TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 3 Pokhara - Nayapul - Birethanti - Tikhedungga - Ulleri
28 Februari 2014 Pokhara - Nayapul ( 1070m) - Birethanti - Tikhedungga - Ulleri (2020m)
Alahai sedap betul tidur semalam tau tau dah pukul 7am. Subuh gajah la nampaknya....heheh... bukak pili air alamak air panas takda pulak, so tak mandi la aku pagi ni, Bangun KF!!! dah pukul 7am ni, pukul 8am nanti van akan menunggu kita orang untuk ke starting point ke Nayapul dan dari situ kami akan start trekking. Lepas basuh muka dan kemas barang, kami ke ruang makan untuk breakfast.. sejuk pagi ni, dengan kopi panas yang pekat dan roti bakar bersama kari kentang, memang terbaik breakfast pagi ni... bila bercakap keluar asap jer.. hahaha... dari ruang roof top hotel ni dapat di lihat dengan jelas Fish Tail Mountain, Annapurna South, dan beberapa gunung lain...
Lepas breakfast aku menunggu rakan-rakan yang lain di lobby, dan Ganesh tengah sibuk menguruskan van yang sampai untuk bawa kami nanti. 3 orang Porter kami iaitu Raju, Ramji dan Khishan serta seorang lagi guide untuk Balazs iaitu Ganesh juga nama dia, tapi kitaorang panggil dia Ganesh Hobbit sebab dia rendah je orangnya tapi sangat-sangat friendly sedang sibuk memunggah beg kedalam van. Aku rasa excited sangat untuk memulakan hari ni. Harap-harap semua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perjalanan ke Nayapul mengambil masa lebih kurang 45minit sahaja. Melalui lereng-lereng gunung dan bukit serta kawasan kampung membuatkan aku dan yang lain-lain leka melihat permandangan yang memang cantik. Kami minta Ganesh berhenti sebentar untuk kami mengambil gambar semasa dalam perjalanan...Lepas ambil gambar, Ganesh cakap dont worry my friend , u can see a lot of beautiful scenery after this...perjalanan kami diteruskan....
Aku masih tak percaya lagi apa yang aku lihat depan mata, memang cantik beb, korang patut sampai ke sini kalau tak percaya apa yang aku tulis ni.
Lebih kurang pukul 9am, kami tiba di Nayapul. selepas keluarkan barang-barang dari van kami semua bersiap sedia untuk memulakan trekking.. Apa-apa pun kasi warm up dulu beb... takda la otot-otot kaki ni terkejut nanti... 3 orang porter kami sedang bersiap untuk pikul beg-beg besar kami.
Depa ni memang kuat beb, bayangkanlah beban yang mereka pikul ni setiap sorang porter hampir 40kg ke 60kg tu... skill dorang bagi mengurangkan bebab yang mereka tanggung tu dengan letakkan tali di kepala dengan guni putih macam dalam gambar tu. Aku kagum dengan mereka ni. Tapi memang dah itu kerja diorang kan... kami hanya pikul beg kecil je untuk isi air, jacket dan sedikit makanan je...
Dari kiri Raju, Ganesh, Ganesh Hobbit, Ramji dan yang menonggeng tu Khishan
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim aku merasmikan perjalanan ini... kami memulakan langkah pertama dari Nayapul ke Birethanti untuk semakan permit dan TIMS trekking. dalam hati penuh rasa berbunga-bunga sebab hari tu aku rasa perjalanan ini akan menarik dan takkan aku lupakan sampai mati.
Di sini adalah tempat untuk Check point bagi Permit TIMS/ ACAP untuk trekker yang mendaki.
