Camping Dan Hiking di Gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan
|
Berhenti rehat dan breakfast |
Setelah hampir 2 jam hiking, sambungan dari
PART 1 kami tiba di puncak pada jam 8.20am. Tak sempat lah kami nak layan sunrise seperti yang dirancang. Perjalanan yang santai dan banyak berhenti rehat, baru lah dapat layan nature dengan puas. Bukan nak rushing mana pun. Tak lari gunung dikejar. Anak-anak pun teruja sekali bila sampai di puncak. Kami berehat dahulu untuk breakfast yang telah kai bawa tadi. Sekejap lagi akan ke ke atas puncak untuk ambil gambar. Kini Gunung Datuk sudahpun disediakan tangga yang lebih selamat untuk naik keatas batu puncak di sini. Dulu memang gayat lah nak panjat tangga yang hanya di ikat guna tali sahaja.
|
Anda berada di Puncak Gunung Datuk 855meter dari aras laut |
|
Selamat Hari Kebangsaan yang ke 62 |
Cuaca pagi tu pun elok dan berangin. Ramai juga yang berada di atas batu ini untuk bergambar. Sempena Hari Kebangsaan semalam kami mengibarkan Jalur Gemilang yang dibawa oleh sekumpulan hiker yang datang kemari. Anak-anak cukup teruja bila mereka sampai sejauh ini dan melihat pemandangan yang tinggi. Memang bagus juga ajar anak-anak dengan aktiviti seperti ini. Salah satunya mereka dapat bekerjasama dan cuba mendengar arahan dengan baik.
|
Puncak Gunung Datuk |
|
Bergambar di batu Besar yang berlumut |
|
Tangga untuk ke puncak Gunung Datuk telah pun di Upgrade |
|
Laluan turun dari Puncak |
Setelah hampir 1 jam di puncak kami semua bergerak untuk turun semula. Awal perjalanan agak laju juga, tapi bila mental sudah koyak semua mengeluh penat dan berzikir bila nak sampai, bila nak sampai. Mendaki pada waktu gelap memang kita tak nampak apa yang kita daki, bila hari dah siang baru kita tau laluan nya agak susah juga di sesetengah tempat. Anak-anak aku mula kepenatan. "Ini ke jalan yang kita naik tadi"?? Sebagai ayah, kita perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat agar anak-anak kita tidak mudah berputus asa. Teruskan berjalan, penat kita berhenti rehat, apa ada hal....
|
Mereka sentiasa di depan |
|
Berhenti rehat kerana kepenatan |
|
Bergambar di salah satu pokok gergasi di sini |
|
Selamat tiba di kaki Gunung Datuk |
Kami tiba di kaki Gunung hampir 2 jam juga. Anak-anak mula keletihan. Takpa sekejap lagi kita mandi sungai ok!. Dengar sahaja sungai semua kembali ceria, padahal air sungai pun kering waktu ni. apa yang nak mandi sungai nya. Hahahaha. Nasib baik ada lah juga air sungai yang boleh kita berendam di kawasan ini. Dapat lah juga beri kesegaran tubuh semula sebelum kami bergerak balik.
"Nak datang lagi tak anak-anak"? " NNAAAAKKKKKKK"........
|
Mandi sungai sebelum pulang |
haii nk tanye boleh ke kite camping kat atas gunung tu ?
ReplyDelete