Kuala Lumpur Brick Festival 2.0 ( 2016 )

Kuala Lumpur Brick Festival 2.0 berlansung semalam 16 Oktober 2016 di Dewan Perdana Mestika Institut Latihan DBKL ( IDB ) Cheras selama 1 hari sahaja. Festival ini julung-julung kali mengumpulkan beberapa collector Brick terutamanya collector Lego dan beberapa jenama lain di pasaran. Event ini agak menarik terutamanya bagi anak-anak seperti AKU yang sukakan permainan lego. Ibu bapa juga tidak ketinggalan menyaksikan beberapa model lego berskala besar yang di pamerkan di sini. Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti pertandingan memasang bricks oleh kanak-kanak dan keluarga serta pertandingan soal jawab buat para peserta.

brick festival, Lego, brick


Pada pandangan aku pameran ini masih lagi mempunyai pelbagai kekurangan dari segi penyertaan oleh segenap lapisan penggiat seni lego itu sendiri kerana terdapat hanya beberapa kumpulan atau penyertaan sahaja yang mempamerkan koleksi lego dan brick mereka. Aku pasti masih ramai lagi yang mempunyai koleksi lego yang maha dasyat boleh di bawa kemari untuk di pamerkan bersesuaian dengan Festival itu sendiri. Sepatutnya ianya perlu berskala lebih besar, bagi menarik ramai orang untuk datang ke sini. Setakat model-model brick biasa, kat rumah aku pun berlambak. Ahh riak pulak. Organiser perlu ambil  lebih perhatian mengenai hal ini di festival akan datang agar setiap ruang dewan boleh di penuhi oleh lebih ramai peserta.


Lego dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul samad


Paling aku tertarik adalah model sebuah bangunan bersejarah yang di perbuat dari lego. Bangunan Sultan Abdul Samad yang mempunyai skala yang besar. Model ini telah dibawa oleh "Brickgasm" Menurut salah seorang dari mereka. hampir 150k part telah di gunakan oleh mereka untuk menyiapkan model Bangunan ini dan hampir keseluruhan part lego ini di import dari pelbagai negara. Dasyat. Aku tidak pasti berapa modal yang dihabiskan untuk menyiapkan model berskala besar ini.

Selain itu terdapat juga beberapa model Lego antaranya Lego city , Ninja Go, Lego Stra Wars dan beberapa lagi koleksi daripada Lego Moc di pamerkan di festival ini. Tujuan sebenar aku ke sini adalah untuk mendapatkan idea bagi daripada collector-collector di sini untuk projek aku dan anak-anak membina model Lego Moc sendiri di rumah. 



Terdapat juga gerai jualan barang permainan Lego, Lepin , Decol dan beberapa brand lain di pasaran yang di jual disini yang boleh kita beli. Kerana Event ini berlansung di pertengahan bulan, maka aku dan anak-anak hanya melihat-lihat sahaja. Nak sentuh pun takut, takut terbeli. Hahaha. Aku pasti harga jualan yang dijual di festival ini lebih murah berbanding di luar.




Aku harap festival akan datang lebih meriah dari tahun ini dengan lebih penyertaan oleh collector tegar brick untuk mempamerkan koleksi mereka yang awesome dan lebih menarik. Dan sekali lagi harap organizer bolehlah membuat festival ini hujung bulan dan bukan pertengahan bulan. " If you know what i mean"...

Comments

Popular Posts