Camping Dan Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan Bersama Anak-Anak


Camping Dan Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan
Gunung Datuk_Camping_hiking_Gunung Datuk Rembau

Salam Kemerdekaan yang ke 62 buat semua. Alhamdullilah, sempena cuti Hari Kebangsaan dan cuti Awal Muharam yang lalu, kami telah berkhemah di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan. Disebabkan cuti jatuh 3 hari, maka peluang yang ada ni aku sempat pulang ke kampung mertua di Gemencheh. Aku dan family bertolak dari KL dalam jam 2pm selepas menghadiri Majlis Perkahwinan di Sungai Buluh.

Memang aku dah plan dengan biras dan adik ipar aku untuk berkhemah sempena cuti kali ini. Pilihan kami sebenarnya adalah untuk ke Lubuk Petai yang terletak berhampiran sahaja dengan Gunung Datuk. Disebabkan aku lewat sampai dan jem yang teruk, kami decide untuk tukar plan ke Gunung Datuk sahaja kerana hari sudah gelap. Lagipun kami agak familiar ke Gunung Datok ni, jadi takda lah risau sangat. Cuma kali ini kami bawa anak-anak bersama untuk mendaki Gunung Datuk.

Kami tiba di perkarangan Campsite Gunung Datok dalam jam 7.30malam. Jadi kami solat dahulu dan baru lah kami set up khemah untuk malam ini. Semasa kami sampai adalah 2-3 buah kereta yang parking di sini. Mungkin ada yang sudah mendaki dari petang agaknya.  


Gunung Datuk sudah menjadi salah satu tempat yang terkenal bagi mereka yang sukakan aktiviti hiking dan outdoor ni. Ketinggian Gunung Datuk ni hampir 855meter dari aras laut. Aku pun sudah 3 kali ke sini untuk latihan ke Annapurna Base Camp Nepal 2014 yang lalu.

Gunung Datuk_campsite_gunung Datuk Rembau_hiking_camping_trekking

Gunung Datuk_campsite_gunung Datuk Rembau_hiking_camping_trekking

Tugasan sudah diberi, anak-anak semua mula memasang khemah, yang lain-lain cari kayu api untuk buat campfire dan memasak. Menu malam ni simple sahaja Maggie dan roti. Bila dalam hutan macam ni makan apa pun sedap.

Lepas makan kami tak buat apa pun cuma melepak dan berbual tentang pendakian esok pagi. Kami plan nak mula mendaki jam 4.30am. Kedengaran bunyi kereta sudah memenuhi perkarangan parking pada tengah malam. Pasti ada yang ingin mendaki juga pagi nanti.

Anak-anak aku suruh tidur jam 11pm. Mereka perlu cukup tidur untuk esok. Pak Man pun dah siapkan roti sosej untuk sarapan awal pagi esok.



Siap kemas khemah dan kawasan campsite kami, kami semua membuat sedikit regangan dan warmup untuk mula mendaki. Waktu ini dah ramai pendaki mula memenuhi ruang parkir untuk mendaki awal pagi. Kami mulakan pendakian sekitar jam 4.50am.

Suasana pagi yang begitu menyegarkan. Bau hutan yang sungguh mendamaikan. Anak-anak mula melangkah satu persatu laluan trek dengan penuh hati-hati.

Perjalanan 20minit hanya mendaki tegak hampir 45degree. Anak-anak masih steady dan mengikut arahan. Hahahah. Takpa nak, kita slow-slow jalan ok. Aku sendiri pun tak cukup nafas oi...hahaha.

Klik PART 2

Comments

Post a Comment