Family Camping Malaysia Campmeet - Cherry Chalet Janda Baik ( 2019 )

Family Camping malaysia

Family Camping Malaysia telah mengadakan acara Campmeet yang bertempat di Cherry Chalet Janda Baik pada 26-28 Oct 2019 yang lalu. Campmeet kali ini  disertai 30 group Family yang selalunya hanya berjumpa di alam maya sahaja. Kali ini kami dapat berkenalan lebih mesra antara semua peserta. Organizer yang terlibat antaranya En Effry , Capt Ruhaizad, Zwan Ismail dan Isterinya Nurul Farahana selaku orang kuat dalam campmeet kali ini.

Aku dan family pun pertama kali join acara camping seperti ini. Ye lah bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan. Asyik camping solo dengan family sahaja, sesekali kita camping ramai-ramai pulak. Bukan apa, bila camping ramai begini kita dapat kenal dan berkongsi ilmu camping masing-masing. Aku yang boleh dikatakan level beginner ni sesuai lah join event seperti ini. Ilmu dapat, kawan pun dapat.


Aku pun memang dah lama plan nak camping di Janda Baik ni sebenarnya. Tapi belum ada masa yang sesuai. Jadi bila dah ada event ni kena join lah. Event ni ada beberapa sessi yang telah diatur oleh pihak organizer. Jadi kita semua kenalah mengambil bahagian dalam setiap sessi tersebut supaya tak lah boring bila bercamping.


Kami sampai di Janda Baik lebih kurang jam 8am dari Kota Damansara. Kelihatan ramai juga rakan rakan lain yang dah tiba awal, ada yang datang dari semalam lagi sebenarnya. Kerana hari semalam hujan lebat, maka campsite di Cherry Chalet berlecak habis. Hahaha. Padang utama untuk dirikan khemah habis lencun berlecak. So terpaksa lah kami pilih dan rapat-rapat untuk setup khemah dalam keadaan yang basah dan berlumpur.

En Mizi dan Capt Ruhaizad mula membantu kami memasang khemah dan groundsheet untuk kami semua. Susun atur khemah yang sudah di plan, hanya tinggal dalam kertas sahaja. hahahaha. View depan sungai yang lebih kering telah pun dipenuhi oleh mereka yang tiba lebih awal.

Alamak macam mana nak hadap 3 hari 2 malam dalam lumpur ni?. Hahaha. Alah ini semua kecil punya hal, hujan ke ribut ke lumpur ke lecak ke ,kita apa peduli, janji Camping !!! Dah hujan nak buat macam mana kan?








 
Macam-macam aktiviti yang telah dijalankan untuk para peserta Ibu bapa mahupun anak-anak. Apa-apa pun anak-anak lah yang paling teruja sebab dapat mandi sungai dan explore segala benda semasa di sana. Semoga aktiviti seumpama ini boleh di lakukan lagi pada masa akan datang, InshaAllah jika ada kelapangan dan rezeki aku ingin juga sertai aktiviti seperti ini. 

Sekian Terima Kasih

Comments

Popular Posts