Berkhemah di Ulu Yam - Hutlista 2 "TheHideOut" campsite
12 July 19, kami 4 beranak bercamping di Hutlista 2 Ulu Yam. Perjalanan mengambil masa 30minit sahaja dari rumah kami dari Kota Damansara. Memandangkan anak aku yang sulung dan no 2 mengikuti perkhemahan Pengakap di Taiping selama 3 hari , maka kami pun tak boleh duduk diam nak camping juga. lagipun dah agak lama kami tak bercamping sampai khemah pun dah mula reput. So dari mereput di rumah tanpa apa nak buat aku dan isteri decide untuk bermalam di sana 1 malam.
Lepas mencari informasi tempat ni di google so tempat ni bolehlah dikatakan agak ok lah dengan kemudahan yang ada terutamanya toilet. dari segi air sungai pula kawasan campsite ni pun bolehlah dikatakan selamat juga lah untuk anak-anak sebab ianya tidaklah terlalu dalam. Manakala terdapat juga gazebo atau pondok yang dibina bagi kemudahan pengunjung seandainya hujan ketika beraktiviti disana. Kamu semua boleh google je tampat ni.
Sedikit Informasi Tempat ini:
Sewa tapak RM30/malam/tent
Sewa gazebo RM30/malam - aku dapat percuma sebab hujan
Parking RM5 per entry
Hubungi En Danial 011-1281 1725
Pintu masuk Hutlista2 The Hid3Out |
pejabat pengurusan |
campsite Hutlista2 |
Glamping site |
Tempat ini juga disediakan kemudahan "Glamping" bagi mereka yang ingin bermalam disini, hanya bawa badan sahaja. Semua kemudahan dan makan juga disediakan. Berapa RM/pax aku tak tanya lah pulak. Tapi semua boleh diuruskan oleh pengurusan disini. Masa aku sampai ada juga satu group family yang berglamping disini. Apa yang glampingnya pun aku tak tau. Pada aku biasa sahaja. Kamu pacak tent dan buat unggun api sendiri dan bbq sendiri adalah lebih Glamping pada aku lah. Cuma kami menumpang lampu kawasan glamping ni sahaja lah, sebab kawasan glamping disediakan spotlight besar dan lampu bagi pengunjung.
Hutlista ni ada 2 sebenarnya. Hutlista 1 dh lama tutup sebab pengurusan Out. manakala Hutlista 2 atau dikenali dengan nama "TheHid3Out" masih lagi beroperasi Dari segi kemudahan takdalah perfect sangat tapi oklah kalau nak bawa family merasai sendiri bermalam dalam hutan, lagipun tempat ni beroperasi 24jam dan ada Guide yang menjaga kawasan ini. Cuma kawasan ni dekat dengan jalan utama so kadang-kadang bising lah dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang.
Lepas pasang khemah, anak-anak apa lagi mandi lah. Lepas mandi makan. lepas makan mandi lagi. Petang tu cuaca agak mendung juga tanda-tanda hari nak hujan. Yup memang hujan . Lebat jugalah hujan petang tu. Kami hanya stay dalam khemah sahajalah sambil menghirup kopi panas. Alhamdullilah cuaca kembali normal selepas tu.
Unggun api pun dah buat , Bbq pun dah mula aku bakar sambil menunggu malam hari. Bimbang jika hujan lagi aku pun letakkan khemah kami atas pondok. Alhamdullilah malam tu cuaca agak baik tak hujan. So kami boleh lah bersantai sambil mendengar bunyi2 alam pada malam hari. Malam nanti kalau takda apa-apa aku pulak nak mandi sungai. Hahahaha.
Pengalaman bermalam 1 malam disini cukup menyeronokkan terutamanya buat anak-anak lah. Mereka berpeluang meneroka sendiri aktiviti riadah seperti ini dan lari seketika dari rutin harian mereka yang agak pack bila waktu persekolahan. Apa ingat orang dewasa sahaja yang rutin harianya pack. Kanak-kanak lagi pack sebenarnya. Anak aku yang bongsu sejak umur 2 tahun lagi aku dah bawa camping. Seronok sebenarnya bila dapat luangkan masa berkualiti seperti ini.
Oklah cukuplah untuk kali ini. Next time kita bercamping lagi ok !!! Apa-apa nak tanya boelh coment dibawah dan lebih baik hubungi En daniel seperti info di atas.. Adios
Comments
Post a Comment