Pengalaman Masuk ke Raudah Masjid Nabawi Madinah

Pengalaman Masuk ke Raudah Masjid Nabawi Madinah

yusaini mohd yusof_ madinah_ masjid Nabawi_ raudah

4am aku dah bangun dan bersiap untuk ke Masjid Nabawi. Sahabat yang lain juga ada yang sudah menunggu di lobi. Kami bergerak ke Masjid melalui jalan dan lorong-lorong yang sibuk sekitar malam tadi. Pagi ini masih belum ada lagi peniaga di kaki lima memulakan perniagaan. Memang orang disini ramah semuanya. Tahu kami dari Malaysia, mereka cuba bertutur dalam Bahasa Melaysia.

Jalan Utama disini tidaklah sepadat di Kota Mekah. Di sini kenderaan agak kurang barangkali dan hiruk pikuk disini tidak sama seperti di Mekah. Lebih selesa dan mudah untuk bergerak. Benarlah orang yang pulang dari Mekah akan mengatakan Madinah lebih damai dari Mekah.

Sampai sahaja di perkarangan Masjid Nabawi jemaah sudah mula berpusu-pusu masuk ke ruang solat untuk menanti azan subuh, sambil menunggu azan ada baiknya kita mengisi masa kita dengan Mengaji.

Azan subuh mula kedengaran, lain sekali Azan kali ini, tidak seperti Azan Isyak semalam. Mungkin Bilal orang lain agaknya. Sedap dan Syahdu sahaja mendengarnya. Allah macam mau menitik air mata bila mengenangkan keluarga di Tanah Air dan kehebatan suara Merdu Bilal bin Rabah RA ketika zaman Nabi dahulu ketika melaungkan Azan.

yusaini mohd yusof_ madinah_ masjid Nabawi_ raudah

Siap sahaja solat subuh, Aku dan sahabat sudah mula keluar untuk beratur di pintu masuk ke Raudah. Dalam hati aku berdoa Kau permudahkanlah urusan aku hari ini Ya Allah. Ramai jemaah berpusu-pusu di sekitar pintu masuk ini.

yusaini mohd yusof_ madinah_ masjid Nabawi_ raudah



Rezeki aku dan sahabat, Aku dapat melepasi pintu masuk ke dalam Raudah. Biar pun dihimpit dan di tolak-tolak, aku cuba juga untuk masuk. Alhamdullilah rezeki dari Allah. Aku dapat melihat sendiri Makam Rasullulah dengan mata kepala ku sendiri. Selawat keatas Junjungan Besar  Rasul  kita Muhammad SAW. Doa kalian telah pun aku tunaikan. Sukar untuk aku gambarkan perasaan ini. Aku umpama anak kecil yang kehilangan ibu ketika ini. Biarlah ia menjadi satu pengalaman manis sepanjang hayat aku sendiri.

Jika kalian semua berkesempatan ke sini, aku pasti kalian semua juga akan merasa perasaan itu sendiri. Usai semua urusan selesai, kami semua meninggalkan Masjid Nabawi untuk kembali semula ke hotel. Kami ada lawatan sekitar Madinah pada jam 10am nanti. Petang nanti kami akan semula kembali ke Masjid Nabawi.




Comments

Popular Posts