Ujian Dari Allah

Baru-baru ini aku di timpa masalah. Aku kehilangan Beg yang mengandungi set DSLR dan beberapa biji  Lense serta sebuah beg laptop yang mengandungi pelbagai file dokumen dan sijil-sijil penting aku dan keluarga kerana kecurian. Mujur duit simpanan dan barangan kemas isteri dan anak aku tidak diambil. Mungkin Si Malaun tu tidak perasan agaknya. Cuma tabung syiling aku dalam almari yang hampir penuh di kebasnya. 

Aku jadi blur dan bingung sekejap, setelah melihat rumah aku bersepah dan pintu ternganga masa aku balik dari kerja. Petang itu juga aku membuat report polis tentang kes pecah rumah ini, dan pihak polis datang menyiasat pada sebelah malamnya. Ini mungkin sudah takdir Allah untuk menguji hambanya, dan aku redha atas musibah ini. Mungkin ada sesuatu rahmat yang Allah akan beri satu hari nanti. InshaAllah.

Kini aku perlu membuat semula segala dokumen yang hilang tersebut satu persatu. Ini yang paling leceh sebenarnya. dari sijil kelahiran aku sekeluarga, passport, sijil-sijil sekolah, skroll akademik aku dan isteri, dokumen jual beli rumah, dokumen dan geran kereta. sijil nikah, dan lain-lain lah.. huh

1. Surat Beranak- bayaran RM5 setiap satu. Dibuat di JPN . Ini yang paling aku sayang. Tiada lagi   surat beranak oldschool tulisan tangan dari balai polis tempat aku lahir dahulu.



2. Buku Bank dan Tabung Haji  ( setel )

3. Sijil SPM dan PMR ( boleh di buat melalui laman web Borang Permohonan Sijil SPM/PMR/LCE/MCE )

4. Sijil berhenti sekolah ( boleh di minta di sekolah ) tetapi bergantung pada pihak sekolah jika nama   anda masih dalam data base sekolah tersebut ( Tak harap sangat sebab dah 20 tahun tinggalkan alam sekolah )

5. Passport ( boleh di buat di pejabat imigresen ) tetapi agak leceh juga untuk ikut prosedur dan bayaran sama di perlukan seperti permohonan baru : 


6. Skroll dan Transkrip UTM - Pihak UTM hanya boleh mengeluar sijil pendua dan pengesahan       sahaja. Dan bayaran RM500 di kenakan diatas kehilangan biarpun ada report polis. What The !! Apasal   murah sangat ni? Apasal tak RM5000 je.. huh!!! Bila aku tanya macam-macam kepada pejabat bendahari UTM Skudai melalui email, terus senyap. " Kerana Tuhan untuk Manusia " lah sangat.

7. Skroll dan Transkrip OUM - Sedang di proses dan yang paling penting MURAH.


8. Sijil Nikah- belum buat lagi ( masih ada kad Nikah ) 

9. Buku merah kesihatan anak-anak- masih belum buat lagi ( penting ke buku ini untuk kemasukan darjah satu nanti?? ) 

10. Sijil-sijil akuan dan kemahiran yang pernah aku attend. ( hanya tinggal kenangan ) 

11. Dokumen jual beli Rumah dan geran Kereta. ( masih belum buat )

Semua kerja-kerja ini perlukan masa dan tenaga serta wang ringgit untuk diselesaikan. Aku masih berharap jika ada  sesiapa yang terjumpa beg dan dokumen aku di mana-mana boleh lah terus hubungi aku, sebab aku rasa si Malaun yang rembat beg aku tu mesti buang dimana-mana. 

Moga ini menjadi pengajaran berguna buat aku dan sahabat-sahabat di luar sana menjaga keselamatan dan harta benda kita. 

Comments