Trekking bersama anak-anak ke "Mossy Forest" - Gunung Brinchang Cameron Highlands
Pada 14March 2015 yang lepas aku dan anak2 serta family telah ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. dimana pada hari kedua aku , wife serta anak-anak, anak buah, adik ipar dan biras aku telah ke Gunung Brincang atau lebih dikenali dengan nama Mossy Forest.
Plan asal aku memang nak ke gunung Irau yang terletak lebih kurang 2100m lagi dari gunung brinchang. Tapi apa boleh buat, sebab bawa anak-anak kan, so kami hanya menikmati panorama mossy forest ini sahaja. Lagipun aku dah janji dengan anak-anak nak hiking, lagipun nak buat apa lagi kalau dah sampai Cameron Highland takkan asyik nak makan Strawberry dan minum teh je kan...Untuk ke Mossy Forest kami melalui ladang Teh Boh Sungai Palas, dan menggunakan trek Gunung Brinchang. Semasa tiba disini suhu hampir 20 celcius, sejuk............
Untuk kesini anda boleh berkereta sendiri atau menyewa 4x4 melepasi Teh Boh Sungai Palas dan anda akan jumpa signboard ke Gunung Brinchang. Untuk ke starting point Mossy Forest perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit dimana, laluan untuk ke sini agak berliku dan tidak rata serta berlubang-lubang. Kalau anda sayangkan kereta anda baik anda sewa 4x4 sahaja. Tapi kami kesana menaiki kereta sendiri.
Jika ingin melihat pemandangan hutan ala-ala cerita LOTR, inilah tempatnya. Itu orang-orang la yang cakap. Kalau taip kat google Mossy Forest pun berlambak orang bercerita pasal hutan ini. Memang menarik.
Jika anda membawa anak-anak kesini pastikan keselamatan anak-anak anda berada di tahap yang yang paling tinggi. Bekalan air yang mencukupi dan makanan ringan perlu anda bawa bersama. paling penting first aid jangan lupa.
Lepas berehat seketika kami meneruskan lagi perjalanan kami kedalam sikit. ye lah mana puas hiking setakat 150m melepasi platform berkayu ini kan. Kita bergerak kedalam lagi. Ayuh!!! kita tengok sampai mana anak-anak kecil ini mampu berjalan. Ini first time anak-anak aku trekking dalam hutan yang agak tebal ni.Seronok juga bila melihat anak-anak ini dapat belajar tentang flora dan fauna di sini. Lagipun cuaca pun ok, trek tak lah licin sangat. Jika hujan anda perlu lebih berhati-hati, lebih-lebih bagi kanak-kanak.
Kalau anda nak ke Perak boleh la lalu sebelah kiri, dan kalau nak ke Kuantan Pahang lalulah sebelah kanan. 5 hari baru sampai.. hahahahaha
Menikmati panaroma diatas ini membuatkan kami lupa seketika masalah-masalah yang kami tinggalkan di Kuala Lumpur. Di sini sangat santai sambil menikmati cuaca dan suhu yang boleh lah dikatakan agak sejuk memang menenangkan..
Perjalanan kami diteruskan untuk mencari pokok-pokok yang di penuhi lumut ala-ala cerita Lord Of The Ring didalam pengembaraan Frodo dan kawan-kawannya... sedikit demi sedikit langkah kami semakin jauh. Laluan penuh berakar kami redahi bersama sekumpulan anak kecil yang gigih berjalan menempuh halangan. Best..
Ramai juga orang yang datang kesini, baik pelajar sekolah, pelancong asing, dan abang-abang dan awek-awek outdoor yang kami jumpa sepanjang pendakian ke sini. Sempat la berbual dengan sekumpulan minah salleh berkenaan trekking pagi ni. Dia sangat kagum dengan anak aku Aysraf. "untung dia cakap kecik-kecik lagi dah dapat trekking dan menikmati pengalaman macam ni"... Pada aku aktiviti riadah seperti ini merupakan aktiviti yang sangat sempoi dan bolehlah dikatakan murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Tapi yang penting sekali Keselamatan!! itu yang paling utama..
Sesi penerangan ringkas oleh Pak Teh kepada anak-anak kecil ini berkenaan pokok-pokok dan tumbuhan disini. macam cikgu pulak uncle ini.
Ada port menarik , kami tak lepaskan peluang untuk bergambar. memang ini lah tujuan kami kesini. Tapi macam biasa gambar aku lah kurang.. hahaha.
Hampir satu jam setengah berjalan akhirnya kami sampai disatu port yang agak menarik sekali dengan berlatar belakangkan pokok-pokok berlumut yang cantik kami membuat keputusan untuk berhenti dan tidak lagi meneruskan trekking ini. lagipun anak-anak nampak macam dah moody jugak. Penat pun ye jugak.
Setelah hampir 2 jam menikmati pemandangan Hutan disini, tibalah masa untuk pulang. Seronok dapat meneroka panorama alam disini. Walaupun trekking tak jauh mana, namun apa yang penting dapat meluangkan masa yang berharga bersama keluarga merupakan saat yang paling manis sebenarnya.
Lepas menuruni Mossy Forest, kami semua ke menara tinjau yang terletak berhampiran dengan tempat letak kereta kami tadi. Tiada apa pun , just boleh tengok pemandangan dari puncak menara kawasan sekitar ini. Alang-alang dah sampai ada baiknya kita kesana ...
Lepas ke menara tinjau , kami semua bergerak pulang ke tanah rata melalui lalauan ladang Teh Boh di waktu pagi cukup mendamaikan minda. udaranya segar, dan hilang stress buat sementara waktu. selepas bergambar dan berselfie sekeping dua, kami semua terus pulang ke Homestay kami dengan pengalaman yang cukup berharga terutamanya buat anak-anak.....
Comments
Post a Comment