Hari Raya Qurban 2014

3 oct 2014, Balik Kampung di Pasir Mas Kelantan

Hampir setahun juga aku tak balik kampung ke Pasir Mas menziarah Tok aku di sana. Kesempatan cuti Hari Raya Qurban kali ini aku pulang ke kampung bersama semua sanak saudara untuk berkumpul bersama setalah lama tidak bersua muka. Kalau nak diikutkan tiada masa sebab kekangan kerja, memang sampai bila pun tak pernah cukup masa 24 jam sehari yang Allah beri, so kali ni memang semua diwajibkan balik untuk menyambut Hari Raya Qurban dan meluangkan masa bersama Tokmek selagi beliau masih ada dan sihat ini. 

Aku sekeluarga  bertolak dari KL sekitar jam 10pagi Jumaat, itupun lari dari plan asal iaitu ingin bertolak seawal 4pagi sebab anak aku Adam kena buat pemeriksaan doktor gigi sebab terjatuh main kerusi dirumah malam tadi dan mengalami kecederaan yang agak serius juga pada gusi dan gigi. Mesti jem gila di Karak ni.





Alhamdullilah perjalanan memasuki lebuhraya Karak lancar sehingga ke Persimpangan Keluar Ke Bentong. Pelik juga tak jem. Apa orang Kelantan taknak balik Kampung ke beraya ?? Mungkin petang ni kot selepas balik dari kerja semua anak-anak Kelantan akan mula meninggalkan KL. Yup, memandu kereta ketika musim perayaan ke negeri pantai timur memang menguji kesabaran sebenarnya terutamanya bagi mereka yang ingin pulang ke Kelantan. Ada yang pernah merasai 12 jam, 18 jam, dan ada juga yang pernah merasai 20 jam perjalanan sebab JEMMM!!! arghhh ini lah nasib yang sememangnya dilalui oleh seluruh rakyat Pantai Timur bila musim perayaan. Bilalah nak ada Highway terus direct ke Kelantan ni??? huh



Memasuki pekan Bentong agak sibuk juga bila tiba waktu puncak. lagipun hari ni hari Jumaat, ramai yang keluar lunch awal dan untuk solat Jumaat.  keluar sahaja dari pekan Bentong kami meneruskan perjalanan semula dan melalui pekan Raub. Aiseyman lagi sekali kami perlu melalui kawasan pekan untuk ke Kuala Lipis. Kerajaan memang taknak buat jalan Bypass ke untuk mereka yang ingin ke Kelantan?? memang kena lalu pekan -pekan ni semua ke ?? ke aku yang tak tau?? huh. sekali lagi kena berdepan dengan kesesakan lalu lintas di pekan Raub. huh. Come on.. patutnya dah ada dah jalan  alternative untuk skip pekan - pekan ni semua, so takda lah sesak sangat...



Perjalanan diteruskan untuk ke Kuala Lipis pula. Sepanjang perjalanan ke Kuala lipis memang agak menarik juga la.. ye lah setahun sekali lalu area sini, nampak menarik la, pada mereka yang selalu lalu sini , memang takdak apa yang menarik pun.. Selalunya untuk balik ke Kelantan aku memang suka naik keretapi sebenarnya. lagi best naik keretapi , takda la penat mana tapi lama lah nak sampai. Bawa kereta melalui jalan kampung berjam-jam ni memang memenatkan dan stress. nak memotong pun susah. Tapi mana yang hati kering memotong 5 ,6 biji kereta lori sekali gus tu mesti anak jati Kelantan, dan kalau yang bawa kereta ikut protokol tu mesti menantu orang Kelantan .. hahahah. itu seperti mana kawan aku cakapla.. tipu dia, tipulah aku... 


