Play More Learn More





Keseronokkan bermain semasa kanak-kanak memang tiada tolok bandingnya. Jika dunia dapat berpatah balik aku sendiri mahu kembali ke zaman kanak-kanak. Oleh itu aku bukanlah seorang ayah yang terlalu menyekat kebebasan anak-anak aku untuk bermain walaupun aku tinggal dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. 

Balik kampung adalah masanya untuk anak-anak aku meninggalkan segala permainan moden terutamanya "Video Game" yang menjadi musuh untuk menyekat anak-anak kita untuk bersosial. Sudah pastinya aku membiarkan sahaja apa yang anak-anak aku ingin lakukan jika pulang ke kampung. Mandi hujan menjadi perkara biasa untuk anak-anak aku. Anak jantan ... Alah Bisa Tegal Biasa..............

Comments