TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 4 Ulleri (2020m) - Ghorepani (2860m)

1 March 2014  Ulleri - Ghorepani
Malam tadi memang aku tak lena tidur, sebab mungkin penat sangat. Kejap-kejap terjaga, kejap-kejap terjaga, tengok jam baru pukul 4am.. Aduh nak terkencing la pulak, memang malas betul nak pergi kebawah untuk ke toilet. memang sejuk.. last last ambil head lamp terus ke bawah untuk ke toilet.sejuk-sejuk ni kerja nya memang nak terkencing je lah..Alhamdullilah so far tiada masalah kesihatan lagi buat masa ini, cuma lenguh-lenguh kaki tu biasa lah. masa tidur malam tadi aku tampung kaki aku dengan beg agar lebih tinggi dari badan supaya alairan darah dan otot-otot kaki ni lebih selesa... Masa terjaga dari tidur pukul 4am tadi, time tu lah aku teringat isteri dan anak-anak aku di rumah. Waktu Malaysia awal 2 jam dari waktu Nepal, so mesti isteri dan anak-anak aku dah bangun untuk ke sekolah.. i miss u dear... and i really miss my rushing time... Terima kasih aku ucapkan pada mak mertua dan mak aku yang sudi datang jaga anak-anak aku masa ketiadaan aku.

Tengok si KF baek punya berdengkur. Jeles pulak aku tengok.. Sambil tidur-tidur ayam alih-alih dah pukul 6.30am. Ok time to wake up!!! seperti biasa aku yang akan kejut KF. bangun je terus basuh muka dan berus gigi.. Mandi?? sorry la, aku cukup segan nak mandi waktu ni... hahaha.. sejuk gila lagi mau mandi. Mandi style P.Ramlee la jawabnya. Ok yang lain-lain pun dah bangun jugak sebab dari bilik sebelah aku dengar si Mike dan Liew tengah berborak sambil kemas barang kot.
Lepas kemas barang-barang, aku pun turun ke ruang makan untuk breakfast. pagi ni aku tak lalu nak breakfast, apa yang aku order cuma semangkuk maggie sup. Itu je yang aku selera nak makan. yang lain-lain pun sama gak... macam tak lalu je nak makan. Tapi Mike memang selera tak pernah putus dan makan macam tiada apa-apa berlaku... hahaha.. dia cakap kalau tidur cukup dan makan cukup baru best nak trekking... ye lah Mike, makanlah selagi tengah berselera ni...

Memang sejuk kat luar...Lepas breakfast kami keluar untuk memanaskan badan dan buat sedikit regangan. Kali ini, aku akan bergerak 15minit lebih awal dari member yang lain sebab aku taknak tertinggal jauh dari mereka nanti. Biasalah diaorang memang dah biasa trekking ni, aku pulak bukan berpengalaman macam diorang pun. So aku dengan KF gerak dulu untuk ke Ghorepani. langkah disusun dan nafas di kawal.. Sepanjang perjalanan 2 jam yang pertama kami hanya menyusuri kawasan guest house yang banyak disini, masuk hutan, keluar hutan dan tangga untuk didaki.. Rupanya banyak guest house dan tea house kat atas ni rupanya... kebanyakkan guest house kat sini warna biru.. tak pasti kenapa banyak yang warna biru, mungkin untuk senang dilihat dari satelit kot dari angkasa. Cuba korang google earth mesti nampak punya.. 

Dalam perjalanan aku jumpa beberapa orang trekker yang akan ke Ghorepani juga. Aku dan KF berjalan macam biasa, kali ni lebih baik dari semalam...Memang menarik la permandangan di sini.Dalam perjalanan salji mula turun renyai-renyai... Wow salji ni... punyalah aku jakun tengok salji turun renyai-renyai... 1st time jumpa salji ni.. Tapi sebab sejuk nak buka glove pun malas nak ambil gambar... dalam kepala aku alah banyak lagi jumpa salji nanti.. hahahah..Member-member lain pun dah hampir dengan aku... arrghhh cepat betul dorang ni berjalan... 