Makan kat Raub dulu

Lepas sahaja pekan Kuala Lipis dan melalui kawasan Felda Kechau, banyak kereta dari arah ke KL bagi high beam , apasal pulak ni?? ada polis ke? ada excident ke?? ahhh ni yang tak sedap ni..aduh... Nahh bersusun kereta depan aku .. JJJJJEEEEEMMMMMM........ punyalah panjang.. Apasal pulak ni?? bukak Waze tak boleh pulak sebab line takda. lama juga kereta bergerak perlahan-lahan. " Apasal bang?? kecek luar pulak aku... "Ado lori terbalik sebelum Guo Muse" Jale Tokleh Lalu" keno patoh smula" Alamak!!! jauh lagi ko tepak lori terbalik tu?? ( kecek kelantan )" Jauh lagi" baik patoh smula... aiseyman. ni yang aku stress ni.. Semua kereta depan aku dah gostand balik dan berpatah balik. Tapi kalau kami patah balik, nak lalu mana pulak?? ermmm.. tengok jam pukul 2.30pm. arghhhh.. pukul berapa nak sampai ni..



Banyak kereta berhenti tepi jalan, so aku pun berhenti jugaklah... masing-masing duduk sibuk fikir macammana nak bypass kawasan lori terbalik tu? Tanya orang-orang kat situ , semua bagi jalan ke Sg Koyan, masuk Cameron dan exit Gua Musang... Perghhhh jauh tu... takkan takda jalan lain??? takkan nak tunggu lori terbalik tu clear dulu kot... huh. berapa lama mau tunggu daa... untuk hilangkan boring aku bergerak semula menghala ke Kuala Lipis, dan buat-buat cerdik tanya orang. Jumpa satu group sek-sek Honda duduk bersidai bawah flyover highway yang tak siap, ntah highway apatah,  highway ni kot rasanya:


sumber Google & Kosmo

mesti tengoh Jenggkrengg mikir nak lalu mano jugok tu.. aku pun tanya.. " Be, kalu nok gi Guo Muse nok lalu mano be"??? xdop jale laing ko? "Tok tau, tapi kito oram nok lalu highway ni"tapi highway ni tok siap lagi, " kalu buleh lalu mujur la, kalu tokleh lalu patoh smula la..." ermm.. aku tengok ado jugak 2 3 biji kereta yang lalu masuk highway tu... ermmm buleh cuba try test la... kalu tokleh keluar , kito tubik smula la.. susoh apo.. hahahaha.. tanpa pikir panjang lagi aku pun bergerak meninggalkan brader-brader smart sek keto Honda tadi memasuki highway yang tak siap tu.. dalam hati aku kalau jambatan tak siap, terjun sungai la aku.. hahahaha. Inilah masalah rakyat Kelantan. ntah bila ada Highway sendiri.







Highway yang tak siap yang kami lalu  ni aku tak pasti bila boleh siap, tapi kalau dah siap esok agak mudah la sikit bagi rakyat Kelantan, tak perlu la nak lalu Merapoh untuk ke gua Musang lagi. Untung juga lalu sini sebab kami antara orang terawal yang merasmikan highway ni. hahaha. perjalanan yang tidak selesa itu soal nombor 2, yang penting dapat sampai seawal mungkin. Kawasan tanah berbatu dan bertanah merah standard la.... jauh juga highway ini, hampir 50km aku rasa...sebab jalan tak elok so masing-masing slow je bawak kereta..



sumber dari geng-geng Whatsapp






Hampir pukul 5pm melalui Highway yang tak siap tu akhirnya kami boleh keluar ke jalan utama untuk ke Gua Musang.. Alhamdullilah... tapi tak tau la lori yang terbalik tu dah clear ke belum. So perjalanan di teruskan dan kami berhenti rehat di RnR Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Malam ni kami akan bermalam di rumah Paklang di Ketereh dahulu sebelum balik ke Pasir Mas. lagipun dah janji dengan Paklang untuk singgah rumah dia.  Hampir pukul 8pm kami sampai di rumah Paklang di Ketereh. Huh penat boh... Lepas makan mata aku dah tak larat nak buka mata then terus K.O di persada mimpi.... tak sempat berbual panjang dengan Paklang...





Comments