Senapang kayu , Caplong dan terung pipit
Menjadi anak kampung sudah semestinya menjadi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Bagi mereka yang membesar di kampung pasti penuh aktiviti harian selepas sekolah yang boleh di lakukan. Aku bukan lah membesar sebagai anak kampung sepenuhnya kerana bapa aku seorang tentera yang sentiasa bertukar tempat bertugas. Jadi aku dibesarkan merata tempat. Kesempatan pulang ke kampung pasti menjadi lebih manis dapat berjumpa sepupu di kampung.
Sekitar 80an permainan kanak-kanak bukanlah satu yang dianggap mahal pada ketika itu, kerana apa sahaja yang kami mainkan tidak perlukan modal pun sebenarnya, berbanding dengan kehidupan kanak-kanak dialaf baru ini. paling kuat pun kami menghabiskan sisa duit sekolah di kedai untuk main tikam. Pada pandangan aku kanak-kanak zaman 80an lebih kreatif dan menggunakan apa sahaja barang yang ada untuk di jadikan permainan. Dari melastik burung, menangkap ikan laga. main baling selipar, main guli dan yang paling seronok main Rounders.
Bapak aku merupakan seorang yang tak boleh duduk diam dirumah sebenarnya. Ada sahaja perabut yang dibuatnya. Dari meja, kabinet, rak dapur dan macam-macam lagi lah. Salah satu yang paling aku suka bila bapak aku buatkan aku senapang kayu M16 dan pistol koboi. Mungkin kemahiran ini turun dari Arwah Datuk aku dulu yang juga pandai membuat macam-macam.
|
Senapang kayu dan terung pipit ( sumber google ) |
|
Senapang dan caplong yang dihasilkan oleh Atuk |
|
Cara caplong dimainkan ( sumber google ) |
|
lakaran caplong dihasilkan ( sumber google ) |
Berbalik semula cerita senapang kayu dan buluh ni. Sempena cuti sekolah selama seminggu ni aku mengahntar anak-anak aku pulang ke kampung isteri di Gemencheh. Sudah pastinya anak-anak aku memang suka bila aku hantar mereka di kampung. Di kampung ramai sepupu yang sebaya anak-anak aku. dan pelbagai aktiviti yang boleh dibuat. Nak main Handphone dan Tab memang tidak dibenarkan sama sekali oleh mak mertua aku bila mereka dikampung, itupun ada yang curi-curi main.
Entah mana datang idea Datuk saudara mereka yang nak buat senapang kayu ni ntah. Bagus juga dari berebut main handphone ada baiknya mereka bermain permainan kanak-kanak kampung macam ni. Apalagi seorang demi seorang lah yang que untuk atuk mereka buatkan. Aku pulak yang over excited. Senapang kayu ni memang aku pernah main zaman kecil-kecil dulu. Guna peluru terung pipit tak pun batu. dari mechinegun , Ak47, Rifle ww2, semua atuk mereka yang buatkan. Seronok buka kepalang anak-anak aku dapat mencuba permainan ni dengan sepupu mereka. Terung pipit tak susah pun nak cari, bersepah di rumah mak mertua aku.
|
Menjaga camp |
Senapang buluh pop ni atau panggilan yang biasa aku sebut dulu Caplong atau lolotop ni di buat oleh biras aku. Ini lagi rare sebenarnya dari senapang kayu tu. Budak zaman sekarang terutama yang lahir dibandar pasti tak pernah tengok dan main caplong ni kan? Di perbuat dari buluh dan lebih mudah untuk dihasilkan. Terima kasih lah pak man yang sudi buat caplong ni.
Bila semua dah ada senapang sorang satu apa lagi, main perang-perang lah. Fuh macam PUBG pulak rasa kata anak-anak aku. Band of Brothers. Belakang rumah mertua memang penuh pokok-pokok rendang yang boleh dijadikan kubu dan tembat sembunyi untuk main perang-perang ni. Aku hanya perhatikan dari jauh je mereka ni bermain. satu kepuasan pada aku bila anak-anak aku dapat merasa bermain seperti ini pada zaman sekarang.
|
Anak-anak aku dan sepupu mereka |
|
Sampai meniarap kau kan . Tungau kang |
|
Kubu untuk bertahan |
|
Siap siaga |
|
Arahan dari Capt Arif |
|
Caplong di tembak kearah musuh |
|
Cuba menembak beruk yang masuk makan manggis |
|
Bergaya dengan Caplong |
|
Tabik hormat |
Aku memang sengaja buat gambar hitam putih vintage ni untuk naikkan aura kanak-kanak dulu-dulu dan boleh menggamit memori kita semua. Siapa yang tak rindu zaman kanak-kanak oii. Tak perlu pikir yang berat-berat dan happy sahaja sepanjang hari. Aku harap anak-anak aku dapat lah membaca tulisan aku ni suatu hari nanti dan boleh lah berkongsi pengalaman dengan anak-anak mereka di kemudian hari.
Sekian.....................
Comments
Post a Comment