Discover Nepal, Tibet & Bhutan with Third Eye Adventure (p) Ltd



Dari kiri: Mr Mike@ Doc, Mr liew, K.fahmi KF, Aku, Mr. Balazz Shieber, Mahfis, John Mohamad@Tokki, Ganesh Neupane dan Zahril

Disebabkan ramai yang bertanya mengenai trip saya ke Annapurna Base Camp Nepal dan contact person di sana yang boleh dihubungi untuk bertanyakan pakej-pakej menarik untuk aktiviti di Nepal, maka saya ingin menerangkan kepada sahabat-sahabat di luar sana didalam entry kali ini. 

Saya dan 6 orang lagi sahabat  telah ke Nepal pada 2014 yang lalu untuk trip Annapurna Base Camp. Di sebabkan saya dan sahabat lain tidak pernah ke Nepal melainkan saudara Tokki @ Jhon Mohamad sahaja yang pernah ke Nepal, maka saya telah berhubung dengan Ganesh Neupane melalui email sekitar tahun 2013. Saya telah berhubung dengan beliau melalui facebook dan email. Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah mengenai service yang telah diberi oleh Ganesh Neupane cukup memuaskan dan baik sekali. Ganesh merupakan seorang yang peramah dan cukup teliti dalam mengatur segala persediaan serta menyediakan perkhidmatan mengikut bajet kami. itu yang penting!! Sama ada anda ingin pergi secara sendirian ataupun secara guide, itu terpulang pada anda. 

Ganesh, merupakan orang yang cukup berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang Geografi negaranya. Beliau juga memiliki syarikat trekking yang berdaftar dengan kerajaan Nepal, iaitu Third Eye Adventure (p) ltd yang ditubuhkan sekitar akhir 2014. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan untuk sebarang aktiviti di Nepal yang boleh di pilih mengikut bajet anda. 

Jika anda ingin mendapatkan khidmat beliau, anda boleh sahaja "add" beliau di facebook  klik link di bawah: 



Anda juga boleh mendapatkan info berkenaan pakej-pakej yang di tawarkan di laman Web Third Eye Adventure (p) Ltd seperti link di bawah :




Anda juga boleh mendapatkan review melalui Trip Advisor berkenaan Third Eye Adventure (p) Ltd seperti Link di bawah :  



Di harap ianya dapat membantu rakan-rakan diluar sana yang masih mencari guide atau pakej-pakej yang menarik untuk ke Nepal. Sebut sahaja nama saya kepada beliau dan hembuskan ke muka Ganesh Neupane untuk diskaun... Hahahaha... 

P/s: Iklan ini tidak berbayar, saya hanya niat untuk menolong rakan-rakan dan sahabat saya Ganesh di dalam perniagaan nya. 


Video kenangan semasa kami di Nepal 2014 : 


IKUTI KEMBARA KAMI  KE ANNAPURNA BASE CAMP NEPAL:  KEMBARA KE ANNAPURNA BASE NEPAL DAY 1
Sekian Terima Kasih :-)



Comments

Popular Posts