai wife aku yang tak reti berenang pun berani snorkling kat sini. Hahaha. Anak aku Arif pun sama juga. Memang cantik la. Tinggal lah Adam dan Asyraf di atas bot sambil memerhatikan kami bersnorkling.
Lepas ke Renggis Island, kami akan di bawa ke Tulai Island. Di sini kami akan bersnorkling juga dan akan menikmati makan tengah hari yang telah siap dibungkus oleh pihak resort. Memang cantik pulau ni. Air biru kehijauan sampai anak-anak aku taknak makan la sebab asyik nak mandi laut.
Lepas makan tengah hari dan bermandi manda di Tulai Island, kami di bawa ke pusat maritim Tioman atau lebih di kenali Marine Park. Tiada apa pun yang kami buat di sini cuma berehat rehat sambil melihat pelancong yang datang ke sini.
Lepas ke Maritim Park , kami di awa ke Kampung Tekek untuk ke duty free shop. Tak banyak pun kedai di sini , ada la sebuah yang menjual barangan bebas cukai. Takda apa pun yang kami beli, cuma sedikit coklat sahaja. Anak-anak pun dah penat sebenarnya. Seharian berjalan dan mandi laut, mana tak penat kan..
Kami sekeluarga telah ke Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam. Trip ke Tioman ni telah wife aku plan sebelum aku ke Nepal lagi. Kira fair la sebab dia bagi aku ke Nepal so aku kena lah belanja dia pulak utk bercuti. Kami telah booking sejak bulan March lagi di SunBeach Resort di kampung Genting.
Kami bertolak dari KL ke Kuala Rompin pada pukul 4am. Dan akan menaiki feri dari jeti Tanjung Gemok pada pukul 11am. Alhamdullilah kami selamat sampai di Jeti pada pukul 9.30am. So sementara menunggu feri sampai sempat lah breakfast dulu. Dalam perjalanan ke Tanjung Gemok kami melalui Rompin tempat dimana aku bersekolah dahulu 1996/1997. Hampir 17 tahun aku tak kesini. Sampai sahaja depan sekolah Teknik sultan Ahmad Shah Rompin yang kini dikenali Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, aku pun ambil kesempatan ambil gambar dahulu. Banyak kenangan selama aku 2 tahun di sekolah ini.
Lepas breakfast aku mencari parking untuk park kereta dikawasan jeti. Bayaran RM10 sehari akan dikenakan so aku bayar Rm30 untuk 3 hari. Sebenarnya aku pun tak pernah ke Tioman ni. Wife aku dah 3 kali kot datang sini. Ramai juga orang di jeti ni yang rata -rata semuanya ingin bercuti sempena cuti hari Wesak pada 13May.
Feri sampai kami semua pun bertolak. Anak-anak aku lah yang paling excited sebenarnya. Memang tak duduk diam. Harga tiket untuk feri memang dah termasuk pakej yang kami ambil. So kalau anda ingin datang sendiri tiket feri dari Tanjung gemuk adalah RM35 sehala bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak.
Sampai di kampung Genting lebih kurang pukul 1pm. Perjalanan kami mengambil masa hampir 2jam untuk sampai ke jeti Resort yang kami akan menginap. Sempat jugaklah lelap mata. Sampai sahaja di Sun Beach Resort, wife aku membuat urusan checkin di kaunter dan aku pulak tengah sibuk mengejar anak anak aku yang terlebih excited nak mandi laut. Family man macam ni la. Lainlah kalau pergi honeymoon kan... Kalau korang nak booking resort ni boleh ke link di bawah :
Dan kalau korang banyak duit dan tak tahu nak buat apa serta perlukan resort yang macam ala-ala Hawaii korang boleh booking di Tuna Maya Resort. Perrghhh memang sempoi... hahahaha. Link kat bawah ni:
Pada aku di Sun Beach Resort pun dah ok dah, Tak perlu buang duit kan. Di sini resort pun bagus, View pun cantik...
Lepas checkin apa lagi aku terus bawa anak anak aku mandi laut di kawasan resort dan menyewa goggles serta life jacket untuk aktiviti esok. Esok kami akan bersnorkling. Esok aktiviti kami akan pack sampai ke petang....Makan tengah hari ni kami hanya makan di kedai di sekitar resort, sebab bermula makan malam pada hari ini sehingga pulang baru termasuk dalam pakej.
Lepas puas mandi laut di tengah hari panas terik, kami pun jalan-jalan di sekitar resort sambil menunggu makan malam yang akan disediakan bermula jam 7pm.
Di Renggis Island memang cantik untuk aktiviti snorkling. Sampai wife aku yang tak reti berenang pun berani snorkling kat sini. Hahaha. Anak aku Arif pun sama juga. Memang cantik la. Tinggal lah Adam dan Asyraf di atas bot sambil memerhatikan kami bersnorkling.
Lepas ke Renggis Island, kami akan di bawa ke Tulai Island. Di sini kami akan bersnorkling juga dan akan menikmati makan tengah hari yang telah siap dibungkus oleh pihak resort. Memang cantik pulau ni. Air biru kehijauan sampai anak-anak aku taknak makan la sebab asyik nak mandi laut.
Lepas makan tengah hari dan bermandi manda di Tulai Island, kami di bawa ke pusat maritim Tioman atau lebih di kenali Marine Park. Tiada apa pun yang kami buat di sini cuma berehat rehat sambil melihat pelancong yang datang ke sini.
Lepas ke Maritim Park , kami di awa ke Kampung Tekek untuk ke duty free shop. Tak banyak pun kedai di sini , ada la sebuah yang menjual barangan bebas cukai. Takda apa pun yang kami beli, cuma sedikit coklat sahaja. Anak-anak pun dah penat sebenarnya. Seharian berjalan dan mandi laut, mana tak penat kan..
Lebih kurang pukul 3pm kami semua kembali ke Resort. Memang penat la.. Rehat-rehat kat bilik dan petang nanti kami nak ke jeti untuk agi ikan makan, sambil menunggu BBQ yang akan disediakan oleh pihak resort.
Hari terakhir di Sun Beach Resort kami akan menaiki Feri semula untuk pulang ke Tanjung Gemok. Huh dah nak balik dah. Kejap je rasa. Sepatutnya feri kami pukul 2pm tetapi ntah apa yang tak kena kami terpaksa naik feri pada pukul 9am. Huh Potong betul. so lepas breakfast kami perlu menunggu di jeti pada pukul 8.30am.
Kami tiba di Jeti Tanjung Gemok lebih kurang pukul 12pm. So Holiday pun dah berakhir dan kami akan pulang ke KL esok hari. Malam ni kami bermalam di kampung Mak mertua aku di Gemancheh. Ok apa yang aku boleh bagi rating percutiaan kali ini ialah 4/5 bintang. Thanks pada wife aku yang merancang percutiaan ini. Kalau ada rezeki kita ke TUNA MAYA RESORT pulak ekkk... ok babye...
Comments
Post a Comment