June to Celebrate....
Jun 2014 to celebrate....
Entry ni patutnya dah lama aku tulis, tapi sebab sibuk menyiapkan thesis dan perlu dihantar sebelum Hari Raya maka itu yang berhabuk dalam draft. Alhamdullilah siap juga thesis aku yang aku buat selama 8 bulan dan dihantar dan tunggu pemarkahan dari profesor aku yang banyak songeh dan cerewat. Hahaha.
Bulan Jun merupakan bulan yang penuh dengan agenda untuk disambut dalam keluarga aku. Sambutan Anniversary perkahwinan aku 2 Jun, Hari lahir anak sulong aku pada 13 Jun, adik aku Lily pada 4 Jun, mak aku pada 7 Jun, dan bapak aku 21 Jun. Semuanya hari penting pada bulan Jun. So, memang saja je lah kalau aku tak ingat tarikh tarikh penting ni kan.. Oleh yang demikian aku dan adik aku plan program untuk sambutan bulan ni di Kuantan, so semuanya aku serahkan pada adik aku dan wife aku untuk uruskan sebab aku sibuk perah otak untuk thesis. Huh.. Tension ...
Setelah lokasi dipilih iaitu di Samsuria Beach Resort & Residence berhampiran pantai Balok sebelum ke Cherating, maka aku dan keluarga bergerak ke sana pada 21 Jun dari KL. Sampai di Kuantan mak aku dah siapkan semuanya terutamanya makanan pulut kuning, ayam golek, kek dan macam macam la untuk ke Samsuria . Terima kasih ma...Sepupu aku Abang Rosli pun ada juga sekali, cuma adik aku Shaiful tak dapat datang sebab kerja. Siapa-siapa yang nak booking Resort ni boleh ke link dibawah :
Pagi lagi kami dah sampai di Samsuria tapi tak boleh Checkin lagi, so kita orang semua ke pantai Balok untuk acara potong kek dan makan makan. Masing-masing seronok sebab dapat hadiah masing-masing.... Kalau tak bawak hadiah memang saje je lah....huhu. Baju untuk bulan ni pun adik aku Fry dah design.. Nice design Fry... Good Job!!!
Lepas semua selesai, kami kembali semula ke Samsuria Resort dan checkin. Wow nice juga apartment resort ni. Bilik cantik fasilities bagus, semua ok, tapi satu je yang potong stim, air kolam hijau... hahahaha mcm berlumut dan agak keruh. Tapi belasah mandi jugak la.. sebelah resort ni laut, so petang nanti apa lagi mandi laut la....Lepas mandi laut, terjun balik dalam swimming pool, ulang- ulang sampai lebam.
Malam masing masing melepak penat. Bapak aku memang tidur awal la... Malam tu aku nak layan World Cup pun dah malas. Game Argentina Vs Iran pulak tu.. Mengantuk dan penat. Tidur lagi bagus......
Pagi selepas breakfast terus lari ke pantai dan mandi laut sampai lebam. Sebab pukul 12 nanti nak check out pulak. Plan asal nak duduk sini 2 malam tapi apartment takda kosong pulak. Memang tak puas la. Tapi apa boleh buat. Pukul 12tgh hari kami semua pun check out.... ermmmm .. sebelum balik , kami singgah di Tanjung Lumpur warung Poksu & Moksu untuk minum petang. Layan kepok, udang celup tepung , ikan goreng tepung, perrghhh... tempat feveret aku bila balik Kuantan.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari lahir buat pa dan ma, semoga kalian sentiasa sihat dan diredai Allah, terima kasih segalanya...buat Arif Amsyar selamat hari lahir yang ke 6 tahun, ingat tahun depan dah darjah 1. Buat adik aku Lily selamat hari lahir semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang ramai Insya Allah... buat wife aku happy Anniversary yang ke 7 tahun, dengan ucapan semoga ikatan perkahwinan ini sampai ke Jannah dan terima kasih buat segalanya...
Semoga Kita Sekeluarga di Rahmati Allah.....
Comments
Post a Comment