Aku Peminat Lego


How Lego-addicted are you?



Wah tajuk English , entry Bahasa Melayu.. kahkahkah... Sejak kebelakangan ini, aku teruja melihat koleksi permainan lego yang berada di pasaran. Sememangnya Lego menjadi permainan kegilaan bagi semua peringkat umur. Memang sejak dari bangku sekolah aku suka main Lego ni, tapi disebabkan harganya yang agak mahal aku pendam sahaja dalam hati, nak minta kat mak ayah memang tak la. Kalau nak diikutkan hati semua jenis Lego aku suka, baik Lego city, Lego Creator, Lego Movie, Lego Super hero, Lego Shell dan lain-lain, Tapi yang menjadi obses buat aku, tak lain tak bukan sudah pastinya Lego StarWars. Nak kata mahal, memang mahal la juga, tapi aku akan cari yang dijual lebih murah dari yang dijual di Legostore ataupun di Toy r Us, di Kuala Lumpur ini. Kalau sesiapa yang kaki lego ini harga lego jika dibeli di luar, maksud aku di website online seperti Mudah.my dan orang perseorangan, boleh lah dapat kurang sekitar RM20- RM50. Kira Ok la juga kan. Dan jika anda ahli Toy r Us, ada juga point atau discount tertentu jika anda membeli setengah barang disana. Jadi point atau discount tersebut boleh digunakan untuk koleksi lego akan datang. Aku juga selalu ke Amcorp Mall PJ pada hari Ahad, sambil-sambil window shopping  dan mendapatkan koleksi lego dengan harga yang berpatutan. Jika bernasib baik, dapat lah juga koleksi Lego -Lego yang Rare  yang dah ritired di luar sana. 

Lego Build with kids

Lego Build with kids

Lego Build with kids

Lego Build with kids

Lego Build with kids

Lego Build with kids

Lego Build with kids

Lego Build with kids





Nak kata aku sudah lama mengumpul lego tak juga. Sejak dah ada anak ini baru je ada kekuatan untuk beli dan main dengan anak-anak. Seronok bila meluangkan masa dan berebut dengan anak-anak ini untuk pasang Lego yang baru dibeli. Dan kini aku menjadi penagih Lego tegar dan ianya semakin kronik dan tak dapat lagi dibendung. Boleh Jahanam duit gaji kalau ianya tidak diubati. Tapi ada ke ubatnya?? Huh. Aku pun dah mula menghasut isteri aku untuk berkongsi hobi ni.Yang seronok nya anak-anak aku lah, Tapi paling seronok sudah pastinya aku la. Hahaha. Kini koleksi Lego aku masuk yang ke 17 setelah aku membeli Lego keluaran GhostBuster sempena ulang tahun yang ke30 GhostBuster 2 hari lepas. Puas Hati Aku. Kini aku tak boleh nak lelap mata bila asyik memikirkan GhostBuster station pulak. HUH....

Memang ada orang cakap, " Alah beli yang mahal-mahal nak buat apa, banyak lagi brand lain seperti Lego keluaran China" membazir nak buat apa... huh. Yup memang banyak brand yang jauh lebih murah daripada Lego ini, tetapi ianya soal kepuasan beb. Ini soal peribadi yang susah nak jawab. Pada aku bila aku beli brand Lego , aku akan puas bila ianya disusun didalam rak berkaca dan secara tak lansung aku boleh senyum sepanjang hari dan kau akan lebih sayangkan barang peribadi kau. Jika beli yang tidak ori kau akan sepah-sepahkan je... Yes, aku pun ada beli juga yang bukan Ori ni. itu tak dinafikan. Ada juga orang cakap dah tua dah, buat apa nak main mainan ni... huh... Entah lah.. Malas nak layan....




Comments

Popular Posts