Aktiviti kami sekeluarga semasa di Campsite Taman Eko Rimba Sungai Pauh Cameron Highlands

Aktiviti kami sekeluarga semasa di Campsite Taman Eko Rimba Sungai Pauh Cameron Highlands

Ini antara aktiviti yang kami lakukan semasa di Campsite Sungai Pauh. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan anak-anak juga dapat belajar sesuatu yang berguna dan lebih positif dalam menjalani rutin harian.

Lain orang lain caranya. Semasa di sini kami tak keluar kemana pun melainkan hanya di campsite sahaja. Nak ke pasar malam Berincang dan ladang teh Sungai palas memang tak lah. Hahaha terlalu mainstream pada aku.

sungai pauh campsite_cameron highlands_camping

1. BBQ dan Campfire 

BerBBQ dan makan Marsmellow. Sambil berborak-borak dengan jiran sebelah dan campers lain, kita boleh lah bertukar-tukar menu untuk makan malam.





2. Jungle Trekking

Semasa di Campsite Sungai Pauh, Aku telah bawa anak-anak aku jungle trekking di kawasan ini. Kita boleh mencuba untuk trekking ke Gunung Berembun atau Ke Pejabat Hutan Tanah Rata Sungai Pauh. Kami memilih untuk ke jungle trekking ke Tanah Rata sahaja kerana untuk ke Gunung Berembun mengambil masa hampir 2 jam juga perjalanan. Sebab bawa anak-anak jadi kita ke Tanah Rata sahaja. Puncak tertinggi di Tanah Rata adalah bila mana anda tiba di Salah sebuah tiang pencawang Elektrik di sini. Perjalanan mengambil masa hampir 45minit sahaja.










3. Mandi Sungai

Anak sungai di campsite Sungai Pauh tidaklah terlalu dalam. Sekadar paras betis sahaja. Sesuailah dengan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa tidaklah risau tentang keselematan mereka ketika mandi dan bermain di sini.






4. Melukis dan membaca

Melukis merupakan salah satu hobi anak -anak aku. Untuk ke sini aku sudah menyiapkan segala peralatan lukisan dan warna untuk mereka melukis dengan kawan-kawan baru disini.





5. Menangguk ikan

Semasa disini sudah pasti anak-anak aku mahu mencuba aktiviti baru yang belum pernah mereka cuba. Salah satunya menangguk ikan. Ya memang ada ikan kecil di anak sungai ini.







6. Belajar memasak

Untuk anak-anak aku, memang ini masanya aku mengajar mereka untuk memasak. Bukanlah memasak benda-benda berat pun. Sekadar belajar goreng telur, masak sosej, masak maggie dan buat air minuman mereka sendiri.





7. Belajar untuk mengenal tumbuh-tumbuhan dan persekitaran

Semasa jungle trekking atau aktiviti mendaki, aku memang mengajar mereka dengan menerapkan ilmu tentang persekitaran dan sedikit ilmu ketika didalam hutan. Contohnya Kita hendaklah tidak bercakap benda yang bukan-bukan semasa di dalam hutan. Baca ayat Qursi sebelum masuk ke hutan. Jangan merosakan tumbuhan atau mematahkan tumbuhan yang ada. Jangan buang sampah merata, Sentiasa memerhati sekeliling ketika berjalan dan sentiasa alert dengan simbol atau sign yang telah diletakkan untuk melihat arah perjalanan. Banyak lagi yang boleh kita ajar sebenarnya.





8. Belajar bekerjasama dan mengikut arahan

Dirumah anak-anak kita memang kerap bergaduh, jadi inilah masanya kita boleh terapkan untuk mereka saling bekerjasama semasa dalam aktiviti perkhemahan. Tugasan membasuh pinggan mangkuk memang aku serahkan pada anak-anak. Pandailah mereka mengikut giliran.

9. Cuba beranikan diri mencari kawan baru.

Anak-anak memang kadang-kadang agak pemalu untuk bertegur dengan kawan-kawan baru. So masa ni lah kita suruh mereka berkenalan dan cuba ramah dengan rakan baru yang ada.

10. Belajar Bersikap bertanggungjawab

Aku dan isteri memang cuba menerapkan amalan budaya kebersihan pada anak-anak terutamanya bab sampah sarap. Aku akan pastikan anak-anak aku membuang sampah ditempat yang sepatutnya. Jika lepas berkhemah pastikan tiada sebarang sampah walaupun palstik gula-gula sekalipun yang tertinggal di campground yang kita kita tinggalkan, kerana kebersihan bermula dari rumah.





Comments

Popular Posts