Lebih kurang 4 jam berjalan menyusuri hutan dan keluar hutan kami pun berhenti rehat untuk makan tengah hari di Nangethanti. Alhamdullilah hari ni tidak sesusah semalam.. mungkin semalam terkejut kot. Liew pun ada cakap biasanya hari kedua memang sudah ok maa... berhenti lunch disini aku order spaghetti vege.. terasa nak makan makanan yang berkhasiat pulak tengah hari ni.. ye lah sebab pagi tadi aku hanya makan maggie sup je.  Sekali spaghetti yang sampai mak datuk banyak nya... Boleh makan 2 orang.. ermmm apa lagi bedal la... rasanya tak sedap mana, Sedap lagi yang bini aku masak...


Lepas lunch perjalanan di teruskan... kesejukkan mula terasa yang amat sangat. Angin sejuk tu yang aku tak tahan tu sebenarnya. huhuhu. Berjalan seperti biasa tapi kali ini aku tak tertinggal jauh sangat dari member-member lain lah.. cuba mencari langkah yang betul untuk bersaing dengan mereka. tengok jam hampir pukul 3pm dah.. ermmm... ada 2 jam perjalanan lagi untuk tiba di Ghorepani. Ganesh cakap di Ghorepani memang sejuk mungkin minus suhu nya... hahaha.. kat sini pun aku dah tak tahan macam mana pulak la kat atas sana. 








Kami sampai di Ghorepani lebih kurang 5pm lebih... seronok dan teruja main salji tu yang masing-masing jalan slow tu... hahaha. Time ni memang sejuk gila lebih kurang -5'C basketball court kat sebelah tu berais, korang boleh main ice-skating kalau korang nak... errrrrr.. memang sejuk tak leh cakap lah... sampai je aku terus naik kebilik letak beg dan buat air panas.... huh tak leh tahan dah ooo.. Yang menarik nya Guest House yang kami bermalam ni bilik-biliknya dinamakan sempena nama athlete sukan ternama.. macam bilik aku nama pemain Tennis terkenal...Leyton Hewitt...



Rehat-rehat jap, pastu kami semua ke ruang makan untuk panaskan badan.... nasib baik ada wifi.. 200 Nepal Rupee.. so kesempatan ini aku video call wife dan anak-anak aku...hilang rindu bila dapat berbual dengan wife dan anak-anak aku... Anak aku cakap ,wah papa punya mulut keluar asap... hahaha... memang sejuk la time ni. huh. semua pakaian dalam beg macam baru keluar dari peti ais, coklat-coklat semuanya beku.. Tak bleh tahan , aku ke ruang makan semula sambil menunggu makan malam dan taklimat ringkas daripada Ganesh untuk trek ke Poon Hill. kami akan ke Poon Hill pada pukul 4.30am esok hari, dan perjalanan dari Ghorepani akan mengambil masa dalam 1 jam. Pada mulanya aku tak plan pun nak ke Poon Hill, tapi sebab semua nak Poon Hill, aku follow je lah.. kami akan lihat sunrise di sana nanti dan akan lihat view yang cantik seperti mana yang Ganesh cakap dalam taklimat ringkas sebelum kami makan malam. Aku order Gurung bread untuk makan malam ni sebab kenyang tengah hari tadi pun tak hilang lagi.....


Lepas makan aku balik semula ke bilik dan berselimut dengan sleeping beg dan blanket yang disediakan... huhu terasa nak demam pun ada. Kepala dah mula berdenyut-denyut... Makan panadol rasa lega sikit. hingus dalam hidung senang je meleleh ... memang aku tak tahan sejuk agaknya... Malam tu aku memang tak bleh nak tidur nyenyak sebab terlampau sejuk, haish.. kang pukul 4am nak bangun dah nak ke Poon Hill... Aku cuba juga untuk tidur. dalam hati sambil baca doa tidur macam anak-anak aku kat rumah... Miss u all.... Rupanya KF pun tak boleh tidur jugak.. ingatkan aku je yang tak boleh tidur... so kitaorang pun bersembang sampai la lelap mata dengan sendiri....... To be continue Day 5 Ghorepani - Poon Hill - Tadapani - Chuile -

Klik :
DAY 5 - GHOREPANI (2860M) - POON HILL - TADAPANI - CHUILE (2060M) (PART 1)



Comments