TIMS dan ACAP permit ni wajib diisi oleh trekker jika hendak mendaki atau pun trekking di Nepal ni.. Ini adalah salah satu langkah keselamatan pihak kerajaan Nepal bagi memastikan nama anda didaftarkan dan mengetahui siapa dan bila anda akan kembali. Dan jika anda tidak pulang seperti yang ditetapkan dalam tarikh di borang permit tersebut , mereka akan mula mencari anda. Permit dan TIMS ini telah pun diuruskan oleh Ganesh terlebih dahulu sebelum kami sampai ke Kathmandu lagi. so ianya lebih mudah bagi kami dalam urusan ini. cuba lihat link dibawah jika anda trekker solo anda boleh buat permit ni di Kathmandu atau di Pokhara atau di Tourist Checkpoint and Information Centre di Nepal. Cuma bawa 2 keping gambar dan bayar.
Pada mereka yang hendak trekking ke sini adalah lebih baik korang beli Travel insuran la... aku beli travel insurans untuk 2 minggu di Maybank2u dengan harga RM90. bukan apa kita tak tau apa yang bakal terjadi di atas sana kan... Harap-harap semuanya selamat lah.... korang boleh layari link di bawah untuk urusan Travel Insuran ni :
Lepas urusan permit selesai , kami terus memulakan perjalanan semula, 1 ke 2 jam pertama kami akan melalui kawasan kampung penduduk di sini. banyak sungai dan jambatan gantung yang kita boleh lihat di sini. Badan pun dah berpeluh, aku pun berhenti sekejap dan buka jacket. panas...
Perjalanan yang kami tempoh pada hari ni untuk 3 jam pertama tidaklah mencabar sangat, tapi aku merupakan antara yang last la kalau berjalan... sambil melihat permandangan dan mengontrol pernafasan itu yang buat pergerakkan aku agak slow berbanding rakan-rakan lain. Kami akan berhenti di Hille untuk makan tengah hari dan akan meneruskan perjalanan semula ke Ulleri yang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Hille. Total perjalanan kami pada hari ini lebih kurang 7 jam kalau tiada apa sebarang masalah. Seperti kata Ganesh selepas sampai di Hille untuk makan tengah hari kami akan mendaki naik anak tangga sebanyak hampir 3000 lebih anak tangga... wow!! Batu caves pun aku rasa tak sampai 500 anak tangga, ini 3000 beb...Semasa dalam perjalanan ke Hille, kami berjumpa penduduk kampung yang meniaga minuman dan buah-buahan di sini...berhenti rehat jap sambil makan pisang yang dibeli oleh Ganesh.
Mahfis siap selit rokok lagi kat pakcik ni..
Sekali imbas Pakcik ni macam Tokki pun ada..
Hampir 3 jam berjalan kami pun sampai di Hille, untuk makan tengah hari.. perghhh penat , perut pun dah lapar. menu tengah hari ni aku makan nasi goreng vege. Untuk lunch hari ni sehingga habis trekking nanti telah pun masuk dalam pakej yang kami bayar tu. order je la apa pun, pizza ada, nasi ada, Dal bhat ada, roti ada, pasta ada, maggie sup ada, macam-macam ada.. Tapi kami perlu bayar untuk air yang kami minum sahaja. kami decide Mike yang akan pegang duit minuman kami semua setelah collect setiap seorang sehingga tamat trekking nanti... Bila dah penat , selera makan pun tak berapa nak ada.. tapi telan jugaklah kan.. nanti takda tenaga pulak...
Mr Balazs relek je pakai pakaian office pi trekking...
Lepas lunch, kami meneruskan perjalanan ke Tikhedhungga dan seterusnya akan ke Ulleri untuk bermalam... Cabaran pun bermula lepas ni... angin sejuk sudah mula terasa saat ini... memang kena pakai jacket balik la.. sejuk... setelah hampir 45minit melalui Tikhedhungga, maka kami mula mendaki tangga yang aku cerita tadi... arggghhhh... tinggi nya... tengok jam dah pukul 3pm maka dengan langkah yang agak penat, aku memulakan langkah mendaki anak tangga ini sedikit demi sedikit... aku tak fikir orang lain dah masa ni.. sapa yang nak naik, naik lah dulu.. aku slow-slow je naik... nak risau apa ramai trekker yang saing dengan kami sebenarnya.. dari pelbagai negara ada, Korea, United Kingdom, China dan dari Puchong Selangor pun ada... so aku gerak setapak demi setapak ... Gila banyak anak tangga ni..... perasaan menyesal pun mula lah bermain dalam kepala otak aku ni.... Apasal la aku boleh sampai kat sini.. hahaha.. memang mental habis la nak mendaki anak tangga ni...
