TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 2 Kathmandu - Pokhara
27 Februari 2014 Kathmandu - Pokhara
Selamat pagi Kathmandu.. selamat pagi Malaysia...Seawal jam 6am lagi aku dah bangun bersiap untuk menempuh perjalanan panjang hari ni untuk ke Pokhara. Lepas soalat subuh aku dan KF terus ke roof top hotel untuk bersarapan pagi. cuaca pun dah terang. Breakfast pagi ni macam biasa la, roti bakar 2 keping , telur dadar dan kopi.... salah seorang kawan baru yang bersarapan dengan kami adalah Mr. Balazs Shieber dari Hungary. dia akan turut serta ke Pokhara pagi ni..
view dari roof top tempat kami sarapan
Lepas breakfast, ambil beg dan terus bergerak ke bus stop yang terletak hampir 15minit perjalanan dari Hotel Hana. Kami akan menaiki bas pelancong pada pukul 8am untuk ke Pokhara. perjalanan ke Pokhara mengambil masa lebih kurang 8 jam sejauh hampir 150km. 8 jam beb. tapi seperti mana yang aku baca dalam blog-blog lain perjalanan ke Pokhara tidak membosankan sebab sepanjang perjalanan kita dapat lihat bermacam-macam view menarik dan akan berpeluang melalui jalan di lereng bukit seperti dalam cerita Hindustan adegan kejar mengajar kat lereng gunung dalam TV dan seperti dalam rancangan "The deadliest road" ... itu yang aku tak sabar tu...
Alhamdullilah bas pelancong yang kami naik agak selesa, tapi kalau naik local bas tak tahu la macam mana. pukul 8.30am bas pun mula bergerak dari Kathmandu...Ganesh ada terangkan serba sedikit berkenaan kota Kathmandu pada kami, kem askar la, shooping mall la, kawasan rekreasi la, Istana lama la... so kami dengar je la... mata aku hanya melilau tengok gelagat orang kat kota Kathmandu ni... tak tau apa kerja dorang ni..
Hampir 1 jam melalui kota Kathmandu, so tiba masa kami melalui jalan di lereng bukit ini. Pemandangan memang cantik, tapi agak berdebu, so tidak baik untuk kesihatan kalau bukak tingkap... sepanjang perjalanan melalui bukit ini aku agak terkejut bila lihat kanak-kanak yang hampir seusia dengan anak aku duduk main tepi jalan sambil tahan kenderaan yang lalu lalang di kawasan ni guna tali. aku tanya Ganesh kenapa budak-budak main tepi jalan? bahaya betul... Ganesh cakap mereka akan minta duit.. kira macam tol la sapa-sapa yang lalu situ kena bayar tol la... ermmmm...
Hah, ini antara budak-budak yang sempat aku rakam sambil pegang tali tahan kenderaan yang lalu lalang kawasan ini... Ramai lagi yang aku tengok tapi tak sempat nak ambil gambar... Apa-apa pun agak bahaya apa yang budak-budak ni buat sebenarnya.. tapi apa boleh buat.. perjalanan ala-ala The deadliest Road memang agak menarik bagi aku.. sepanjang perjalanan aku hanya lihat tayar bas yang aku naik sipi-sipi je nak cecah tebing jalan tu... huhu time bas buat koner memang agak scary la...silap amik koner memang ke gaung la jawanya... hahaha.. dan satu lagi kalau keluar tangan dari bas mesti boleh hilang tangan punya, sebab jalan yang sempit so berselisih dengan kenderaan lain memang dekat... so ni pengalaman yang menarik bila balik malaysia nanti..
Antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan dalam bas
Setelah hampir 1 jam setengah perjalanan , kami berenti di RnR yang pertama. untuk buang apa yang patut. Ada sapa-sapa yang nak kencing atau terberak silakan lah.... Tapi jangan la expect RnR macam kat Plus Highway... memang jauh panggang dari api la.... so hentian RnR kami macam kat bawah ni...
Ini Jamban.. sebelah lelaki , sebelah perempuan ... tutup pakai zink jer dan atas open air... hahaha... bau usah cakap la sebab memang xda air untuk basuh... so pandai-pandai korang la nak buat macam mana.. kalau rasa boleh tahan nak kencing tu, tahan je lah...
Entah apa yang dibualkan oleh sahabat aku ni tak tau lah.. mungkin sedang bincang macam mana nak istinjak kot... serius benar nampaknya... hahaha.. so seleapas hampir 15 minit berhenti rehat, perjalanan kami pun diteruskan... kami mungkin tiba di Pokhara pada pukul 4pm kalau tiada apa-apa masalah lah... so dalam bas masing-masing layan perasaan sendiri dan ada juga yang dah tidur....seperti kata Ganesh kami akan berhenti untuk minum dulu pada pukul 11am dan pada pukul 1pm nanti bas yang kami naiki akan berhenti untuk makan tengah hari pulak... perut pun dah lapar ni... makan la snickers yang ada dulu...
