Lego Moc "Pick A Brick"

LEGO MOC PICK A BRICK

Entry kali ini aku nak cerita pasal lego juga. Huh. Sebab apa? Sebab aku dan bini aku dah terlalu kronik dah dengan lego. Kepala aku hanya fikir lego je. Bagaimana nak penuhkan koleksi lego dalam bilik. Ye memang aku gila. Hahahaha. Entry kali ni aku nak ceritakan bagaimana untuk mengurangkan ketagihan lego ini sedikit demi sedikit dan untuk mengelakkan perbelanjaan yang besar dalam mengumpul koleksi lego. Ye lego di Malaysia memang mahal Nauzubillah. So aku decide untuk beli yang pick a brick sahaja. Dimana aku dan bini aku plan nak bina sendiri city dari lego lego terpakai mahupun yang baru. So aku pun geledah la dalam online part2 lego yang penting sahaja seperti 1x1, 1x2, 4x2, 8x4 dan part2 penting untuk dekorasi seperti bumbung, tingkap, pintu, dan hiasan dalaman. Bila dah tahu part2 yang penting bagi menghasilkan rumah, ataupun apartment contohnya, so aku dan bini aku pergi ke lego store di The Curve untuk beli part2 yang diperlukan sahaja. Di Lego store, anda boleh memilih part2 yang anda perlukan, itupun kalau anda bernasib baik jika part yang anda mahukan ada stock la. Kalau takda, terpaksa la tunggu lain kali, tak pun cari dimana-mana Kedai contohnya di BrickSanctuary di Amcorp Mall Pj, tak pun yang jual longgok dan anda pilih sahaja di Mighty Utan di Dataran Prima Kelana Jaya.




Kalau di Lego store, anda boleh beli yang pick a brick ni dengan cara mengisi sebanyak mungkin brick yang anda mahu kedalam cup yang disediakan. Yer sebanyak mungkin sehingga penuh. Terdapat 2 jenis cup yang boleh dibeli, yang panjang RM91.50, dan yang kecil RM51.90. Tapi tahun lepas hanya RM50 sahaja bagi cup panjang. Sekarang dah mahal. Huh. Bagaimana cara anda nak isi sebanyak mungkin, terpulang pada anda. Susun menegak ke, mengiring ke, terpulang, janji dapat sumbat sebanyak mungkin. Hahahaha.

Kalau di Brick Sanctuary agak mahal juga sebab harganya mengikut part2 yang anda mahu. Ada yang 50sen/pcs, ada yang 30sen/pcs ada yang 20sen/pcs dan ada yang sampai beringgit depends pada bentuk yang anda mahu  Tapi kalau dah beli banyak terbeban juga la kan. Yang best nya di Brick Sactuary, terapat banyak part2 untuk dekorasi contohnya pintu, tingkap dan lain-lain dan ianya part baru bukan 2nd hand.



Kalau di Mighty Utan, part2 lego terpakai dilonggokkan dalam satu bekas besar, dan anda pilih sendiri mana yang anda mahu. Harganya 100g RM25. Tapi kalau 100g berapa keping sangat la yang boleh dapat kan. Aku ada pergi juga kedai ni, sepanjang yang aku pergi, bukan budak yang sibuk memilih part lego ni, tapi BAPAK budak. Agaknya dorang pun ada penyakit ketagihan ni. Aku ada berborak dengan sorang Chinese ni, punya la lama dia duduk menyangkung mencari parts yang dia nak. Gila kan. Ye memang gila.



Dah dapat apa yang dicari, tiba lah masa untuk membina rumah-rumah dengan anak anak. Memang best bila meluangkan masa hari minggu dengan anak anak membina lego ni. Masing masing berebut rebut nak buat, termasuklah aku. Hahaha. Dengan modal yang sedikit, anda boleh membina rumah yang anda mahukan, kalau anda membeli model bagunan Lego tu mahu makan ribu jugak...Dapat buat yang ini pun ok juga, Dapatlah bina lego city nanti.. sikit2 lama2 jadi banyak la... ok bye....




Comments

Popular Posts