Shooting Outdoor Aktiviti Program Pa & Ma Astro


Pada awal bulan July yang lepas aku dapat satu masej dari Editor Majalah Pa&Ma untuk program Pa&Ma terbitan Astro. Dia menghubungi aku setelah melihat blog aku berkenaan perkhemahan bersama anak-anak. 
 
Mereka menghubungi aku untuk shooting bagi program tersebut. Setelah berbincang kami setuju untuk mengadakan shooting tersebut di Basecamp tempat selalu kami camping iaitu di Taman Eko Rimba Komanwel pada 7 Julai tempoh hari. Host bagi program tersebut merupakan host cilik dari Astro Adik Nik Adam Mika. Mereka perlukan seorang ayah dan seorang anak sahaja untuk shooting tersebut. Jadi aku memilih Anak aku yang sulung Arif Amsyar untuk shooting tu nanti.

Setelah di tutup hampir 4 bulan kerana Covid19, kini Terkom telah dibuka semula pada 1 Julai 2020 yang lepas untuk pengunjung. Pihak Pa&Ma telah meminta kebenaran dari Pihak Jabatan Hutan Selangor untuk shooting tersebut. 

Alhamdullilah Shooting tersebut berjalan baik sekali, biarpun hujan. Dalam program tersebut ianya berkenaan Kebaikan aktiviti outdoor bersama anak-anak dan nutrisi anak-anak dalam pemakanan semasa camping. Jadi kami berlakon lah untuk sesi memasang khemah dan memasak menu yang berkhasiat. 

Biarpun segmen ini hanya dimasukkan dalam episode tersebut tak sampai pun 5 minit, ianya merupakan pengalaman dan kenangan manis buat kami terutamanya anak-anak untuk berkongsi pengalaman mereka.

Sahabat kami dari My Khalish Journey juga terlibat untuk shooting tersebut bagi segmen bersama Doctor pula nanti.

Terima kasih buat Peg Ranjer En Halil yang banyak membantu serta sahabat "Camping Buddies" yang sudi datang untuk support kami semasa shooting tersebut tempoh hari.

















Behind The Scene Pengambaran Hari tu... 
 

Comments

Popular Posts