Sepanjang perjalanan boleh dilihat banyak sungai-sungai yang menarik dan kampung-kampung penduduk di kawasan sekitar... kehidupan mereka kebanyakkannya adalah petani dan duduk melepak main carrom.. itu yang banyak aku lihat sepanjang perjalanan dalam bas ni... hampir pukul 11am bas pun berhenti di sebuah restaurant untuk berehenti minum dulu tapi aku tak ingat kat mana.. punggung pun dah kebas, mari kita pekena kopi dulu...
sambil-sambil minum, Ganesh pun terangkanlah serba sedikit berkenaan perjalanan hari ni... kebetulan peta ada belakang kitaorang.. Ganesh ni bagus, dia takkan bagi korang boring punya, dia ni memang berpengatahuan luas tentang negara dia, contohnya populasi penduduk lah, geografi tempat tu la. memang bagus la dia ni..kalau dia kencing kami tak tau lah... hahaha.. paling besungguh yang mendengar penerangan dari Ganesh ni Mike dan Tokki...
lepas selesai minum aku pun ronda-ronda kat luar jap.. tengok apa yang ada...pakcik ni menjual kacang, tapi kacang ni di campur dengan bawang , cili kering goreng dan macam-macam lah... aku pun tak pasti rasa dia macam mana... tengah baekk pusing-pusing hujan pun turun, ermmm tak sempat nak snap pic , terus masuk dalam bas...
Hampir 30 minit berhenti rehat, perjalanan kami di teruskan.... lepas ni kami akan berehenti makan tengah hari.Aku cuba lelapkan mata yang tak mengantuk ni, tau tau dah sampai tempat untuk makan tengah hari. Tak ingant juga nama Restaurant ni.. Makanan tengah hari ni di sediakan secara buffet. so yang ada nasi , dal, kari sayur, kari kentang, mee dan macam-macam lagi lah...memang perut pun dah lapar so bedal je lah... sedap mee dia ni... tapi aku tak ingat apa nama sebenar mee ni... anda patut cuba...
Ini antara awek Nepal yang sempat aku snap curi-curi... perghhhh memang cun beb.. macam heroin film Hindustan.. seperti mana yang Ganesh kata, Ganesh lagi... hahahah kebanyakan gadis-gadis di Pokhara memang cantik dan kebanyakkan mereka ramai yang kahwin mix, so no wonder mereka berkulit putih dan cantik-cantik... so kami hanya ketawa jahat ... hahahaha
Ok makan tengah hari pun dah selesai so perjalanan kami diteruskan lagi.... masih ada 3 jam lagi untuk sampai Pokhara ... perut poun dah kenyang masing-masing so tidur la .. apa lagi.... tengah baik layan mata yang mengantuk ni... bas kami berhenti lagi... la.. pasai apa lak ni.... aduh rupa-rupanya ada eksiden kat depan tu... aduh... jem!!! bas kami berhenti manakala lain-lain kenderaan pun berhenti jugak... dalam fikiran kita orang memang lambat la nak sampai kalau macam ni... kami turun dari bas lihat apa yang berlaku kat depan tu.... ermmmm.. sambil-sambil kami duk menunggu, kami ambil kesempatan bergambar la.. apa lagi...
Tengah duk tunggu aku dan KF minta kebenaran driver lori ni nak bergambar ... depa sportting jer...
Kalau anda di Nepal memang banyak lori macam ni yang anda lihat... Brand Tata.. apa yang menariknya kebanyakkan lori-lori ini akan di cat dengan pelbagai kaler dan warna terang... aku pun tak tau pasal apa... lupa pulak nak tanya Ganesh... tapi cantik la ... nampak la ceria sikit lori-lori ni atas jalan raya kan....hampir 30 minit kami menunggu sehingga bas dapat meneruskan perjalanan semula... Alhamdullilah selepas tu tiada masalah lagi yang kami hadapi sehingga sampai ke Pokhara... Nampak je Tourist Bus park dalam hati dah lega... ohh akhirnya sampai jugak.... kami akan ke Hotel United di Pokhara sebentar lagi.. tak jauh pun dalam 15 min perjalanan....
Masing- masing sibuk menguruskan beg untuk di punggah masuk dalam van..
kami bergerak menaiki van ke Hotel United di Pokhara. dalam perjalanan ke hotel terpampang saujana gunung ganang yang cantik.. Subhanallah... cantiknya ciptaan tuhan... aku macam tak percaya aku boleh sampai di sini.... Terima Kasih Allah sebab beri aku peluang untuk sampai disini dan melihat keindahan ciptaan mu...
Mata aku tak berhenti melihat keindahan Gunung dan banjaran Himalaya... aku macam tak percaya Machupacere Mountain atau Fish Tail berada depan mata sekarang.... setelah hampir 15 minit dari Bas stand Pokhara tadi maka sampai lah kita orang di Hotel United .... kalau anda nak booking Hotel ni boleh ke link di bawah ni... ada wifi, itu yang penting:
Apa - apa pun yang penting kita bergambar dulu ....
