Berkhemah di Port Dickson Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 57
31 Ogos 2014,
Pagi - pagi lagi wife aku dah bangun menyiapkan nasi lemak dan barang-barang yang perlu untuk dibawa ke Port Dickson pagi ni. kami sekeluarga akan berkhemah satu malam di Pantai Saujana Batu 4 PD bersama anak-anak. wife aku dah plan Camping ni 3 minggu yang lepas, memandangkan aku pun cuti pada 31 Ogos so jum je lah...
Kami bertolak dari Kota Damansara jam 7am, bukan apa risau jem di Port Dickson nanti. Lagipun public Holiday pasti ramai orang yang akan ke sana. Sampai di Pantai saujana Batu 4 , lebih kurang pukul 9am, Alhamdullilah traffik masih lancar, dan kelihatan ramai pengunjung yang sudah berkhemah di sekitar Batu 4 yang sudah pastinya mereka menyambut Malam Merdeka disini. Lepas parking kereta, aku cari port untuk pasang khemah. Fuhh nasib baik ada tempat... kalau lewat sampai tadi pasti full house. kat sini kemudahan toilet dan gerai makan senang, So tak perlu risau.
Kami bertolak dari Kota Damansara jam 7am, bukan apa risau jem di Port Dickson nanti. Lagipun public Holiday pasti ramai orang yang akan ke sana. Sampai di Pantai saujana Batu 4 , lebih kurang pukul 9am, Alhamdullilah traffik masih lancar, dan kelihatan ramai pengunjung yang sudah berkhemah di sekitar Batu 4 yang sudah pastinya mereka menyambut Malam Merdeka disini. Lepas parking kereta, aku cari port untuk pasang khemah. Fuhh nasib baik ada tempat... kalau lewat sampai tadi pasti full house. kat sini kemudahan toilet dan gerai makan senang, So tak perlu risau.
Siap pasang khemah, anak-anak aku mula memberontak untuk mandi laut.. huh, "abis tu dah sampai sini takkan tak mandi laut kan papa"!! anak aku yang sulung bersuara... ye lah yelah, tapi kita breakfast la dulu. lepas tu nak mandi sampai malam pun boleh. Lepas breakfast, tanpa disuruh anak-anak aku dah berlari ke pantai...dan sambil menunggu sepupu wife aku Cik Nisa sampai.
Merehatkan minda dan melihat anak-anak sibuk bermain dan mandi laut memang menenangkan. Hilang sekejap masalah....Biras aku Man, dan anak-nak nya sampai , dan kami semua terus mandi laut lagi sampai hitam legam. hahahaha.
Takda apa pun yang kami buat di sini, memang melepak je sampai petang, Nisa and family sampai terus pasang khemah dan aktiviti kami petang tu makan, makan, dan makan. huhu, Thanks Nisa sebab belanja KFC untuk meraikan Birthday anak aku Adam Aisar yang ke 5 tahun pada 26 Ogos lepas. tapi sayang kek yang wife aku beli cair sebab panas.. hahaha.. tapi sebab kek sedap cair pun cair lah, licin jugak.
Lepas puas mandi, dan anak-anak pun dah letih, semuanya balik ke khemah dan menunggu malam. Malam ni macam biasa lah, berbeku.. sambil-sambil menunggu ayam masak, kami semua bersembang dan menyanyi ramai- ramai...
Anak-anak memang terlebih teruja sebab tidur dalam khemah. Lagipun ini 1st time aku bawa anak-anak berkhemah, so untuk permulaan aku bawa mereka ke pantai dahulu. Tapi kalu ikutkan aku nak bawa berkhemah dalam hutan dan ada waterfall, baru feel,,,Tapi wife aku cakap tunggu dah besar sikit la.... Anak-anak tidur awal malam tu sebab penat sangat aku rasa. Aku dan yang lain-lain melepak hampir pukul 3am, last-last aku yang terlelap dulu..
Pagi lepas Solat subuh, kami semua masak Roti canai segera dan sardin yang di bawa oleh Cik Nisa. ermmm sedap sampai tak cukup la... hahahaha. tengah breakfast, adik ipar aku Ujang dan family pun sampai .Lepas breakfast semua tak sabar dah nak mandi laut lagi. mandi laut sampai tengah hari, dan aku pula dah siap-siap packing barang- barang letak dalam kereta, kang kejap lagi nak balik dah.
Tak puas la 1 malam sebenarnya.. ermmm esok dah nak kerja balik. Boring... lebih kurang pukul 1 tengah hari siap-siap barang semua letak dalam kereta, kami semua pun balik ke destinasi masing-masing. Harap jalan tak jem nak balik KL nanti. So tamatlah aktiviti perkhemahan bersepadu kali ini. Lepas ni kita berkhemah tempat lain pulak. Terima Kasih pada semua yang menjayakan perkhemahan ini ok. Jumpa lagi lain kali.....
Comments
Post a Comment