Camping & Nature Explore
Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu aktiviti riadah yang cukup menyeronokkan. Selain dapat menikmati alam semula jadi, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan terutamanya pada anak -anak.
Aktiviti perkhemahan keluarga ini sebenarnya memang dah lama kami lakukan, tetapi tidak lah sekerap sekarang. Dahulu ketika anak-anak masih kecil memang agak cerewet lah bila kita berkhemah. Tetapi Alhamdullilah sekarang anak-anak pula yang asyik bertanya bila lagi kita nak Camping! hahaha. Masing-masing sudah teruja dan boleh dikatakan setiap minggu kami pasti berkhemah.
Dapat berkenalan dengan rakan baru yang mempunyai hobi yang sama, memang cukup teruja sekali. Kami dapat bertukar- tukar cerita dan pengalaman berkenaan aktiviti ini. Alhamdullillah setelah semakin serasi bersama, kami sepakat menubuhkan Group camping kami sendiri yang diberi nama "Camping Buddies". Jika rakan- rakan ingin mengetahui aktiviti kami selepas ini dan ingin join sekali boleh lah klik & like facebook page kami :
Comments
Post a Comment