Trekking ke Air Terjun Taman Eko Rimba Komanwel - Commonwealth Forest Park, Rawang
Trekking ke Air Terjun Taman Eko Rimba Komanwel
Commonwealth Forest Park, Rawang ( Day 2 )
Lepas subuh aku dah siap kan breakfast dan buat kopi untuk pagi tu. Wife dah siapkan roti garlic untuk kami trekking ke air terjun yang terletak hampir 10-15minit dari campsite kami. Kari semalam ada lagi so cicah dengan roti memang menyelerakan bila bercamping begini. Suasana pagi dengan kicauan burung dan unggas rimba cukup menenangkan.
Anak-anak bila dengar sahaja nak ke air terjun dan jungle trekking memang mereka tak sabar dah. Asyraf dah mula tak sedap badan ye lah dari semalam asyik berendam. Tapi bila aku tanya cap, nak makan maggie tak? Terus baik!
Menurut kata En Halil pegawai yang menjaga tempat ni, trail ke air terjun tak lah sesusah mana, cuma kalau bawa budak-budak pastikan mereka memakai kasut dan sentiasa berwaspada dengan batu-batu licin sekitar trail tu. Pacat pun bersepah kat situ katanya.
Ayuh anak-anak kita bergerak sekarang !!
"Pa kicap jalen takda"... Apa? takda ? "kalau macam ni kita batalkan sahaja ekspidisi ini. Kalau takda kicap jalen papa pun tak lalu makan".. Tak tau nak tulis apa, aku taip je lah iklan kicap Jalen ni...hahaha
Melalui anak sungai dan laluan berbatu harus berhati-hati jangan sampai tergolek. Bunyi Air sungai yang mengalir disekitar trail menambahkan lagi keterujuaan anak-anak.
Hampir 15minit berjalan, kami pun sampai dikawasan air terjun ini. Wah dah sampai dah. Anak aku memang tak sabar lah nak mandi di situ. Sabar anak-anak biar Papa pastikan dulu tahap keselematan tempat ini.
Air terjun disini ok lah tak la tinggi mana dan dalam. Anak-anak boleh lah mandi. Kami disini hampir setengah jam sebelum balik ke campsite kami.
Ok anak-anak, jum kita balik.
Untuk mengikuti Entry kami di hari pertama , Klik di sini : Berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Selangor ( Commonwealth Forest Rawang ) TERKOM ( Day 1 )
Untuk mengikuti Entry kami di hari pertama , Klik di sini : Berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Selangor ( Commonwealth Forest Rawang ) TERKOM ( Day 1 )
Comments
Post a Comment