Jumaat Di Masjid Nabawi Madinah

Jumaat Di Masjid Nabawi Madinah 

Masjid Nabawi Madinah Yusaini Mohd Yusof

Hari ini Hari Jumaat. Cuaca di sini tidak sepanas seperti di Mekah. Panasnya masih dalam kawalan. Alhamdullilah hari ini kami berkesempatan untuk solat Jumaat di bumi Madinah ini. Bersyukur ke hadrat Illahi kita semua masih bisa bernafas hingga ke hari ini.

Lepas breakfast kami semua siap semua kemas barang di bilik hotel, kerana selepas Jumaat nanti kami akan terus bergerak pulang ke Mekah. 3 hari berlalu umpama 3 jam sahaja rasanya. Kalau boleh ingin sahaja kami tinggal lebih lama di Madinah. Aku bagai jatuh hati dengan Madinah.

Aku tak pasti masih ada masa lagi kah untuk kami melawat kota Taif. Kawasan tinggi yang agak sejuk dari Madinah dan Mekah. Ada rezeki adalah.

Selepas urusan semua selesai kami ke Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Jumaat. Aku dan sahabat yang lain bergerak awal ke Masjid. Kami tak mahu lepaskan peluang yang masih berbaki ini hanya dengan berbual kosong di hotel sahaja. Masjid nya cukup memdamaikan hati setiap kali melangkah masuk ke dalam. 

Ribuan manusia sudah berada didalam Masjid sejak dari awal lagi. Kami tidak sempat untuk melawat Baqi iaitu makam para umat muslimim dikawasan ini.



Aku mencari ruang yang agak jauh sedikit dari saf dihadapan. Takpa lah aku ingin bersendiri sahaja di sini. Jauh dari kenalan dan sahabat lain. Aku ingin benar- benar menghayati suasana di Masjid ini.

Masjid Nabawi Madinah  Yusaini Mohd Yusof

Masa hampir berlalu, usai solat Jumaat kami semua meninggalkan Masjid dengan penuh sayu dan sedih sekali. Entah bila lagi aku dapat ke sini. Sedih meninggalkan Rasullulah, itu lah yang aku rasai. Umpama ada sesuatu yg terdetik di hati bila kau keluar dari Masjid ini. 

Kami sepakat menunggu di Gate yang kami masuk tadi selepas solat Jumaat. Ribuan manusia mula beredar dari Masjid ini.

Jumaat Di Masjid Nabawi Madinah

Kami berkumpul semula di Gate/pintu yamg dijanjikan tadi. Alhamdullilah semuanya telah kami laksanakan, tibalah masa untuk kembali ke Mekah.


yusaini mohd yusof Masjid Nabawi madinah Arab saudi
Selamat Tinggal Madinah




Comments

Popular Posts