Terima Kasih The Vocket


Tiga hari lepas aku dihubungi oleh editor The Vocket yang berminat untuk menyiarkan artikel yang aku tulis di blog peribadi untuk di keluarkan di laman Blog The Vocket yang lebih condong berkenaan  Travel. Terkejut juga bila mana sebuah laman blog yang agak popular di Malaysia ingin menyiarkan artikel aku berkenaan 10 Tips untuk travel ke Jammu dan Kashmir India. 

Artikel ini pada mulanya aku share di sebuah group "Bacpackers Buddies Malaysia" di Facebook. Ianya mendapat sambutan yang agak memberangsangkan bagi mereka yang ingin ke Kashmir India. Jadi pada aku tidak ada salahnya aku cuba berkongsi maklumat dari pengalaman aku sendiri untuk di siarkan oleh The Vocket khususnya bagi mereka di luar sana.

Semoga artikel ini menjadi sumbangan kecil dari aku buat sahabat-sahabat di luar sana. Terima kasih aku ucapkan buat The Vocket kerana sudi berkongsi cerita dan artikel aku. Di harap ianya menjadi pemangkin dan pemberi semangat buat aku untuk terus belajar dalam penulisan. 

Anda boleh ikuti artikel penuh ini di THE VOCKET dan di laman blog aku juga 10 TIPS KE JAMMU DAN KASHMIR INDIA

Jika anda mahu mengikuti pengalaman aku dan rakan-rakan ke India anda boleh membacanya di KEMBARA KAMI KE INDIA






"Happiness only real when shared".
Christopher McCandless

Comments

Popular Posts