LIFE IS AN ADVENTURE, TAKE RISKS !!!


PERANCANGAN 2016

Lama betul tak menulis dalam blog ni. Sejak entry pulang dari India siap, aku tak tau apa yang hendak diceritakan. Memasuki bulan Febuari di tahun 2016 aku kembali merancang perjalanan baru untuk destinasi seterusnya. Mencari pengalaman baru dan cerita baru.

Alhamdullilah isteri aku selamat melahirkan anak perempuan kami pada 10 December 2015 di Hospital Pusrawi Kota Damansara yang lepas, seterusnya menjadi penyeri keluarga dengan kehadiran puteri sulung kami setelah mencuba buat kali yang ke Empat.. Hehehe.  Amanda Zahra nama puteri kami, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidupmu. So isteri aku dah ada teman memasak dan bershopping selepas ini. Anak aku yang sulung Arif Amsyar  sudahpun memasuki tahun 2, manakala yang kedua Adam Aisar  sudah pun memasuki tahun 1, dan yang ketiga Asyraf Afsar sudah pun berusia 5 tahun. Alhamdullilah, itulah rezeki namanya....

New Born - Amanda Zahra

New Born - Amanda Zahra

New Born - Amanda Zahra

New Born - Amanda Zahra

Ok aku bukan nak cerita pasal anak sebenarnya tetapi pasal Next Adventure aku yang seterusnya. Selepas pulang dari India tempoh hari Aku, Zack dan Mok telah plan untuk next travel kami. Kali ini kami nak ke Negara maju la pulak. Takkan asyik nak ke Negara kelas ke tiga sahaja kan. So aku cadangkan untuk ke Beijing dan terus ke Mongolia mengunakan jalan darat bermula di KL sentral. Tapi itu plan 2017 sebenarnya. Lagi satu itu pun negara kelas ketiga gak tu. Zack pula plan nak ke Euro takpun ke New Zealand, wah banyak betul duit orang tua ni, manakala Mok pula hanya mengikut sahaja ke mana kami pergi. Kalau kami masuk gaung, dia pun masuk gaung lah... Ermmm... Kami kini menjadi best buddy pulak rasanya.


Persidangan meja bulat juga telah berlansung beberapa kali bagi merialisasikan impian kami untuk travel pada 2016 ni. Tapi aku masih berpegang pada ikrar aku untuk tak kemana mana 2016 ni, Sebab anak kecil..manakala Zack dan Mok sudah merancang plan 2016. Camna ni ekk.?? Macam mana aku nak discuss dengan wife aku ni..ermmm. sedangkan kaki sudah gatal untuk terus mengembara. Bila anak-anak sudah memasuki fasa persekolahan sudah pasti rutin harian ibu bapa akan menjadi sedikit sibuk. Bukan sedikit, tetapi BANYAK!!! 

Yup itu memang masalah yang berat untuk aku tanggung. Susah kalau passport aku tak lepas oleh Emigresen dirumah ni. Peluang aku hanya 10-90 untuk 2016 ni.. Tapi takpa aku masih steady lagi untuk terus merancang dengan kawan-kawan lain... Setelah bebarapa kali berbincang kami sepakat untuk meneroka New Zealand di musim winter bulan Ogos 2016. Kebetulan Air Asia telah membuat route semula ke Auckland, maka ianya satu peluang besar untuk kami kesana. Adakah ini petanda passport aku dilepaskan?? Ohh isteriku, Hatimu memang keras....

Dengar sahaja ada promo ke Auckland, dengan pantas kami menyelongkar website AA, tanpa meghiraukan apa yang terjadi dihadapan, Zack telah membeli tiket KL - AKL return RM1160 perhead untuk kami semua.Terima kasih Zack sebab dahulukan duitmu. Nanti kami ganti semula ye.. Wow ini amat murah kalau nak dibandingkan dengan flight lain yang telah kami research sebelumnya. Dan Akhirnya kami disertai seorang lagi kenalan baru kami Barry, Officemate Zack, sepakat untuk beli tiket promosi tersebut untuk tarikh 22Ogos-1Sept 2016 dan sejak itu kami terus berangan apa yang hendak dibuat di New Zealand nanti sampai la ke hari ni.... Aisey lama betul bulan Ogos...Apa aku nak cakap dengan isteri aku ni, Dan apa yang akan jadi seterusnya ???? Tunggu... Jika Berjaya, sudah pastinya ada Entry untuk New Zealand nanti.. InsyaAllah....




Comments

Popular Posts