Menziarahi Sekitar Kota Madinah Dan Tempat Sejarah

Menziarahi Sekitar Kota Madinah Dan Tempat Sejarah


Bas yang membawa kami untuk tour sekitar Madinah masih belum kunjung tiba. Entah apa masalahnya aku pun tak pasti. Katanya akan sampai jam 10am. Kami menunggu dari jam 9.30 lagi namun tak nampak lagi kelibat bas. Rugi masa kalau macam ni. 

Sekitar jam 11 lebih bas pun kelihatan. Petugas yang membawa kami sudah mengedarkan makan tengah hari. Boleh lah kami makan dalam bas nanti.

Mutawir yang akan membawa kami adalah pelajar dari Universiti Madinah berasal dari Sabah kalau tak silap. Beliau menerangkan serba sedikit tentang sejarah Madinah kepada kami. 

Kami dibawa ke Masjid Quba dimana Masjid ini merupakan Masjid Pertama yang dibina oleh Nabi junjungan kita ketika mula sampai di Madinah . Kami melihat sekitar Masjid ini dan sempat bersolat di Masjid ini. Senibina Masjid ini cukup menarik dan hampir keseluruhan nya bewarna putih. Ramai pengunjung yang datang melawat Masjid ini.


Diperkarangan Masjid ini kelihatan peniaga berniaga pelbagai barangan dan makanan kepada pengunjung. Rata-rata jemaah yang kelihatan disini dari Indonesia dan negara negara Afrika. Setakat ini masih belum bertemu dengan Jemaah dari Malaysia.

Masjid Quba

Lepas ke Masjid Quba, kami berjalan ke sebuah ladang tamar yang tidak jauh dari Masjid Quba. Mengikut kata Mutawir, jika hendak beli tamar Ajwa yang sedap dan original dari Madinah, boleh lah beli disini kerana kebanyakkan tamar yang dijual di Mekah bukan semua datangnya dari Madinah. Allahualam.

Memasuki kebun tamar yang luas memang pengalaman yang sukar dilupakan. Ye lah di tanah air hanya ada pokok kelapa sawit yang mirip dengan pokok tamar. Aku ada lah juga beli sedikit buah tamar disini dan ada juga aku beli tamar muda untuk dibawa pulang nanti.



Selapas selesai membeli belah dan lepak di kebun tamar, kami di bawa ke Jabal Uhud tempat di mana peperangan paling epik berlaku di dalam sejarah Islam.

Jabal Uhud merupakan bukit dimana ramai yang syahid semasa perang ini. Ketidakseimbangan tentara Muslimin dengan Kafir Quraisy menyaksikan tentera muslimin tewas sedangkan kemenangan sudah menghampiri para tentera Muslimin.

Ini terjadi kerana tentera berpanah muslimin telah meninggalkan tempat strategik yang mereka berada untuk memungut barang dan senjata tentera Quraisy yang tewas, sedangkan Rasullulah sudah berpesan jangan tinggalkan tempat ini walau apa pun yang terjadi.

Dikesempatan itu tentera Quraisy mengambil peluang menyerang semula dari belakang tentera berpanah itu tadi.

Perang ini menyaksikan sendiri bapa saudara Nabi Saidina Hamzah gugur syahid manakala Rasullullah sendiri mendapat kecederaan yang agak teruk.

Peniaga di sekitar Jabal Uhud

Sekitar di Jabal Uhud

Kami semua mendengar penerangan dari Mutawir kami dengan penuh minat, dan kami berpeluang sendiri berdiri dimana tempat tentera berpanah itu berada. Kesemua para syuhadah dimakam kan di sekitar Jabal Uhud ini. Tempat ini terus dilawati umat Islam bagi memperingati para Syuhadah.


Masjid Uhud di Jabal Uhud

Selesai ziarah kami di Kota Madinah pada petang itu. Alhamdullilah, ikutkan hati banyak lagi tempat yang boleh dilawati disini, tapi apa kan daya masa sangat mencemburui kami. Segala kenangan tadi akan terus tersemat dalam hati sampai bila-bila. 

Kami bergerak pulang ke hotel untuk bersiap ke Masjid Nabawi bagi solat Maghrib dan Isyak. Esok kami berpeluang bersolat Jumaat di sini sebelum kembali di Mekah....

Sambungan Entry :JUMAAT DI MASJID NABAWI MADINAH


Comments

Popular Posts