Sebab penat aku nak ambil gambar pun dah malas... layan kan je lah kaki ni ... aduh lambat lagi ke nak sampai Guest House ni... tengah berjalan aku ada berbual dengan 1 group granny dari UK 5 orang . umur mereka dalam lingkungan 60an kot.. mereka memang hebat beb.. dah tua-tua pun masih boleh trekking lagi. kalau orang kita umur-umur macam ni duduk umah layan cucu je lah ye tak...... dalam perjalanan ke Ulleri hujan pun turun, langkah aku di percepatkan lagi sebab aku takda bawak baju hujan pun. so aku, KF, Zaril dan Ganesh berteduh dalam sebuah pondok yang ada kat situ... Ganesh bagi aku satu plastik besar untuk tutup kepala.. Thanks Ganesh.... Ganesh takkan tinggal korang di belakang dan dia akan jadi sweeper korang siapa yang last dibelakang.. biasanya aku lah yang last.. hahahaha.. lepas je hujan dah reda kami teruskan perjalanan semula.. Ganesh cakap dalam 45 minit lagi kita akan sampai... Zaril dah semakin laju dah.. Tokki , Mike , Liew , Mahfis dan Balazs serta porter kami dah tak nampak dah... dorang pasti dah jauh tinggal kan aku ... KF masih setia bersama aku jalan langkah demi langkah.... Biar slow janji sampai dalam fikiran aku... lagi pun baru pukul 4pm lebih... Lebih kurang pukul 5 lebih aku sampai jugak di Ulleri.... Tokki dan yang lain memberi tepukan pada aku sebab depa kata , huh kami dah 2 gelas dah minum ko baru sampai... kah3.... Balazs tanya aku Are u Ok dude ??? aku cakap ok je la... dalam hati perghhh gila penat... cerempet korang... hahaha... i need kopi please.... cepat sikit... KF masuk bilik dulu hantar beg dan aku terus layan kopi sambil layan kesejukkan yang dah semakin mencengkap tulang dah... Sejuk betul kat sini....
Muka memang penat gila...
Malam ni letrik xda di Ulleri, so tiada apa yang kami boleh buat melainkan duduk bersembang dengan yang lain-lain... Malam tu jugak si KF menunjukkan skill main fire ball , tapi dia hanya bawa fire ball yang "led poi" la.. untuk training punya... ahh time ni la ko nak tunjuk bagus ekk KF huhu... gurau je KF... tapi apa2 pun ko memang terbaik la main benda alah ni...
Dah macam ayam berak kapur pun ada aku rasa saat ni.. memang sejuk la tak tau apa nak buat dah... Aku dan KF buat kopi yang kita orang bawa dan rilek je dalam bilik... yang lain-lain aku tak pasti dah tidur ke belum.... esok kami akan ke Ghorepani... perjalanan esok lebih kurang 8 jam berjalan... ahhh apa pulak azab yang akan kami tempoh esok... apa-apa pun itu semua dugaan yang bakal kami hadap..sorry la gambar-gambar pun tak berapa nak cantik.. kebanyakkan ambil pakai handphone je.. nak pegang DSLR pun dah tak mampu sebab penat..ok nak tidur dah.. good nite Malaysia..... to be continue Day 3 - Ulleri - Nangge Thanti - Ghorepani -
Klik :
Day 4 ULLERI (2020M) - GHOREPANI (2860M)
Klik :
Day 4 ULLERI (2020M) - GHOREPANI (2860M)
Comments
Post a Comment