Jungle Trekking di Kem Sungai Pauh Cameron Highlands Pahang


Bila anda berkhemah di Camp Sungai Pauh Cameron Highlands, antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak ialah jungle walk di kawasan ini. Sebelum melakukan aktiviti ini, anda perlu memohon permit pendakian / atau jungle trekking melalui Web Jabatan Hutan Negeri Pahang.  Boleh layari di website dibawah : 

Sebelum ni pun aku pernah kesini dan bawa anak-anak aku jungle walk di kawasan campsite ini. Trek jungle walk ini sama sahaja untuk kita trek ke Gunung Berembun, cuma ada satu simpang sahaja yang memisahkan laluan ke Gunung Berembun. Kami tidak lah ke Gunung Berembun, sebab untuk kesana perlukan Guide. Kami hanya trek dari campsite dan keluar ke Pejabat Hutan sungai Pauh sahaja. Hampir 2km sahaja jauhnya dan mengambil masa hampir 1 jam perjalanan.
Perhatikan signboard dan ikut sahaja trek yang sudah kelihatan. 

Kami ke sini dalam jam 9am selepas breakfast. Anak-anak memang cukup teruja lah. Perlu diingat, semasa kita melakukan aktiviti, jangan lupa bawa air minuman, makanan ringan, dan first Aid Kit ya. Kita tak tau apa yang akan berlaku nanti. Pakai kasut dan pakaian berwarna terang seeloknya, agar mudah dilihat.

Ok lah rasanya itu sahaja kot, boleh lah view gambar2 kami semasa di sini ya. 





Ok terima kasih.





Comments

Popular Posts