Cuaca di Pokhara memang baik sekali, suhu sekitar 18'C ke 20'C dan tidak berdebu seperti di Kathmandu.. segar je udara di sini ... kita orang sampai di Hotel lebih kurang pukul 5.30pm... so lepas check in bilik kita orang akan merayau di sekitar hotel ni.... kebetulan Hari ni adalah Public Holiday Nepal demi meraikan Perayaan Shivaratri Festival , dimana pada hari ni semua orang boleh hisap ganja tanpa segan silu di khalayak ramai... errrkkk???? ini bagi meraikan dewa apa tah yang diterangkan oleh Ganesh... so mereka akan hisap ganja sampai stone la... aku dan rakan-rakan lain semua ternganga mendengar penerangan Ganesh.... wow!!! sambil senyum jahat lagi.... hahahaha... but dont worry , kitaorang bukan mudah terpengaruh ok... No DRUG !!! kalau korang nak baca artikel festival ni dengan lebih lanjut korang google jer... ni antara artikel yang aku google berkenaan festival ni....
sambil-sambil berehat, jumpa seorang member melayu dari Malaysia yang juga menginap di Hotel kami .. dia akan ke Poon Hill.. tak ingat pulak nama dia.. so kita orang pun bersembang la...Dia akan ke Poon Hill dengan seorang guide. Nak mandi pun malas.. so lepas solat Asar, kami ronda-ronda di sekitar Pokhara dan Phewa Lake.... nyaman je udara kat sini... memang tenang kalau layan depan tasik ni....
Sebab waktu pun dah nak malam.. kita orang pun decide balik hotel dan bersiap untuk makan malam.... ermmm meby balik dari trekking nanti kita orang akan explore bandar Pokhara ni nanti... memang aku ada plan nak naik sampan di Pokhara nanti... Makan malam kami hari ni di Lazeez Halal Restaurant... kat sini makanan yang di syorkan nasi beriani kambing dan ayam tandoori... pergh memang superb...tapi anda dikehendaki bersabar la sikit sebab penyediaannya agak lama... huh...hampir sejam jugak menunggu sebab mereka akan masak bila ada pesanan sahaja. sama juga dengan ayam tandoori. tapi berbaloi menunggu..
Kambing tidak kelihatan dalam nasi beriani sebab nasinya banyak dan boleh 2 orang makan..
Lepas makan kitaorang ronda-ronda dulu di sekitar Pokhara ni.. banyak kedai yang dibuka di sini tapi kebanyakkannya kedai barangan outdoor dan cenderahati la... belek punya belek ada juga barangan trekking yang kita orang beli di Kathmandu agak mahal daripada Pokhara... aduh... rugi-rugi... tak tau pulak kat Pokhara ni murah... ingat mahal.. ermmm paling tak boleh diterima, si KF la... sebab dia beli kasut hiking The North Face - Gore Tex di Kathmandu harganya 6500 Nepal Rupee bersamaan lebih kurang RM180 , dan di Phokara kasut yang sama boleh dapat dengan harga 3500 Nepal Rupee jer... huh memang angin la si KF... mencarut-carut dia .. kahkahkah.. sabar KF.... nanti sampai di Kathmandu kita cari mamat yang jual hari tu ok....
ooh ya , kami juga berjumpa dengan 1 group dari Malaysia juga seramai 4 orang... mereka akan ke ABC juga tapi seminggu je..dia orang akan ikut trekk yang paling singkat dan tidak akan ke Poon Hill... so kami harap diorang selamat pergi dan selamat balik... Di Pokhara juga kami berkenalan dengan seorang warga Singapura , Chinese lady, tak ingat juga nama dia ... Dia ada buka kedai kain dan kraftangan macam selendang khasmir, di Pokhara... Dia banyak cakap beb.. korang nak mencelah pun payah.. huh.. dia ajak pi kedai dia kalau nak beli apa-apa cenderahati ke , selendang Kashmir ke , kain ke, dan macam-macam lagi lah.... dia kata dia kan bagi Diskaun... untuk menghargai perkenalan tersebut kami pun masuk la kedai dia sekejap... tak beli pun.. sebab kami cakap nanti balik kami beli.... huhu... mahal dowhh .....hahaha
Lepas penat dah berjalan-jalan aku dan KF decide nak balik hotel la tidur, sebab esok kami akan mula trekking.. yang lain-lain macam Tokki , Mahfis, Zaril , Mike dan Liew mereka shopping-shopping lagi.... satu lagi aku nak bagitau kat Nepal ni memang kerap berlaku blackout sebab tenaga elektrik disini di catu... 2 jam ada elektrik, 6 jam takda... so better korang bawak head lamp...ok mata dah mengantuk, barang-barang pun dah kemas, apa lagi tidur la.... sejuk ooo.......
ok to be Continue
Klik :
Comments
Post a Comment