PENGALAMAN MENUNAIKAN HAJI - Menikmati Air Tebu Paling Sedap Dalam Dunia Di Mekah
Menikmati Air Tebu Paling Sedap Dalam Dunia
Usai Isya di Haram, aku plan untuk menziarah ibu saudara aku di Maktab yg terletak hampir 2 km dari Haram. Nasib baik aku dapat call salah seorang jemaah yang satu bilik dengan Mak ngah. Maka, aku dan sahabatku John berjalan melalui kawasan yang agak sibuk dengan Jemaah. Sambil-sambil tu aku nak cari juga kedai air tebu yang aku ada ceritakan dalam entry lepas.
Jemaah di sekitar jalan |
Sepanjang jalan memang agak sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang dan jualan di tepi kaki lima. pelbagai barangan jualan, makanan, buahan, dan bermacam- macam lagi yg terdapat di sini. Agaknya sekarang lah masa sesuai untuk shopping khususnya buat jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.
Tempat paling famous untuk membeli belah adalah di Jafariah dan Aziziah sebenarnya. Aku ada pergi juga disana sebelum musim Haji hari tu. Di sana kita boleh dengar penjual berbahasa melayu memanggil untuk melihat barangan jualan mereka. Dari pakistan, Bangladesh dan Arab sendiri boleh berbahasa Melayu.
Hampir 10 minit berjalan aku nampak kedai air tebu disebelah kiri aku. Hah confirm inilah kedainya. Tanpa membuang masa aku cakap kat John, "John mari aku belanja ko air tebu".
Air tebu yang dijual disini lain dari yang lain. Rasanya manis dan ada rasa lemon. Mesin tebunya juga lain bukan seperti yang kita jumpa di Malaysia. Air tebu yang keluar dari mesin tu dah siap-siap sejuk macam dibubuh ais. Perghhh... Kalau siang hari yang terik dapat minum air tebu ni kan best. Hahahaha. "Hah John ambil handphone ni rakam, aku nak buat video."
John sedang bergaya mempamerkan air tebu |
Menikmati air tebu yang paling sedap dalam dunia |
Berjalan sambil melihat bangunan yang tertera maktab Tabung Haji, aku pun sampai di maktab Mak Ngah. Mak ngah ada berehat di bilik hotel. Katanya hari ini dia agak penat untuk ke Haram,jadi Mak ngah hanya solat di bilik sahaja. Lusa mereka akan ke Madinah pula.
Alhamdullilah Mak ngah sihat sahaja sepanjang Haji tempoh hari. Lama aku tak berjumpa dengan Mak ngah sebenarnya. Dah rezeki kami berjumpa di sini. Banyak juga yang kami bualkan. Aku ajak Mak ngah makan, tapi dia kata dah makan pula. Semoga Mak ngah sihat-sihat sahaja ye.
Alhamdullilah Mak ngah sihat sahaja sepanjang Haji tempoh hari. Lama aku tak berjumpa dengan Mak ngah sebenarnya. Dah rezeki kami berjumpa di sini. Banyak juga yang kami bualkan. Aku ajak Mak ngah makan, tapi dia kata dah makan pula. Semoga Mak ngah sihat-sihat sahaja ye.
Bersama Mak Ngah di Maktab |
Ikuti Entry: PENGALAMAN MENUJU KE KOTA MADINAH
Comments
Post a Comment